Friday, February 25, 2011

Claudio Borghi, jurulatih baru Chile

SANTIAGO 25 Feb. - Bekas penyerang Argentina, Claudio Borghi dinamakan jurulatih baru Chile menggantikan Marcelo Bielsa, menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Persatuan Bola Sepak Chile.

Borghi yang pernah membimbing kelab Chile, Colo Colo antara tahun 2007 dan 2008, telah berada di sana semenjak melepaskan jawatan di Boca Juniors pada pertengahan November.

Tugasan pertama Borghi di peringkat antarabangsa akan bermula pada Copa America yang akan berlangsung dari 1 hingga 24 Julai depan.
Chile akan berada sekumpulan dengan Uruguay, Peru dan Mexico di dalam kumpulan C. - Reuters

TNC UPM didesak letak jawatan

KUALA LUMPUR, 24 Feb: Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Fauzi Ramlan didesak meletakkan jawatannya, ekoran kelemahan dan kegagalannya dalam menangani PRK kampus itu dengan baik, sehingga dilihat langsung tidak berkredibiliti.
Di mata mahasiswa UPM, Dr Fauzi bukanlah seorang yang berwibawa untuk memegang jawatan itu dan tempatnya perlu digantikan oleh individu lain yang lebih berkelayakan.
Jurucakap Majlis Politik Nasional (MPN) Gamis, Shukri Kamarudin berkata, desakan tersebut kini sedang disuarakan dengan keras oleh para pelajar UPM dan ia perlu didengar oleh Dr Fauzi demi kepentingan UPM itu sendiri.
Menurut beliau, bukti kegagalan Dr Fauzi dalam menjalankan tugasnya cukup banyak, tetapi antara yang amat ketara termasuklah kegagalannya dalam melaksanakan tanggungjawab bagi menghidupkan sistem demokrasi terhadap pilihanraya kampus.
Katanya, selain itu, beliau juga begitu angkuh sehingga langsung tidak mahu mendengar suara, pandangan, bantahan dan desakan para pelajar berhubung sesuatu isu, khususnya berhubung PRK kampus itu, walaupun ia amat baik untuk dilaksanakan.
"Lebih ketara lagi, beliau tetap enggan memohon maaf kepada para pelajar, khususnya aktivis Pro Mahasiswa (Pro-M) UPM, walaupun mereka telah dianiaya, didiskriminasi dan diperlakukan dengan tidak sepatutnya sebegitu teruk oleh beliau," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.
PRK UPM menjadi amat kacau apabila 11 calon Pro-M yang menang 21 Februari lalu dibatalkan kemenangannya atas alasan amat tidak munasabah, iaitu menyertai pilihanraya secara berkumpulan.
Walaupun tindakan yang sama turut dilakukan oileh pihak lawan, tetapi calon-calon Pro Aspirasi tidak pula menerima nasib buruk itu, sehingga jelas memperlihatkan sikap diskriminasi pihak terbabit khususnya Jawatankuasa Pelaksana PRK kampus itu terhadap mereka.
Setelah didesak dan dibantah oleh calon-calon dan aktivis Pro-M yang mula berkumpul beramai-ramai di hadapan pejabat pentadbiran UPM sejak malam semalam, pembatalan kemenangan mereka itu telah ditarik balik dan surat rasmi mengenainya telah dikeluarkan oleh Dr Fauzi.    
Tindakan pembatalan itu ternyata amat menyusahkan para pelajar. Selain harapan mereka untuk berunding tidak dilayan dengan baik, 11 calon Pro-M terbabit turut dikenakan bayaran RM100 setiap seorang untuk mengadakan bantahan, pada hal mereka adalah pelajar yang mempunyai kewangan amat terhad. 
Menurut Shukri, tahun lalu, calon-calon Pro-M UPM turut menerima nasib sama apabila 7 calonnya dibatalkan kemenangannya, tetapi tahun ini menjadi lebih parah sehingga meningkat 11 orang atau kesemuanya.
Ekoran itu, delegasi aktivis Pro-M UPM tengah hari tadi turut menghantar satu memorandum kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah di pejabatnya di Putrajaya yang isinya antara lain menuntut perjalanan demokrasi PRK UPM yang lebih baik, lebih telus dan demokratik pada masa akan datang.
"Selain itu, mereka juga menuntut agar perjalanan PRK di UPM pada masa akan datang bebas dari campur tangan politik luar, iaitu daripada para pemimpin parti tertentu, bagi menjamin perjalanan demokrasi yang telus.

