30/05/2009 7:29pm
KUALA LUMPUR 30 Mei - Datuk Dr. M. Jegathesan kekal sebagai Timbalan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) apabila memperoleh 65 undi mengatasi Datuk Seri Dr. Ibrahim Saad yang memperoleh 33 undi, pada pemilihan pucuk pimpinan majlis itu, di sini hari ini.
Bagi jawatan Naib Presiden, Datuk A. Sani Karim kembali dipilih memegang jawatan selepas tempoh dua tahun melepaskannya apabila menerima 95 undi, diikuti tiga penyandang Datuk W.Y. Chin (89 undi), Datuk Zakaria Ahmad (79 undi) dan Datuk Roy Rajasingham (70 undi) manakala M. P. Haridas mendapat 59 undi.
Berikut senarai pemegang jawatan MOM bagi penggal 2009-2011:
Presiden: Tunku Imran Tuanku Ja’afar
Timbalan Presiden: Datuk Dr M. Jegathesan
Naib-naib Presiden:
1. Datuk A. Sani Karim
2. Datuk W. Y. Chin
3. Datuk Zakaria Ahmad
4. Datuk Roy Rajasingham
5. Low Beng Choo
Setiausaha Kehormat: Datuk Sieh Kok Chi
Penolong Setiausaha Kehormat (Lelaki): Ramlay Ibrahim
Penolong Setiausaha Kehormat (Wanita): Moira Tan Siew See
Bendahari Kehormat: Datuk Seri Kee Yong Wee
Penolong Bendahari Kehormat: Rosmanizam Abdullah
No comments:
Post a Comment