Muda Mohd Noor | Oct 14, 08 2:21pm |
Keputusan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak mempertahankan jawatan presiden Umno, dipercayai telah memberi kesan kepada pencalonan untuk menantunya Khairy Jamaluddin bagi jawatan ketua Pemuda. Abdullah juga mengumumkan minggu lalu untuk menyerahkan kuasa kepada timbalannya Datuk Seri Mohd Najib Razak - dari 2010 kepada Mac tahun depan. ![]() Sehingga ini, Mukhriz mendapat 40 pencalonan - melepasi jumlah kelayakan minimum 39 pencalonan. ![]() Agak mengejutkan lagi, Mukhriz turut mendapat pencalonan dari Perak dan Negeri Sembilan yang memang diketahui menyokong kuat Khairy. Ketua Pemuda Perak, Zainol Fadzi Paharudin dan ketua Pemuda Negeri Sembilan, Datuk Ir Jamlus Abdul Aziz turut hadir ketika Khairy mengumumkan di Rembau, kesediaannya bertanding jawatan ketua Pemuda. Peluang Mukhriz cerah Tiga lagi ketua Pemuda Umno yang turut hadir di majlis tersebut ialah ketua Pemuda Sabah, Japli Akin; ketua Pemuda Perlis, Datuk Rozabil Abdul Rahman dan ketua Pemuda Wilayah Persekutuan Datuk Norza Zakaria. Sehingga ini, empat bahagian di Perak - Teluk Intan, Kampar, Ipoh Barat dan Padang Serai - mencalonkan Mukhriz untuk jawatan ketua Pemuda. ![]() Walaupun Khairy dijangka mendapat cukup pencalonan minggu-minggu berikutnya, tetapi pemerhati politik menyifatkannya sebagai petanda perubahan dalam parti turut menghakis pengaruh menantu perdana menteri itu. Sekiranya pencalonan untuk Mukhriz terus meningkat, kata mereka, Mukhriz mempunyai peluang lebih cerah untuk memenangi jawatan ketua Pemuda Umnno. ![]() Reezal, Razali layak Semalam, ketika bercakap kepada pemberita, Mukhriz menyifatkan sokongan terhadapnya itu sebagai "mesej jelas menunjukkan bahawa perwakilan mahukan perubahan". Beliau seterusnya berharap bahagian-bahagian lain akan turut mencalonkannya jika mereka juga mahukan perubahan. "Saya amat berterima kasih dan berbesar hati terhadap keyakinan yang diberikan kepada saya perwakilan dari bahagian-bahagian. "Saya rasa ia adalah tanda bahawa perwakilan mahukan perubahan dan mereka melihat saya mewakili mereka," katanya di lobi Parlimen. Mukhriz berkata kejayaan mendapatkan pencalonan yang banyak dalam tempoh yang singkat adalah amat mengejutkan, dan berharap momentum itu akan berterusan. Sementara itu, dua calon bagi jawatan naib ketua Pemuda - exco Pemuda Datuk Reezal Merican Naina Merican dan ahli parlimen Muar Razali Ibrahim - turut layak bertanding Mac depan. Mereka memerlukan 20 pencalonan untuk layak dan sehingga ini, Razali mendapat 35 pencalonan dan Reezal mendapat 30 pencalonan. |
|
Informasi didalam blog ini adalah daripada sumber-sumber berita media internet.Sebarang komen @ pendapat, sila email ke cardozas02@gmail.com
Tuesday, October 14, 2008
Keputusan PM berundur jejas Khairy? - MALAYSIAKINI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment