Thursday, August 14, 2008

Empat Dicalon Bertanding Pengerusi Gerakan Kedah - BERNAMA

14 Ogos, 2008 18:43 PM

ALOR STAR, 14 Ogos (Bernama) -- Seramai empat orang dicalon untuk bertanding jawatan pengerusi Gerakan Kedah bagi menggantikan tempat yang bakal dikosongkan Datuk Wira Fong Chok Gin pada pemilihan parti itu 22 Ogos ini.

Mereka yang tercalon ialah setiausaha Gerakan negeri, Chang Boon Chye, penolong setiausaha negeri, Dr Chia Soon Hai, pengerusi bahagian Jerai, Hong Hang Peng dan ahli jawatankuasa (AJK) Padang Serai, Pang Hiang Lye.

Pencalonan diadakan di ibu pejabat Gerakan negeri di sini hari ini bermula 10 pagi hingga tengah hari dengan disaksikan setiausaha jawatankuasa penyeliaan dan pemilihan Gerakan kebangsaan Tan Sri Dr Chin Fook Wing.

Ketua Wanita Negeri, Eng Gaik Hong yang mempertahankan jawatannya bagi penggal ketiga menang tanpa bertanding, begitu juga dengan Tan Keng Liang sebagai ketua pemuda negeri yang baru.

Seramai lapan orang dicalonkan bagi mengisi enam kerusi AJK negeri termasuk lima yang mempertahankan jawatan iaitu Tan Po Kiat, Kok Eyu Khon, Teoh Moh Khoon, Ong Seng Swee dan Ng Swee Weng.

Tiga lagi calon ialah Oi Beng Kooi, Khoo Chew Eow dan Low Eng Seong.

Enam yang lain dicalonkan untuk bertanding bagi lima tempat sebagai wakil Kedah ke persidangan perwakilan peringkat pusat nanti. Mereka ialah Tan Beng Hock, Khoh Ah Lye, Chang Kam Chong, Ng Sai Huat, Yee Kin Leong dan Tan Chu Sing.

Pemangku presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Khoon dijangka merasmikan pemilihan peringkat negeri di Dewan Perhimpunan China Kedah pada 22 Ogos ini.

-- BERNAMA

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...