Calon PAS: Hassanudin di Kerdau, Yuhaizad di Merlimau

Ketua Penerangan PAS Pahang Hassanudin Salim akan membawa cabaran parti itu dalam pilihan raya kecil DUN Kerdau pada 6 Mac depan.

kerdau by election pas announcement candidate 240211Manakala timbalan ketua Dewan Pemuda PAS Melaka Yuhaizad Abdullah(dua dari kiri) diumumkan sebagai calon PAS bagi pilihan raya kecil DUN Merlimau.
Pencalonan Hassanudin diumumkan oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat di Kompleks PAS Kerdau malam ini.
Beliau merupakan bekas calon PAS yang bertanding dalam pilihan raya umum 2008, tetapi tewas kepada calon BN Datuk Zaharuddin Abu Kassim.

Hassanudin tewas dengan majoriti 1,615 undi. Beliau mendapat 2,520 undi, manakala Zaharuddin memperolehi 4,135 undi.
Pada 6 Mac ini, Hassanudin akan berdepan dengan calon BN,Syed Ibrahim Syed Ahmad, 44. Syed Ibrahim adalah naib ketua Umno bahagian Kuala Krau dan merupakan pegawai khas kepada menteri besar Pahang.
Hasanuddin, 43, adalah seorang usahawan kelulusan diploma ukur tanah UiTM.

Turut hadir ialah timbalan presiden PAS Nasharuddin Mat Isa, timbalan presiden PKR Azmin Ali, dan pemimpin DAP, Tan Seng Giaw.
Sementara itu, Harakahdaily melaporkan, Hasanuddin dilahirkan di Kampung Loyang, Sanggang, Temerloh. Beliau mempunyai seorang isteri dan tujuh orang anak.

Hasanuddin berpengalaman dalam kerja-kerja pembinaan berskala besar seperti pembinaan infrastruktur Hospital Temerloh di samping pernah berkhidmat di Sudan dalam industri minyak dan gas.

SPR menetapkan tarikh pengundian PRK Kerdau pada 6 Mac ini sementara penamaan calon pula 26 Februari.
merlimau by election pas candidate yuhaizat abdullah 240211 02Sementara itu, Yuhaizad, 38, (kiri) juga merupakan timbalan yang dipertua PAS Jasin.

Pengumuman itu dibuat Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di hadapan penyokong Pakatan Rakyat di Kampung Merlimau Pasir.

Berusia 38 tahun, Yuhaizad memiliki Diploma Tasawur Islam, dan juga memperolehi Sijil Kejuruteraan Mekanikal dari Institut Kemahiran Mara, Jasin.
Beliau akan berdepan dengan calon BN, Roslan Ahmad, yang merupakan ahli jawatankuasa Umno bahagian Jasin.
Beliau terlibat di dalam bidang politik sepenuh masa dan adalah anak watan Merlimau serta seorang pemimpin muda yang dikenali ramai, mesra dan mudah dikenali.

Pengalaman luas dalam badan bukan kerajaan (NGO) seperti Persatuan Belia 4B, Pertubuhan Kebajikan seperti Yayasan AmalMalaysia dan persatuan penduduk memastikan beliau menjadi aset kepada rakyat dan negeri sekiranya terpilih mewakili DUN Merlimau pada pilihan raya nanti.

Kerusi DUN Merlimau kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohd Hidhir Abu Hassan, 54, dari BN pada 20 Januari lalu akibat serangan jantung.

Pada pilihan raya umum 2008, Mohamad Hidhir menewaskan calon PAS Jasme Tompang dengan majoriti 2,154 undi. 

yuhaizad abdullah pas candidate merlimauSuruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 26 Februari ini sebagai tarikh penamaan calon manakala pengundian ditetapkan pada 6 Mac. 

