Monday, January 19, 2009

Muhyiddin: Umno sudah hilang faktor 'penarik' -MalaysiaKini

Jan 19, 09 3:55pm

Calon timbalan presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin secara terus terang mengakui bahawa Umno telah kehilangan faktor "penarik" untuk menarik rakyat kepada parti tunjang komponen BN itu.

Beliau yang juga naib presiden Umno berkata, faktor itu perlu dibawa kembali kerana dengan memiliki faktor penarik itu, bermakna rakyat akan tertarik dan memberikan perhatian terhadap perkara baru dan menarik yang disampaikan oleh parti itu.

"Sekarang ini dalam Umno, apakah faktor penarik itu. Tidak ada faktor penarik, kita telah kehilangan faktor penarik yang akan membuatkan rakyat benar-benar mahu mendengar apa yang dikatakan oleh pemimpin," katanya.

muhyiddin yasin muhyiddin yassinMuhyiddin yang juga menteri perdagangan antarabangsa dan industri itu memberitahu wartawan Malaysia di Manama (Bahrain) ketika diminta mengulas kekalahan BN dalam pilihanraya kecil Terengganu Sabtu lalu di mana calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut menewaskan calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dengan majoriti 2,631 undi, lapor Bernama.

Mohd Abdul Wahid mendapat 32,883 undi manakala calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid mendapat 30,252 undi. Calon bebas, Azharudin Mamat pula mendapat 193 undi.

Oleh itu, kata Muhyiddin, Umno dan BN perlu merekayasa bagi memenuhi aspirasi rakyat tanpa mengorbankan prinsip dan perjuangan Umno.

"Presiden parti Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan bakal penggantinya Datuk Seri Najib Tun Razak perlu melakukan perubahan radikal, pembedahan politik, jika terpaksa," katanya.

'Perlu perubahan'


Muhyiddin berkata, sebaiknya ialah menjalankan post-mortem untuk mengenal pasti kelemahan yang menyumbang kepada kekalahan di Kuala Terengganu dan lebih penting lagi mengkaji dengan mendalam pemikiran pengundi.

"Tidak dapat tidak, pasti ada kelemahan dalam mana-mana pilihanraya kecil walaupun jentera parti bekerja keras siang dan malam. Tetapi mungkin ada isyarat yang perlu diberi perhatian dengan serius.

"Apakah ini bermakna rakyat masih sukar untuk menerima BN selepas kita kalah pada pilihanraya umum lalu, kerana mereka tidak rasa sudah ada satu perubahan atau pembaharuan yang kita kata kita hendak lakukan," katanya.

Oleh itu, kata Muhyiddin, BN dan Umno khususnya, tidak seharusnya mengambil masa terlalu lama untuk melaksanakan segala bentuk pembaharuan yang dijanjikan.

Apa yang penting, tegasnya, ialah Umno dan BN menangani isu persepsi tertentu yang bermain di benak pemikiran pengundi.

"Bila sebut Umno atau BN, ini persepsi dia dan ditokok tambah pula dengan putar belit parti pembangkang. Di samping itu, kita tidak boleh menolak kemungkinan bahawa rakyat kita juga sudah lebih faham dan peka serta mampu menilai daripada semua sudut.

"Mungkin kita dilihat belum bersedia untuk memenuhi apa yang mereka fikir baik," kata beliau sambil menyarankan supaya Umno dan BN bersedia bertindak secara lebih radikal dalam melaksanakan perubahan yang difikirkan perlu.

Muhasabah diri

Muhyiddin menegaskan bahawa kenyataan-kenyataan tertentu perlu dibuat supaya rakyat faham apa yang dimaksudkan dengan pembaharuan yang ingin dibawa oleh Umno dan BN.

"Jika tidak mereka akan anggap kenyataan-kenyataan kita sebagai retorik. Jadi saya lebih cenderung mengalisis keputusan pilihanraya kecil itu daripada perspektif lebih holistik walaupun kita boleh kenal pasti sebab kekalahan daripada segi biasa seperti jentera pilihan raya tidak berapa berkesan walaupun kerja keras, soal calon, perkara yang ditimbulkan parti lawan dan sebagainya," katanya.

Di masa lalu, katanya BN akan menghadapi pilihan raya kecil dengan penuh bersemangat dan yakin, mencatatkan kemenangan di kawasan yang dianggap bermasalah.

Muhyiddin berkata, beliau ada menerima pandangan daripada pelbagai pihak yang melahirkan kebimbangan kekalahan BN dalam pilihanraya kecil menjadi satu trend baru kerana rakyat masih tidak melihat apa-apa pembaharuan di pihak BN dan Umno sendiri.

"Biar kita bermuhasabah secara serius. Mungkin orang marah kalau saya kata macam ini. Dan tentu akan ada pemimpin yang kata ia tidak menjadi trend, tapi kita tak tahu," katanya.

Menurut beliau, parti kerajaan perlu faham semasak-masaknya apa yang rakyat mahu kerana penentu kalah menang pada mana-mana pilihanraya ialah rakyat.

