Monday, June 30, 2008

TERBARU:Anwar keluar dari Kedutaan Turki

TERBARU:Anwar keluar dari Kedutaan Turki

Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya keluar dari Kedutaan Turki jam 6.45 petang ini. Beliau yang diiringi oleh isterinya Datin Seri Wan Azizah Ismail dikatakan terus menunju ke rumah mereka di Segambut, Satu sumber memberitahu Agendadaily, Anwar akan adakan program ceramah umum di ibu pejabat PKR di Tropicana malam jam 9 malam ini.- 30/6/2008

Anwar diarah keluar kedutaan

Datuk Seri Anwar Ibrahim telah diminta keluar dari Kedutaan Turki jam 5 petang ini. Perkara itu dimaklumkan Duta Turki kepada Menteri Luar, Datuk Seri Rais Yatim semasa beliau dipanggil bertemu Rais di Wisma Putra petang Isnin. Menurut sumber, Duta berkenaan turut memaklumkan kepada Rais bahawa pihaknya tidak pernah menjemput Anwar untuk mendapatkan perlindungan di kedutaan berkenaan. Anwar difahamkan telah menghubungi beberapa pemimpin PKR memaklumkan beliau akan keluar jam 6 petang. - 30/6/2008

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...