Turut hadir pada majlis pengumuman calon itu, Setiausaha PAS Pusat, Datuk Mustafa Ali, Ketua Dewan Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Salleh, Yang Dipertua Pas Negeri Melaka, Abdul Ghani Abdul Rahman, Ketua Pemuda DAP pusat, Loke Siew Fook dan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Saifuddin Nasution.


Bercakap kepada wartawan kemudiannya, Abdul Hadi berkata Yuhaizad dipilih berdasarkan kelayakan pendidikan itu, statusnya sebagai anak tempatan dan kerana ia masih muda.

Yuhaizad memegang ijazah dalam pengajian Islam dan sijil dalam kejuruteraan mekanikal. Beliau juga pernah bertugas sebagai pengurus projek pembinaan.

Menurut Abdul Hadi, tidak mustahil untuk PAS menang kerana ia pernah memenangi pilihan raya kecil sebelum ini, sekiranya ia dijalankan dengan adil, begitu juga dengan pihak media.

Tuesday, February 22, 2011

Peragut terbunuh

AMPANG: Seorang peragut yang kelam-kabut melarikan diri sejurus meragut beg tangan seorang wanita, terbunuh manakala rakannya parah selepas motosikal dinaiki merempuh kereta mangsa yang ketika itu nekad mengejar penjenayah terbabit di Taman Mega Jaya, Bukit Teratai di sini, semalam.
Tindakan berani arkitek wanita berusia 28 tahun yang juga anak bekas pegawai polis itu membuatkan dua lelaki terbabit panik sehingga mereka masuk ke laluan jalan mati di taman berkenaan sebelum berpatah balik dan merempuh kereta mangsa yang mengejar mereka.



Akibatnya, kedua-dua lelaki terbabit terpelanting ke longkang menyebabkan seorang daripada mereka maut di tempat kejadian selepas kerandut zakarnya pecah, manakala rakannya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ampang.

Kejadian berlaku kira-kira jam 9 pagi ketika mangsa sedang bersiap ke tempat kerja dan sejurus keluar dari kereta untuk menutup pintu pagar, dua lelaki terbabit meragut beg tangannya yang diletak di tempat duduk hadapan.



Mangsa cuba melawan, tetapi dia ditendang sehingga terjatuh.



Sebaik melihat mangsa terjatuh, kedua-dua lelaki terbabit melarikan diri, namun mangsa yang berang mengejar suspek.

Mangsa yang sudah biasa dengan laluan di kawasan itu memberhentikan keretanya di persimpangan jalan kira-kira 200 meter dari rumahnya selepas melihat lelaki terbabit melalui jalan mati.

Ketika itulah, lelaki yang panik berpatah balik dan memecut laju motosikal berikutan laluan terbabit agak berbukit sebelum mereka merempuh kereta mangsa.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, rempuhan kuat itu menyebabkan suspek terpelanting dan tercampak ke longkang.

“Kedua-dua suspek berkenaan warga Indonesia dan lelaki yang mati itu berusia 35 tahun manakala rakannya yang parah berusia 24 tahun.

“Siasatan polis mendapati, suspek menggunakan motosikal curi dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana samun dan Seksyen 41 (1) A Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sementara itu, bapa mangsa, Mahyudin Zakaria, 59, berkata, dia hanya menyedari anaknya diragut apabila terdengar jeritan di luar rumah.

Katanya, dia yang bimbang sesuatu berlaku ke atas anaknya bergegas ke luar rumah dan melihat anaknya tergesa-gesa menaiki kereta lalu mengejar lelaki terbabit.

“Saya mengekori anak dengan menaiki kereta kerana bimbang keselamatannya.

“Bagaimanapun, ketika tiba di tempat kejadian, saya melihat suspek sudah berada di dalam longkang dan mengalami kecederaan parah akibat merempuh kereta anak yang berhenti di simpang jalan,” katanya.

Foto
KEMEK...keadaan kereta mangsa.


TUMPAS...seorang penjenayah
terbunuh (dalam bulatan)
manakala seorang terselamat.
TUMPAS...seorang penjenayah terbunuh (dalam bulatan) manakala seorang terselamat.
Foto
PECAH...motosikal dinaiki kedua-dua penjenayah.