"Kita perlu jujur kepada diri sendiri. Jangan kita bersikap 'tak ada apalah, kita okaylah'. Ini yang jadi masalah kepada kita," kata Muhyiddin.

Jelas beliau lagi: "Perkataannya ialah `segera berubah'. Dalam tempoh tiga, empat tahun ini akan ada lagi pilihanraya kecil, pilihanraya negeri. Jadi bagaimana keadaan kita".

Selain Umno, parti komponen BN yang lain juga perlu melakukan muhasabah diri kerana mereka juga mempunyai masalah mereka sendiri, katanya.

Azilah nafi bunuh Altantuya -MalaysiaKini

Jan 19, 09 6:59pm

Cif Inspektor Azilah Hadri - tertuduh pertama dalam perbicaraan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu - memberitahu Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini bahawa dia tidak berada di Puncak Alam di Shah Alam pada malam 19 Oktober 2006 untuk menembak dan meletupkan wanita Mongolia itu.

Dalam keterangan hari ketiga pembelaannya, pegawai dari Unit Tindakan Khas itu berkata, pada malam kejadian pembunuhan Altantuya, dia berada dengan tunangnya di Wangsa Maju untuk makan bersama-sama, dan selepas itu balik ke ibu pejabat di Bukit Aman.

Dia berkata demikian sebagai menjawab soalan Timbalan Pendakwaraya Tun Abdul Majid Tun Hamzah bahawa dia bersama tertuduh kedua, Kpl Sirul Azhar Umar, dan Altantuya telah pergi ke Puncak Alam, dan antara jam 10.43 malam dan 11.28 malam, telah menembak dan meletupkan wanita itu, lapor Bernama.

Azilah menjawab: "Saya tidak setuju."

Azilah, 32, dan Sirul Azhar, 36, dituduh membunuh Altantuya, 28, di Mukim Bukit Raja antara jam 10 malam 19 Oktober 2006 dan 1 pagi keesokan harinya.

Manakala penganalisis politik Abdul Razak Abdullah Baginda, 48, yang pada mula dituduh bersubahat dengan mereka, telah dibebaskan dan dilepaskan daripada pertuduhan itu oleh mahkamah yang sama 31 Oktober tahun lalu, tanpa dipanggil membela diri.

Dalam sesi soal jawab hari ini, Azilah berkata, dia telah berjumpa tunangnya pada jam 10.30 malam dan mereka berdua pergi ke sebuah kedai mamak di Wangsa Maju dan berada di sana selama 45 minit sebelum pulang ke Bukit Aman.

'Tidak bersenjatapi'


Azilah juga tidak bersetuju dengan cadangan timbalan pendakwaraya bahawa dia dan Sirul Azhar telah membawa Altantuya ke Puncak Alam melalui lebuhraya NKVE dan keluar melalui Plaza Tol Damansara pada jam 9.57 malam.

Azilah, dalam keterangannya sebelum ini, memberitahu mahkamah dia diarah oleh seorang anggota polis atasan, DSP Musa Safri, membantu Abdul Razak yang menghadapi masalah diugut Altantuya dan seorang lelaki Cina.

Tun Majid: "Saya katakan pada kamu, masalah Abdul Razak telah selesai pada malam itu setelah kamu dan Sirul menembak dan meletupkan Altantuya di Puncak Alam?"

Azilah: "Tak setuju".

Katanya, pada hari kejadian pembunuhan, dia tidak mempunyai senjatapi bersamanya kerana ia telahpun diserahkan lebih awal pada hari yang sama kepada seorang pegawai bernama Sub Inspektor Megat Rosli.

"Saya tidak ingat pukul berapa, tapi lepas taklimat penugasan ke Hong Kong, saya serah senjata pada Megat Rosli," kata Azilah.

Tun Majid: "Saya katakan senjata kamu memang berada bersama kamu kerana kamu sedang bertugas pada 18 dan 19 Oktober 2006."

Azilah: "Tak setuju."

Buat rondaan


Terdahulu Azilah memberitahu mahkamah dia juga tidak membawa senjata api ketika melakukan rondaan di kawasan rumah Abdul Razak dan sewaktu mencari Altantuya di Hotel Malaya pada petang 18 Oktober 2006.

Tun Majid: "Pada 18 Oktober, 2006, ketika kamu ke pejabat Razak, ke rumah Razak, pergi ke Pasar Seni dan ke Hotel Malaya, kamu masih bersenjatapi?"

Azilah: "Senjataapi ada pada saya masa saya pergi ke pejabat Encik Razak dan masa saya pergi rumah Encik Razak lepas tu. Bila saya balik pejabat di Bukit Aman, saya tinggalkan senjata dalam kabinet."

Tun Majid: "Kenapa tak bawa, kenapa tinggalkan?"

Azilah: "Saya tinggalkan, buat kacau dekat pinggang, buat apa. Saya tak tahan lama senjata letak di pinggang."

Azilah juga menafikan dia menghubungi Abdul Razak untuk memberitahu 'malam ini encik boleh tidur lena.'

Sunday, January 18, 2009

Mahathir: Berubah jika mahu BN menang PRU ke-13 - mStar Online

Ahad Januari 18, 2009

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata Barisan Nasional (BN) perlu melakukan perubahan jika parti itu jika ingin memastikan kejayaan dicapai dalam pilihan raya akan datang.

Menurutnya kekalahan BN di tangan PAS dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu semalam adalah berpunca daripada kebencian rakyat terhadap kepimpinan parti itu.

"Semua orang tak suka kepada Pak Lah (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) dan calon pilihannya.

"Sebahagian daripada sebab mereka tidak meyokong (BN) ialah kerana mereka tidak suka kepada calonnya," katanya dalam sidang media selepas merasmikan program Kempen Selamatkan Rakyat Palestin anjuran Gabungan Badan Bukan Kerajaan Malaysia Menentang Penindasan Rakyat Palestin di sini hari ini.

Jelas beliau lagi pada dasarnya kedua-dua parti iaitu BN dan PAS mempunyai masalah mereka yang tersendiri.

"Namun masalah BN ini ialah meletakkan calon yang tidak disukai oleh orang ramai semata-mata kerana dia ialah calon Pak Lah.

"Mereka juga tidak suka kepada PAS dan mereka terpaksa membuat pilihan dan saya fikir mereka seperti pilihan raya umum Mac 2008, pilihan mereka ialah untuk menolak BN kerana mereka tidak suka kepada kepimpinan BN lebih daripada mereka tidak suka kepada parti-parti lawan," katanya.

Beliau berkata antara langkah yang wajar dilakukan BN bagi mengembalikan sokongan rakyat ialah dengan menyingkirkan pemimpin yang tidak diterima oleh rakyat dan terlibat dengan rasuah.

"Tapi apa yang kita lihat pemimpin yang tidak dipercayai serta terlibat dengan rasuah, mereka masih dipilih sebagai calon dalam pemilihan Umno.

"Jika mereka dipilih sebagai calon dan menang, dan selepas menang mereka menjadi anggota pentadbiran kerajaan, BN akan tewas dalam pilihan raya ke-13... kalau nak menang, singkir dan jangan pilih mereka," katanya.

Bagaimanapun menurut bekas Presiden Umno itu, jika golongan pemimpin yang terlibat dengan rasuah itu masih dipilih sebagai pemimpin Umno, mereka tidak seharusnya dipilih untuk menyertai Kabinet.

Ditanya sama ada kekalahan BN di Kuala Terengganu akan memberi cabaran dan kesan terhadap pentadbiran Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang akan mengambil alih kepimpinan kerajaan daripada Abdullah Mac ini, beliau berkata Najib tidak akan dipersalahkan dalam kekalahan tersebut.

"Kekalahan di Kuala Terengganu bukan disebabkan Najib, ini sebab Pak Lah...Najib tak akan dipersalahkan.

"Tapi jika Najib terus memilih pemimpin yang rasuah, saya fikir beliau juga akan tewas dalam pilihan raya nanti," katanya.

Why Are Jews So Powerful?

http://www.masada2000.org/Powerful-Jews.html

There are only 14 million Jews in the world; seven million in the Americas , five million in Asia, two million in Europe and 100,000 in Africa . For every single Jew in the world there are 100 Muslims. Yet, Jews are more than a hundred times more powerful than all the Muslims put together. Ever wondered why?

Jesus of Nazareth was Jewish. Albert Einstein, the most influential scientist of all time and TIME magazine's 'Person of the Century', was a Jew. Sigmund Freud -- id, ego, superego -- the father of psychoanalysis was a Jew. So were Paul Samuelson and Milton Friedman.

Here are a few other Jews whose intellectual output has enriched the whole humanity: Benjamin Rubin gave humanity the vaccinating needle. Jonas Salk developed the first polio vaccine. Alert Sabin developed the improved live polio vaccine. Gertrude Elion gave us a leukaemia fighting drug. Baruch Blumberg developed the vaccination for Hepatitis B. Paul Ehrlich discovered a treatment for syphilis (a sexually transmitted disease). Elie Metchnikoff won a Nobel Prize in infectious diseases.

Bernard Katz won a Nobel Prize in neuromuscular transmission. Andrew Schally won a Nobel in endocrinology (disorders of the endocrine system; diabetes, hyperthyroidism). Aaron Beck founded Cognitive Therapy (psychotherapy to treat mental disorders, depression and phobias). Gregory Pincus developed the first oral contraceptive pill. George Wald won a Nobel for furthering our understanding of the human eye. Stanley Cohen won a Nobel in embryology (study of embryos and their development). Willem Kolff came up with the kidney dialysis machine.

Over the past 105 years, 14 million Jews have won 15-dozen Nobel Prizes while only three Nobel Prizes have been won by 1.4 billion Muslims (other than Peace Prizes).

Why are Jews so powerful? Stanley Mezor invented the first micro-processing chip. Leo Szilard developed the first nuclear chain reactor. Peter Schultz, optical fibre cable; Charles Adler, traffic lights; Benno Strauss, Stainless steel; Isador Kisee, sound movies; Emile Berliner, telephone microphone and Charles Ginsburg, videotape recorder.

Famous financiers in the business world who belong to Jewish faith include Ralph Lauren (Polo), Levis Strauss (Levi's Jeans), Howard Schultz (Starbuck's), Sergey Brin (Google), Michael Dell (Dell Computers), Larry Ellison (Oracle), Donna Karan (DKNY), Irv Robbins (Baskins & Robbins) and Bill Rosenberg (Dunkin Donuts).

Richard Levin, President of Yale University, is a Jew. So are Henry Kissinger (American secretary of state), Alan Greenspan (fed chairman under Reagan, Bush, Clinton and Bush), Joseph Lieberman, Maxim Litvinov (USSR foreign Minister), David Marshal (Singapore's first chief minister), Issac Isaacs (governor-general of Australia), Benjamin Disraeli (British statesman and author), Yevgeny Primakov (Russian PM), Barry Gold water, Jorge Sampaio (president of Portugal), John Deutsch (CIA director), Herb Gray (Canadian deputy PM), Pierre Mendes (French PM), Michael Howard (British home secretary) and Robert Rubin (American secretary of treasury).

In the media, famous Jews include Wolf Blitzer ( CNN ), Barbara Walters (ABC News), Eugene Meyer ( Washington Post ), Henry Grunwald (editor-in-chief Time), Katherine Graham (publisher of The Washington Post ), Joseph Lelyyeld (Executive editor, The New York Times), and Max Frankel (New York Times).

At the Olympics, Mark Spitz set a record of sorts by wining seven gold medals. Lenny Krayzelburg is a three-time Olympic gold medalist. Spitz, Krayzelburg and Boris Becker are all Jewish.

Did you know that Harrison Ford, George Burns, Tony Curtis, Charles Bronson, Sandra Bullock, Billy Crystal, Paul Newman, Peter Sellers, Dustin Hoffman, Michael Douglas, Ben Kingsley, Kirk Douglas, Cary Grant, William Shatner, Jerry Lewis and Peter Falk are all Jewish? As a matter of fact, Hollywood itself was founded by a Jew. Among directors and producers, Steven Spielberg, Mel Brooks, Oliver Stone, Aaron Spelling (Beverly Hills 90210), Neil Simon (The Odd Couple), Andrew Vaina (Rambo 1/2/3), Michael Man (Starsky and Hutch), Milos Forman (One flew over the Cuckoo's Nest), Douglas Fairbanks (The thief of Baghdad) and Ivan Reitman (Ghostbusters) are all Jewish.

To be certain, Washington is the capital that matters and in Washington the lobby that matters is The American Israel Public Affairs Committee, or AIPAC. Washington knows that if PM Ehud Olmert were to discover that the earth is flat, AIPAC will make the 109th Congress pass a resolution congratulating Olmert on his discovery.

William James Sidis, with an IQ of 250-300, is the brightest human who ever existed. Guess what faith did he belong to?

So, why are Jews so powerful? Answer: Education.

-Dr Farrukh Saleem-
The writer is an Islamabad-based freelance columnist
Email: farrukh15@hotmail.com
http://www.masada2000.org/Powerful-Jews.html

Saturday, January 17, 2009

Pas rampas Parlimen Kuala Terengganu -Berita Harian Online

KUALA TERENGGANU: Pas merampas kerusi Parlimen Kuala Terengganu daripada Barisan Nasional (BN) apabila calonnya, Mohd Abdul Wahid Endut, menang dengan majoriti 2,631 undi.

Abdul Wahid yang juga Yang Dipertua Pas Kuala Terengganu memperoleh 32,883 undi menewaskan calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, mendapat 30,252 undi manakala calon Bebas, Azharudin Mamat @ Adam, hanya menerima 193 undi, sekali gus hilang deposit.

Undi rosak pula sebanyak 665 undi manakala peratusan keluar mengundi ialah 79.9 peratus atau 63,993 pengundi.

Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kuala Terengganu, Wan Mustafa Wan Hassan, di Stadium Negeri jam 9.30 malam tadi.

Sebanyak 144 saluran di 36 pusat pembuangan undi dibuka mulai jam 8 pagi dan ditutup jam 5 petang bagi membolehkan 80,229 pemilih berdaftar menunaikan tanggungjawab mereka.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian bekas Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail, akibat serangan jantung ketika bermain badminton di Institut Aminudin Baki (IAB), Genting Highlands, 28 November lalu.

Pada pilihan raya umum Mac tahun lalu, Allahyarham Razali menewaskan calon Pas, Mohamad Sabu dan calon Bebas, Maimun Yusuf dengan majoriti 628 undi.

