KUALA LUMPUR 17 Jun – Kerajaan meluluskan permohonan Parti Sosialis Malaysia (PSM) untuk didaftarkan sebagai sebuah parti politik yang baru selepas 10 tahun menanti.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar ketika mengesahkan mengenai perkara itu berkata, kerajaan telah membuat keputusan meluluskan permohonan PSM, baru-baru ini.
Sehubungan itu katanya, PSM kini boleh bergerak sebagai sebuah parti politik.
``Kelewatan kelulusan permohonan PSM sebelum ini, adalah disebabkan beberapa perkara berkaitan penubuhan sebuah parti politik di peringkat kebangsaan yang tidak dipenuhi.
``Setelah meneliti sepenuhnya permohonan itu dan memastikan segala peraturan dipatuhi, barulah kelulusan diberikan kepada PSM,’’ katanya.- Utusan.
No comments:
Post a Comment