Foto
ANGKAT...anggota bomba dan paramedik mengangkat suspek.

Foto
MANGSA...Amiruddin (kiri) berbincang dengan mangsa ragut, semalam.

Gempa bumi kuat landa selatan kepulauan Fiji

SUVA, Fiji 22 Feb. — Gempa bumi kuat dengan magnitud 6.4 pada skala Richter berlaku di selatan Kepulauan Fiji pada pukul 6.57 petang ini.

Menurut Jabatan Kajian Giologi Amerika Syarikat (AS) dalam satu kenyataan di sini berkata pusat gempa itu terletak di 26 darjah Selatan dan 178.4 darjah Timur, iaitu 878 kilometer dari selatan Suva, Fiji dengan kedalaman 540 kilometer.

Kejadian tersebut tidak membawa sebarang ancaman tsunami. - Agensi

P'raya kampus: Pro-M, Pro-A seri 2-2

Kumpulan pro-Mahasiswa Universiti Malaya memenangi pilihan raya kampus universiti itu hari ini.

izzuddin hilmi leading the crowd of 200Mereka menyapu bersih semua 9 kerusi umum dan mendapat 14 kerusi fakulti. 

Lawan mereka hanya berjaya mendapat 16 kerusi fakulti.


Manakala calon bebas menang dua kerusi fakulti.

Dengan kemenangan itu, calon pro-M Masturah Abu Bakar yang dilaporkan hilang sebelum ini turut menang.

Calon kerusi umum itu mendapat undi keenam tertinggi.
Keputusan itu diumumkan pada jam 6 petang tadi. Manakala tempoh bantahan ditetapkan sehingga jam 8 malam ini.
Bantahan tersebut akan diteliti esok dan keputusannya akan diumumkan lusa.
UPM: Pro-M tumbang
Sementara itu, keputusan tidak rasmi di Universiti Putra Malaysia(UPM) menunjukkan Pro-Aspirasi terus berkuasa.
NONEKumpulan Pro-Mahasiswa hanya berjaya mendapatkan 12 kerusi daripada 44 yang dipertandingkan.
Daripada jumlah 11 kerusi itu, 2 adalah kerusi umum, 8 kerusi fakulti manakala sebuah kerusi siswazah lanjutan.
Pro-Aspirasi pula mendapat 31 kerusi.

Di UKM, menurut jurucakap pro-M Ahmad Firdaus Ahmad Azam, berdasarkan keputusan rasmi yang diumumkan pada jam 12 tengah malam, kumpulan itu menang di 22 daripada 37 kerusi.
Lawan mereka mendapat 15 kerusi, tambahnya.

Bagaimanapun, di luar tempat pengiraan, ratusan penyokong pro-M berkumpul bagi mendesak seorang pentadbir pilihan raya kampus meletakkan jawatan.

Mereka berkumpul sambil bersorak dan membawa kain rentang membantah tindakan universiti membenarkan dua calon pro-A bertanding walaupun didakwa tidak cukup syarat.
Di UTM, daripada keputusan yang diumumkan tengah malam ini, pro-A menang dengan mendapat 38 daripada 56 kerusi.

Pro-M mendapat 12 kerusi dan bebas 5. Satu kerusi tidak diketahui cenderung kepada pasukan mana.
Melepas tengah malam, pengiraan undi di USM masih berjalan.

'Punca kehilangan Masturah masih misteri'

Punca kehilangan calon umum Pro-Mahasiswa (pro-M), Masturah Abu Bakar terus menjadi misteri apabila dia tidak mahu menjawab soalan wartawan mengenai apa yang telah berlaku terhadapnya ketika dia dilaporkan hilang kelmarin.

NONESebaliknya, dia hanya menunjukkan isyarat tangan yang dia tidak mengulas apa-apa mengenai kejadian itu.
Masturah kelihatan tenang, tetapi diam sepanjang sidang akhbar yang diadakan di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya petang ini.
Bagaimanapun, ketika itu kedengaran seseorang yang berdiri di belakang ibunya - Mariam Abdul Rashid - berkata dia (Masturah) tidak sedar apa yang berlaku.

Selepas itu, ibunya mencelah: "Kita serahlah kepada polis untuk menyiasat siapa yang bertanggungjawab dan sebab-sebabnya. Polis bekerjasama dan melakukan siasatan selanjutnya."

Mariam menambah, polis telah merakamkanya kenyataan anak ketiganya itu.
Kelmarin, rakannya telah membuat laporan polis selepas Masturah hilang ketika berkempen untuk pilihan raya kampus UM.

Dia bagaimanapun ditemui di sebuah masjid di Bangi kira-kira jam 12.30 malam tadi.

Sementara itu, ketika bercakap dalam sidang akhbar tersebut, Marian menyifatkan kehilangan Masturah sebagai satu perkara yang tragis kepada keluarganya
Hadir sama dalam sidang akhbar pada jam 2.20 petang ini ialah bapanya - Abu Bakar Din - serta empat sepupunya yang bertubuh sasa dan berkaca mata hitam, difahamkan menjadi pengawalnya.
Masturah hanya berdiam diri sepanjang sidang akhbar tersebut.
"Saya tidak menyangka kerana anak saya ini, adalah seorang yang baik sejak kecil hingga sekarang. 

NONE"Saya harap kehilangannya tidak dimanipulasi oleh mana-mana pihak. Kehilangan anak saya ini, ada pihak yang bertanggungjawab melakukannya," tambah Mariam. 

Ditanya mengenai pihak yang bertanggungjawab terhadap kehilangannya anaknya itu, Mariam berkata: 

"Kita tidak mengesyaki sesiapa, saya bercakap secara umum dan kebetulan ia berlaku dalam suasana kempen pilihan raya kampus.
"Saya tidak tuduh mana-mana pihak kerana ia berlaku dalam kesibukan kempen pilihan raya kampus," katanya.

NONEMariam bagaimanapun, kesal kerana kehilangan anaknya itu dilaporkan oleh kawan-kawannya tetapi bukan pihak universiti.

Bagaimanapun, katanya, timbalan naib canselor UM ada menghubunginya.

Ketika wartawan bertanya Masturah sama ada beliau sedar apa yang berlaku, ibunya terus mencelah dengan berkata:

"Kita tidak tahu. Suasana masih baru bagi dia. Jadi, tidak adil kita menekan dia, (dengan) menanyakan apa yang berlaku.

"Sebagai keluarga saya memberi ruang dan tempoh untuk berehat. Nanti dalam tempoh yang baik, selepas pulih, kita mungkin akan dapat maklumat," katanya.

Mariam berkata, Masturah menelefonnya tengah malam tadi, sambil menangis, dengan menggunakan telefon yang dipinjam dari seorang peniaga dekat masjid tersebut.

Selepas itu, kata Mariam, beliau bercakap dengan pemilik telefon tersebut untuk mengetahui lokasi Masturah ketika itu, sebelum bergegas ke sana.
Mengenai spekulasi yang Masturah kemungkinan ada kaitan dengan 'makhluk halus' Mariam berkata: "Saya tidak tahu, tetapi yang penting ada orang bawa dia. Saya minta rujuk kepada polis."

BMF senarai 49 firma berkait Taib di seluruh dunia

NGO yang berpangkalan di Switzerland - Tabung Bruno Manser (BMF) hari ini mengeluarkan senarai 49 firma di empat benua di seluruh dunia yang didakwanya berkaitan dengan ketua menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan keluarganya.

NONESenarai itu termasuk 13 syarikat diMalaysia, 10 di Australia, sembilan di Kanada, tujuh di Hong Kong, empat di Amerika Syarikat, tiga di British Virgin Islands, satu di pulau Jersey dan dua lagi di United Kingdom.

"Tujuan senarai ini adalah untuk membantu pihak berkuasa pencegahan rasuah dan pengubahan wang haram di negara-negara berkenaan mengenal-pasti dan membekukan aset Taib,” kata pertubuhan itu dalam satu kenyataan.