BN kini tinggal 137 kerusi Parlimen - MalaysiaKini

Jan 17, 09 10:00pm

Barisan Nasional (BN) kehilangan satu lagi kerusi Parlimen apabila calonnya, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh gagal mempertahankan kerusi Kuala Terengganu dalam pilihanraya kecil yang diadakan hari ini.

Sebelum ini, BN kehilangan dua kerusi Parlimen apabila Parti Maju Sabah (SAPP) mengambil tindakan keluar dari gabungan tersebut.

Dengan itu, BN kini mempunyai 137 kerusi di Parlimen. Ekoran kemenangan hari ini, PAS pula kini mempunyai 23 kerusi Parlimen.

Dalam pilihanraya kecil hari ini, calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut menang dengan majoriti 2,631 undi.

Beliau mendapat 32,883 undi manakala Wan Ahmad Farid mendapat 30,252 undi. Calon bebas, Calon bebas, Azharudin Mamat pula mendapat 193 undi.

Seramai 79.3 peratus pemilih keluar mengundi hari ini.

Pengundian di 144 saluran di 36 pusat pengundian bermula pada jam 8 pagi dan ditutup tepat jam 5 petang.

Pengumuman rasmi keputusan pilihanraya tersebut diumumkan oleh pegawai pengurus pilihanraya, Wan Mustapha Wan Hassan pada jam 9.29 malam.

Pilihanraya kecil itu diadakan berikutan kematian Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Razali Ismail di Institut Aminudin Baki, Genting Highlands pada 28 November lalu.

Dalam pilihanraya umum lalu, Allahyarham Razali menewaskan calon PAS, Mohamad Sabu dan calon Bebas, Maimun Yusuf dengan majoriti 628 undi.

Dengan itu, pembangkang pula kini mempunyai 82 kerusi Parlimen dan tiga calon bebas - Datuk Ibrahim Ali dan dua ahli Parlimen SAPP.

Selepas pilihanraya umum lalu, BN memenangi 140 kerusi Parlimen, PKR (31 termasuk kerusi PSM), DAP (28) dan PAS (22).

Najib: BN terima keputusan rakyat - MalaysiaKini

Muda Mohd Noor | Jan 17, 09 10:16pm

Barisan Nasional (BN) menerima keputusan yang dibuat oleh pengundi Parlimen Kuala Terengganu yang memilih calon PAS dalam pilihanraya kecil hari ini, kata Timbalan Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"BN menerima keputusan yang dibuat oleh pengundi. Dalam sistem demokrasi, suara rakyat adalah suara keramat," kata beliau yang juga pengarah pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu.

"Kita mesti percaya kepada demokrasi dan kita harus akur dengan keputusan rakyat. Kita akan ambil iktibar dan akan terus berkhidmat kerada rakyat," katanya dalam satu sidang akhbar di kediaman rasmi menteri besar Terengganu malam ini.

Menurutnya, BN akan melakukan apa-apa yang perlu untuk mengembalikan imej parti supaya dapat memberi keyakinan kepada rakyat.

"Saya yakin kesudahannya rakyat akan yakin kepada BN.

"Saya nyatakan dari mula-mula lagi, ini pilihanraya kecil, (maka) banyak faktor yang menentukan keputusannya, termasuk soal perkhidmatan," katanya sambil menambah kini sukar untuk dibaca politik tanahair.

"Kita ambil keputusan ini untuk menentukan hala tuju Umno dan BN.

"Adalah terlalu awal untuk menentukan faktor-faktor kekalahan ini. Sampai masanya, kita akan akan tahu faktornya," tambah Najib.

Bagaimanapun, katanya, keputusan tersebut tidak akan dibawa untuk dibincangkan dalam konvensyen BN bulan depan.

"Ini piliharaya kecil, walaupun kita kalah dahulu, tetapi akhirnya kita akan berjaya.

"Saya tak fikir ini akan beri kesan kepada BN dalam menghadapi pilihanraya akan datang," tegasnya.

Najib berkata, beliau juga berkata tidak fikir bahawa pengundi tidak yakin kepadanya untuk mengambil alih pemerintahan dari perdana menteri sekarang.

Suasana suram

Hadir sama di sidang akhbar selama 10 minit itu ialah Setiausaha Agung Umno, Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor; Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said; Ketua Wanita Umno, Tan Sri Rafidah Aziz; Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishamuddin Hussien, dan Presiden Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Koon.

Riak wajah mereka kelihatan muram. Turut hadir ialah beberapa pemimpin Umno Terengganu, antaranya Setiausaha Umno Negeri, Datuk Rosli Mat Hassan dan ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Nasir Ibrahim Fikri.

Sebelum ketibaan Najib, sudah tersebar berita di kalangan wartawan yang menunggu di situ sejak sebelum jam 8 malam lagi bahawa calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh tewas di tangan calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut.

Mereka masing-masing menunjukkan SMS yang mereka terima mengenai keputusan pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu itu.

Manakala para penyokong PAS berarak menyambut kemenangan calon mereka selepas pengumuman dibuat di Stadium Negeri yang terletak kira-kira 500 meter dari rumah menteri besar.

Mereka berarak di Jalan Sultan Mahmud yang melalui di bahagian depan kediman menteri besar itu.

Mereka berarak sambil membunyikan hon kenderaan dan kebanyakannya mengibarkan bendera PAS. Tiada sebarang kekecohan dilaporkan berlaku.

PAS rampas kerusi Parlimen KT - MalaysiaKini

Jan 17, 09 9:59am

9.29 malam Pengumuman rasmi dibuat oleh pegawai pengurus pilihanraya, Wan Mustapha Wan Hassan.

9.25 malam Calon PAS memenangi pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu menang dengan majoriti 2,631 undi. Calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut mendapat 32,883 undi manakala calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid mendapat 30,252 undi. Calon bebas, Azharudin Mamat pula mendapat 193 undi.

9.12 malam Pegawai pengurus pilihanraya akan mengumumkan keputusan pilihanraya kecil Kuala Terengganu pada bila-bila sekarang. Tiada pemimpin Umno kelihatan di Stadium negeri. Dan hanya calon PAS Mohd Abdul Wahid Endut berada di situ.

kuala terengganu by election results 2009 170109 bm version9.10 malam Tidak rasmi - PAS mendapat 32,393 undi manakala BN mendapat 29,969 undi. PAS mendahului dengan 2,424 undi. Calon bebas mendapat 191 undi. Dua lagi kotak undi akan dikira. Pegawai pengurus pilihanraya telah memanggil semua calon naik ke pentas.

9.08 malam Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan pemimpin tinggi yang lain dalam perjalanan ke Stadium Negeri untuk pengumuman keputusan pilihanraya kecil Kuala Terengganu. Sehingga ini, calon PAS masih mendahului pengiraan undi.

8.55 malam Ribuan penyokong PAS mula membanjiri Stadium Negeri untuk menunggu pengumuman keputusan pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu. Dengan tinggal kurang daripada 10,000 undi lagi yang dibelum dikira, calon PAS sedang mendahului dengan kira-kira 1,700 undi.

8.50 malam Seorang pemimpin kanan PAS memberitahu bahawa calonnya memenangi pengundian di kesemua empat Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah kerusi Parlimen Kuala Terengganu. Menurutnya, Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang akan mengadakan sidang akhbar sebentar lagi.

8.45 malam Keputusan tidak rasmi - PAS mendapat 28,249 undi, BN mendapat 26,498 undi. PAS mendahului dengan 1,751 undi. Calon bebas mendapat 160 undi.

8.35 malam Dengan kira-kira baki 10,000 undi lagi yang belum dikira, PAS semakin jelas akan memenangi kerusi Parlimen Kuala Terengganu.

8.30 malam Keputusan tidak rasmi - PAS mendapat 26,976 undi manakala BN mendapat 24,839 undi. PAS mendahului dengan majoriti 2,132 undi.

8.25 malam Keputusan tidak rasmi - PAS mendapat 26,971undi manakala BN mendapat 23,839 undi. PAS mendahului dengan majoriti 2,182 undi.

8.20 malam Keputusan tidak rasmi - Sumber-sumber BN percaya PAS akan berjaya merampas kerusi Parlimen Kuala Terengganu. Ini memandangkan hanya tinggal baki 15,125 undi lagi yang belum dikira. Sehingga ini, PAS dipercayai menang di semua empat DUN.

8.16 malam Keputusan tidak rasmi - PAS mendapat 24,604 undi dan BN mendapat 22,380 undi. PAS mendahului dengan majoriti 2,224 undi. Sejumlah 48,842 undi telah dikira sehingga ini.

8.10 malam Keputusan tidak rasmi - PAS memenangi pengiraan undi bagi Dewan Undangan Negeri Bandar dengan majoriti 190 undi.

8.00 malam Keputusan tidak rasmi - PAS mendapat 23,640 undi, BN mendapat 21,614 undi. PAS mendahului dengan 2,026 undi. Calon bebas mendapat 136 undi.

7.50 malam Keputusan tidak rasmi - PAS mendapat 22,030 undi, BN mendapat 20,476 undi. PAS mendahului dengan 1,554 undi. Calon bebas mendapat 134 undi. Sehingga ini 43,000 undi telah dikira.

Di pusat perjumlahan SPR pula, selepas 50 kotak undi dikira, BN mendapat 11,120 undi, PAS 10,802 undi dan bebas 69 undi. Sejumlah 64 kotak lagi dalam perjalanan.

7.40 malam Keputusan tidak rasmi - PAS mendapat 19,487 undi, BN mendapat 18,480 undi. PAS mendahului dengan 1,007 undi. PAS mendahuli di semua DUN. Ini bermakna lebih 50 peratus undi telah dikira, berdasarkan 79.3 peratus pengundian hari ini atau 63,967 yang keluar mengundi.

7.30 malam Keputusan tidak rasmi - PAS mendapat 18,934 undi, BN mendapat 17,907 undi. PAS mendahului dengan 1,027 undi.Calon bebas mendapat 113 undi.

7.25 malam Keputusan tidak rasmi - Daripada 38,000 undi yang dikira sehingga ini, PAS mendahului dengan majoriti 1,078 undi.

7.22 malam Keputusan tidak ramsi - PAS mendapat 17,573 undi, BN mendapat 16,795 undi. PAS mendahului dengan 778 undi.

7.20 malam Keputusan tidak rasmi - PAS mendapat 17,531 undi manakala BN mendapat 16,795 undi. PAS mendahului dengan majoriti 778 undi. Bebas pula mendapat 107 undi.

7.15 malam Keputusan tidak rasmi - PAS mendapat 16,475 manakala BN mendapat 16,018 undi. PAS mendahului dengan 457 undi. PAS juga mendahului dengan majoriti 758 undi di Wakaf Mempelam, 355 undi di Bandar dan 308 undi di Batu Burok. BN mendahului dengan 9 undi di Ladang.

7.10 malam Keputusan tidak rasmi - PAS mendapat 16,237 undi manakala BN mendapat 15,707 undi. Calon bebas mendapat 89 undi.

7.05 malam Keputusan tidak rasmi - PAS mendapat 14,802 undi manakala BN mendapat 14,644 undi. PAS menang di semua dewan undangan negeri, kecuali Ladang. PAS mendapat majoriti terbesar di Wakaf Mempelam dan Batu Burok.

7.02 malam Keputusan tidak rasmi - BN mendapat 1,039 undi manakala PAS mendapat 86 undi. Calon bebas mendapat 1 undi.

7.00 malam Pada umumnya, PAS mendahulu di Wakaf Mempelam dan Batu Buruk dengan marginyang besar. Di bandar dan Ladang pula, PAS mendahului dengan margin yang kecil.

6.55 ptg Keputusan tidak rasmi - berdasarkan pengiraan setakat ini, Barisan Nasional (BN) mendapat 13,095 undi manakala PAS mendapat 13,042. Calon bebas mendapat 72 undi.

6.50 ptg Keputusan tidak rasmi - berdasarkan pengiraan setakat ini, Barisan Nasional (BN) mendapat 11,112 undi manakala PAS mendapat 11,000. Ini bermakna BN mendahului dengan 112 undi. Calon bebas mendapat 65 undi.

6.30 ptg Keputusan tidak rasmi - daripada 14,379 undi yang telah dikira sehingga ini, Barisan Nasional (BN) mendahului dengan 259 undi. 80 peratus lagi undi dalam proses pengiraan.

MAFREL kesal tindakan provokasi penyokong Umno - HarakahDaily

Intan Abdullah, Mohd Nor Yahya, Zuharman MN | Foto Nasir Sudin
Sat | Jan 17, 09 | 12:53:19 pm MYT

KUALA TERENGGANU, 17 Jan (Hrkh) - Setakat tengahari ini nampaknya situasi menarik lebih menyebelahi PAS berdasarkan kepada beberapa faktor. Antaranya dari gerak kerja petugas parti dan kecederungan pemilih yang bersimpati kepada PAS.

Bukan sahaja ahli politik yang melihat situasi tersebut sebaliknya ahli-ahli akademik yang ditemui di sini.

Biar pun masa masih lagi berbaki lima jam, ramai melihat peluang lebih cerah kepada Pakatan Rakyat.

Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa berkata, kedudukan sebelah pagi nampaknya lebih cenderung kepada PAS dan Pakatan Rakyat hasil kerja keras petugas sejak hari penamaan calon.

"Saya merakamkan ucapan berbanyak terima kasih di atas sokongan padu semua pihak terutamanya yang datang dari luar Terengganu bagi membantu calon kita. Image

"Hasil kesungguhan mereka mungkin dapat memberi kesedaran baru kepada pengundi di sini bagi mengembalikan semula kecemerlangan PAS seperti yang berlaku pada 1999," katanya ketika ditemui di tempat pengundian di Sekolah Kebangsaan Chabang Tiga di sini, hari ini.

Menurutnya hasil tinjauan sejak pagi lagi keadaan di seluruh tempat membuang undi berjalan lancar tanpa sebarang masalah.

Bagaimanapun difahamkan insiden pergaduhan berlaku di Losong Dun Bandar. Difahamkan kejadian berlaku ekoran penyokong Umno yang membawa banner yang tertulis 'PAS klu klek' (PAS bohong). Image

Pemuda PAS yang berada di situ naik marah dan cuba merampas 'banner' tersebut sehingga berlaku pertengkaran.Bagaimanapun ia berjaya diLeraikan anggota polis yang berada di situ.

Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Ustaz Nasaruddin Daud berkata, perkembangan setakat sebelah pagi agak menarik kepada calon Pakatan Rakyat.

