
IPOH, 25 Mac: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) tidak pelik melihat temubual khas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz di dalam akhbar Nanyang Siang Pau yang menuntut agar MIC menyerahkan kesemua enam kerusi di negeri ini yang gagal dimenangi parti itu dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 lalu walaupun Barisan Nasional negeri baru berkonvensyen.
Setiausahanya, Dr Raja Ahmad Al-Hiss melihat kenyataan Nazri bukanlah asing kerana beliau bukan bercakap tanpa direstui oleh orang-orang tertentu.
DPPN Pk, katanya dapat melihat jelas apa yang dibincangkan oleh BN Perak di dalam konvensyen mereka tidak selari dan seolah-olah ada agenda tertentu Umno Perak dengan apa yang dinyatakan oleh Nazri.
Tambahnya, DPPN Pk yakin bahawa Pengerusi BN Perak akan menafikan perkara ini atau sebaliknya.
“Kenyataan tersebut juga sebagai bukti bahawa BN Perak masih bergolak di bawah kepimpinan Dr Zambry yang masih muda dan kurang pengalaman dalam memahami selok-belok politik negeri serta bekerjasama dengan parti-parti komponennya,” ujarnya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.
Menurutnya, BN Perak pada hakikatnya tidak bersatu dan penuh dengan masalah berdasarkan kenyataan Nazri sebagai pemimpin kanan negara dan negeri.
DPPN Pk juga, katanya meminta respons daripada kompenan BN Perak bagi menafikan kemelut yang ada atau beranikah BN Perak menolak Nazri bagi mempertahankan kerusi Parlimen Padang Rengas pada PRU 13 nanti.
“Sama-samalah kita tunggu cerita baru BN Perak yang semakin hari semakin kalut akibat lemahnya kepimpinan sedia ada,” katanya lagi.
Laporan the Star Online hari ini berkata kedua-dua mereka dipercayai ditahan polis tetapi kini dibebaskan dengan jaminan polis.
"Malam tadi, saya hari beri kenyataan mengikut Seksyen 112 (Kanun Prosedur Jenayah). Saya serahkan rakaman video dan itu sahaja. Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik pulang lebih awal selepas kenyataannya dirakamkan. Saya pulang kemudian selepas menyerahkan barangan berkenaan untuk siasatan polis.
Isnin lalu, Rahim dan Eskay yang menamakan kumpulan mereka bersama bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim sebagai 'Datuk T' mengaku bertanggungjawab menayangkan video lucah kepada wartawan terpilih di hotel Carcosa Seri Negara.
Selain itu, beliau juga menyerahkan kepada polis seutas jam tangan, yang dikatakan diambil dari bilik hotel di mana adegan seks itu dirakam.
The Star Onlineyang memetik setiausaha PDRM, Bukit Aman, Datuk Ghazali Md Amin berkata beberapa barangan yang mungkin boleh digunakan sebagai bukti juga dirampas daripada kedua-dua mereka.
Beliau juga dalam satu kenyataan media yang difakskan kepadaMalaysiakini berkata polis telah mengklasifikasikan siasatan di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan.
Selain Rahim, turut memberi keterangan berhubung video seks tersebut semalam ialah ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah.
Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan itu di balai polis
Mereka yang kecundang termasuk dua timbalan menteri dan seorang
Objektif utama kerjasama dengan Snap, kata presiden MCLM, Haris Ibrahim adalah bagi menangani masalah masyarakat terpinggir di Sarawak dengan usaha menamatkan pemerintahan 30 tahun Ketua Menteri, Tan Sri Taib Mahmud.