Senarai itu disiarkan di lamanweb anti-rasuah barunya dan dikemaskini dari semasa ke semasa.

NONEBMF juga melancarkan petisyen di lamanwebnya mendesak pihak berkuasa di negara-negara berkenaan bagi menyiasat kedudukan kewangan Taib dan keluarganya serta membekukan aset mereka.

Petisyen itu juga akan dihantar ke pihak berkuasa di Australia, the British Virgin Islands, Kanada, Hong Kong, Jersey, Malaysia, United Kingdom dan Amerika Syarikat serta Kumpulan Pengubahan Wang Haram Asia Pasifik yang mempunyai keahlian 139 negara.

Antara syarikat Malaysia yang disenaraikan itu termasuk Borsarmulu Resort Sdn Bhd, Cahya Mata Sarawak Sdn Bhd, K&N Kenanga, Kumpulan Parabena Sdn Bhd, Mesti Bersatu Sdn Bhd, Sarawak Energy Bhd, Naim Holdings dan Kumpulan Ta Ann.

NONESesetengah syarikat berkenaan dimiliki sebahagiannya oleh kerajaan negeri dan terbabit dengan projek yang disokong oleh kerajaan negeri seperti Royal Mulu Resort dan empangan Murum.

Sebahagian besar firma yang disenaraikan itu membabitkan syarikat yang terbabit dalam hartanah, termasuk Sakti International Corporation Incorporated, yang berpangkalan di Amerika Syarikat.


Negara-negara UNCAC

Dokumen yang disiarkan oleh lamanweb Sarawak Report menunjukkan syarikat itu bernilai lebih kurang RM250 juta.

azlanJuga disenaraikan adalah kumpulan syarikat-syarikat di Kanada, Sakto yang didakwa Sarawak Report mempunyai hartanah bernilai lebih RM300 juta.

Gesaan yang sama dibuat oleh BMF ke pelbagai pertubuhan di Kesatuan Eropah untuk membekukan aset milik bekas presiden Mesir, Hosni Mubarak yang telah melarikan diri ke luar negara.

Semua negara, termasuk Malaysia - di mana syarikat-syarikat yang disenaraikan oleh BMF itu terletak telah menandatangani dan mengesahkan perjanjian Konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai pencegahan rasuah (UNCAC).

Semua negara-negara UNCAC diwajibkan untuk menyelaras dengan satu sama lain dan membekalkan bantuan perundangan di mana kes dana-dana tertentu dikaitkan dengan jenayah, termasuk mendapatkan perintah ekstradisi ke atas orang yang dituduh.

Monday, February 21, 2011

Melaka dapat 'Eye on Malaysia' lebih besar

Melaka akan membina sebuah buaian roda gergasi (Eye on Malaysia) yang baru dalam tempoh lapan bulan lagi sebagai mengantikan produk pelancongan sebelumnya yang terletak bersebelahan tapak projek Marina, di muara Sungai Melaka.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, projek berkenaan dijangka terlaksana dalam tempoh lapan bulan lagi dengan memilih satu lokasi baru yang terletak di Pulau Melaka, Banda Hilir.

Katanya, buaian roda gergasi berkenaan akan dibina lebih besar lagi iaitu 88 meter berbanding yang didirikan sebelumnya, hanya mempunyai ketinggian 82 meter.

"Untuk projek ini, kita akan swastakan kepada sebuah syarikat, Wonderland Melaka dan mereka dah order lebih tinggi iaitu 88 meter sekaligus mengatasi yang sebelumnya 82 meter.

"Lokasi yang yang dipilih adalah di Pulau Melaka kerana lokasi lama tidak boleh berikutan termasuk dalam kawasan zon penampan Bandaraya Warisan Dunia," katanya sewaktu menyertai majlis beramah mesra dengan media di sebuah restoran ikan bakar di Umbai, dekat sini.

Mohd Ali berkata, nama baru yang dipilih adalah 'Malaysia Eye' hampir sama dengan nama sebelumnya 'Eye On Malaysia' sekaligus boleh dibandingkan dengan produk yang lebih kurang sama dengan London Eye di London.