"Alhamdulillah, perkembangannya agak baik. Semua pihak menunjukkan komitmen tinggi tanpa menimbulkan kesan boleh menyakiti mana-mana pihak," katanya ketika ditemui semasa meninjau peti undi Cabang Tiga, Tok Ku dan Hiliran.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Ustaz Mohd Amar Abdullah melahirkan rasa kesal di atas kempen yang Imageagak kurang sopan dilakukan Puteri Umno sehingga menyerang peribadi pemimpin PAS dan KeADILan.

Katanya, telatah kurang sopan yang dilakukan Puteri Umno dan Pemuda mencerminkan keadaan sebenar perjuangan mereka.Pada kempen itu mereka melaungkan 'PAS gila, PAS pelihara babi, Anwar Ibrahim liwat' sehingga menimbulkan kemarahan penyokong PAS dan Pakatan.

Sementara itu, pemantau Mafrel, Suhainah Daud melahirkan rasa kesal kerana pemuda Umno menggunakan 'hailer' (pembesar suara) semasa merayu undi.

Beliau berkata, pihak polis sudah melarang penggunaan alat tersebut kerana ia tidak dibolehkan ketika merayu undi. Image

"Bagaimanapun mereka tidak mengendahkan apa yang dilarang polis sehingga kami membuat bantahan kepada SPR.

"Dan akhirnya mereka patut biar pun suasana agak tegang seketika," katanya ketika ditemui di sini.

Sementara itu di Pusat pembuangan undi di Pusat Pengajian Al-Quran dan Fardhu Ain Jalan Hiliran Bandar menyaksikan satu suasana menarik apabila peraih-peraih undi dari parti Pakatan Rakyat dan Umno seperti berada dalam satu keluarga meskipun sorakan serta riuh rendah tetap berkumandang antara kedua-dua belah pihak.

Turut kelihatan peraih-peraih undi dari Pakatan Rakyat terdiri dari masyarakat India. - mj/azm _

Azeez nafi ditahan menyamar ejen tempat mengundi.. - MalaysiaKini

Muda Mohd Noor | Jan 17, 09 4:34pm

Pengerusi Biro Putera Umno Dato' Abdul Azeez Abdul Rahim menafikan laporan Harakahdaily bahawa beliau 'ditahan' oleh sepasukan skuad pemantau PAS dari Kedah kerana dipercayai menyamar sebagai ejen tempat mengundi.

Harakahdaily melaporkan, kejadian itu berlaku kira-kira 10.45 pagi tadi apabila skuad pemantau PAS yang diketuai oleh Syed Fadil Husin dan Ahmad Rizal menyedari Abdul Azeez keluar daripada tempat mengundi di Sekolah Kebangsaan Pusat Cahbang Tiga, dekat Kuala Terengganu.

Menurut laporan itu, Azeez didapati memakai kad pas ejen Barisan Nasional (BN) kepunyaan Ibrahim Omar nombor kad pengenalan 660404-11-5335 dan mendakwa beliau merupakan anak tempatan sedangkan beliau adalah calon BN yang bertanding di kawasan Parlimen Baling, Kedah melawan Datuk Taib Azzamuddin daripada PAS.

Menurut Harakahdaily, satu laporan polis bakal dibuat kerana kesalahan Azeez yang didakwa menyamar sebagai ejen tempat mengundi.

Sementara itu, ketika dihubungi Malaysiakini, Abdul Azeez berkata laporan itu merupakan satu fitnah dan pembohongan terhadap dirinya.

“Saya tidak pernah pergi ke pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan Pusat Cabang Tiga Kuala Terengganu seperti yang dikatakan itu.

“Sebaliknya saya berada di rumah Kedah, di Kampung Tok-Ku, Kuala Terengganu untuk menjalankan kerja-kerja membantu calon BN.

“Saya merupakan penghulu peti undi Cabang Tiga, Dun Wakaf Mempelam. Jangan percaya kepada laporan tersebut,” kata Azeez.

Reaksi Mustaffa

Sementara itu, Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, Mustaffa Ali, berkata beliau tidak tahu menahu tentang perkara.

“Saya belum menerima laporan dan akan menyiasat terlebih dahulu untuk menentukan kesahihannya.

“Jadi saya tidak dapat mengulas mengenai perkara tersebut," katanya ditemui di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Pasir Panjang, Kuala Terengganu.

Menurut Mustapha, sehingga jam 2 petang, kira-kira 60 peratus dari jumlah keseluruhan pengundi telah keluar mengundi.

Katanya peratusan ini agak rendah tetapi belau menjangka lebih ramai akan keluar mengundi antara jam 3 hingga jam 5 petang.

Bagaimanapun beliau menjangkakan peratusan yang keluar mengundi hari ini tidak melebihi 85 peratus.

Ketika ditanya peluang PAS setakat ini, beliau tidak mahu membuat ramalan, sebaliknya kata beliau keputusan akan diketahui selepas pusat pengundian di tutup jam lima.

“Insya-Allah Kita akan menang berdasarkan kepada pengundian yang dibuat di pusat pengundian sekarang,” katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...