Peguamnya Ahmad Nizam Hamid (kiri) mengesahkan perkara itu kepadaMalaysiakini sebentar tadi.Banyak pemimpin Pakatan Rakyat, termasuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut baik keputusan itu di laman-laman Twitter dan Facebook.
Pada 2 Disember tahun lalu, mahkamah memerintahkan Mohd Yahya membela diri atas tuduhan menipu presiden KDEB berhubung Majlis Sambutan 100 hari Pakatan dua tahun sebelum itu.
Hakim Azhaniz Teh Azman Teh membuat keputusan itu selepas berpuas hati bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.
Mohd Yahya, 44, dituduh menipu Datuk Abdul Karim Munisar untuk mempercayai bahawa sekretariat Pakatan memohon sumbangan bagi membiayai majlis sambutan itu di Gardenia Coffee House, Quality Hotel di Shah Alam pada 4 Jun 2008.
Pengikut marah
Tertuduh selaku pengarah program acara itu, dituduh dengan curangnya mendorong Abdul Karim untuk menyerahkan wang berjumlah RM50,000 kepada beliau sebagai sumbangan, sedangkan Abdul Karim tidak akan melakukannya sekiranya tidak diperdayakan sedemikian.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan, dan jika sabit kesalahan, boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan disebat dan boleh juga didenda.Bagaimanapun, Azhaniz Teh melepas dan membebaskan Mohd Yahya daripada pertuduhan menggunakan dokumen palsu iaitu Resolusi Pembukaan Akaun untuk PKR di Maybank Berhad cawangan Bandar Sunway pada 14 Mei 2008 selepas mendapati pihak pendakwaan gagal menimbulkan kes prima facie ke atas tertuduh.
Pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 465 kanun yang sama, yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali.
Azhaniz Teh membuat
keputusan itu setelah mendengar keterangan yang diberikan oleh 28 saksi pendakwaan, termasuk Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.Sebelum itu, Mohd Yahya yang juga pemimpin kuat PKR Selangor digantung kerja oleh Khalid, menyebabkan pengikutnya marah dan cuba mengheret campurtangan Anwar sekali dalam kes itu.
Tidak berpuas hati dengan perkara itu, Mohd Yahya meletakkan jawatan selepas mengadakan pertemuan empat mata dengan Anwar.
TV Selangor yang memetik sumber melaporkan parti itu juga difahamkan telah menerima surat berhubung pembatalan berkenaan daripada Pendaftar Pertubuhan awal bulan ini.
Bagaimanapun katanya, PKR mempunyai alasan kukuh yang parti itu tidak melanggar sebarang peruntukan dalam perlembagaannya.
Bekas ahli Parti Bersatu Sabah (PBS) Dr Chong Eng Leong berkata, hasil penyelidikannya selama 15 tahun -- yang dimuatkan dalam bukunya Lest We Forget -- menganggarkan kira-kira 600,000 pendatang haram diberikan kewarganegaraan bawah projek di Sabah.
Katanya, pemberian kad pengenalan tersebut bertujuan untuk menumbangkan PBS - yang belum menyertai BN ketika itu - dalam pilihan raya.
Mengikut rancangan penyelarasan subsidi yang dicadangkan oleh Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU), harga petrol RON95 sepatutnya telah dinaikkan oleh kerajaan kepada RM2.05 seliter sekarang. Mengikut perancangan, ini seharusnya dilakukan dengan dua pelarasan - iaitu 15 sen sekitar akhir tahun lalu dan 10 sen lagi pada separuh masa pertama tahun ini.
Bagi mengekalkan kadar harga sekarang, pembayar cukai terpaksa menanggung kos subsidi petrol sebanyak RM14 bilion. Ini merupakan 40 peratus lebih tinggi daripada bajet RM10 bilion yang diperuntukkan oleh kerajaan.
"Bagi sekarang, kerajaan cuba mewujudkan persekitaran yang sesuai menjelang pilihan raya.”
Barangan kawalan lain seperti tepung, minyak masak dan gas asli juga termasuk dalam rancangan pengurangan subsidi tetapi kerajaan belum mengumumkan sebarang kenaikan barangan itu bagi tahun ini.
Seorang menteri yang tidak mahu dikenali memberitahu akhbar Cina itu bahawa jemaah menteri telah membincangkan subsidi petrol hari ini tetapi tidak ada keputusan muktmad dibuat.
"Di kalangan rakyat, terdapat peningkatan penerimaan GST sebagai suatu yang baik,” kata Najib, yang juga Menteri Kewangan kepada pemberita selepas menghadiri Perundingan Bajet 2012 di Putrajaya hari ini.
Timbalan pengerusi PKR selangor, Zuraida Kamaruddin pada sidang media hari ini menunjukkan kepada wartawan surat yang didakwa bukti Umno menyalahgunakan proses kerajaan.
"Mereka adalah daripada kalangan para pelajar, usahawan tulen dan yang berkerjaya, di mana mereka ini boleh sama-sama membangunkan negara ke arah yang lebih maju dan progresif di samping akan memenangkan BN bagi setiap pilihan raya, khususnya semasa plihan raya umum yang ke-13.
Sehubungan itu Abdullah Sani Said yang telah berkhidmat selama 28 tahun dengan Anwar tampil membuat laporan di Balai Polis Merchant Square, Petaling Jaya pada jam 3.30 tadi.
Selepas itu, kata Abdullah Sani, sebuah lori memotongnya sehingga memaksa beliau menghentikan kereta itu secara mengejut dalam kejadian di Lebuhraya Utara-Selatan itu.