Sebelum ini, tindakan kerajaan negeri Melaka membina Eye On Malaysia pada September 2008 dan kemudian terpaksa dihentikan kira-kira dua tahun kemudian mendapat kritikan daripada pembangkang khususnya PAS yang kononnya ia adalah sebuah projek membazir.

Sambil menafikan sangkaan PAS itu, Mohd Ali menjelaskan ia adalah sebuah produk pelancongan yang begitu menguntungkan dan pernah mencatat pulangan sehingga RM100,000 sehari.

"Sebelum ini, pihak swasta terbabit meminjam wang daripada sebuah syarikat di Belgium, mereka tidak bayar jadi syarikat terbabit tariklah balik.

"Apa saya boleh buat tetapi kalau PAS hendak bayar, bayarkanlah. Jadi dia dah tarik balik kita buatlah sebuah lagi Eye On Malaysia yang baru, kita tiada masalah," katanya.

Sunday, February 20, 2011

Malaysia dan Thailand Tuanrumah Piala AFF 2012

Februari 19, 2011 - Malaysia dan Thailand telah dinamakan sebagai dua tuanrumah pusingan awal AFF Piala Suzuki 2012.

Ini berikutan mesyuarat ke 18 Majlis AFF untuk sesi 2007/2011 pagi ini di Kuala Lumpur.

Kali terakhir Malaysia menjadi tuanrumah adalah pada 2004 bersama Vietnam, manakala Thailand menjadi tuanrumah pada 2006 bersama Indonesia.

Malaysia, Indonesia, Vietnam, Indonesia, Filipina, Singapura dan Thailand adalah enam pasukan yang layak ke kejohanan utama. 

Ini berdasarkan ranking AFF iaitu Vietnam (20 mata) ditempat teratas, Indonesia (19.3 mata), Malaysia (18 mata), Singapura (16 mata), Thailand (16 mata) dan Filipina (12 mata).

Manakala Myanmar, Laos, Cambodia dan Timor Leste akan bermain di pusingan kelayakan.

Kejohanan AFF Bawah 19 Tahun akan diadakan di Myanmar pada September 1-10, 2011
Kumpulan A: Thailand, Singapura, Filipina, Malaysia
Kumpulan B: Myanmar, Indonesia, Laos dan Vietnam

Kejohanan AFF Bawah 16 Tahun akan diadakan di Laos pada Julai 7-17, 2011
Kumpulan A: Laos, Thailand, Malaysia, Timor Leste, Indonesia
Kumpulan B: Myanmar, Vietnam, Singapura, Cambodia, Filipina

Kejohanan Futsal AFF akan diadakan di Indonesia pada April 11-17, 2011
Indonesia, Myanmar, Vietnam, Filipina, Malaysia dan Thailand

Kejohanan AFF Bawah 23 dijangka akan diadakan di Palembang pada Julai 18-24, 2011. Kejohanan ini adalah sebagai persiapan untuk Sukan SEA 2011 akan menyaksikan lima pasukan mengambil bahagian Indonesia, Singapura, Filipina, Myanmar dan Timor Leste.

Kejohanan Bolasepak AFF Wanita akan diadakan di Laos pada minggu kedua Oktober, 2011
Pasukan (8): Indonesia, Singapura, Thailand, Filipina, Myanmar, Malaysia, Laos dan Vietnam

Sementara itu, calun untuk Majlis AFF telah diumumkan.

Calun Jawatan Presiden:

  • H. A. M. Nurdin Halid dari Indonesia
  • Sultan Haji Ahmad Shah dari Malaysia
  • Dato’ Worawi Makudi dari Thailand

Calun Naib Presiden (empat Posisi):
  • Pengiran Matusin Matasan dari Brunei
  • Brigadier General Khiev Sameth dari Cambodia
  • H. A. M. Nurdin Halid dari Indonesia
  • Viphet Sihachakr dari Laos
  • Juan Miguel Romualdez dari Philippines
  • Francisco Kalbuadi dari Timor Leste
  • Duong Vu Lam dari Vietnam

Pemilihan untuk Majlis AFF berikutnya akan diadakan pada Kongres AFF di Bangkok pada April 10, 2011
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...