Monday, January 3, 2011

Banjir kilat tenggelami 60 rumah selepas hujan lima jam

NIBONG TEBAL 3 Jan. – Lebih 60 buah rumah di empat buah kampung sekitar Seberang Perai Selatan (SPS) di sini, dinaiki air setinggi hampir satu meter selepas dilanda hujan lebat selama lima jam sejak pagi tadi.
Hujan yang bermula kira-kira pukul 8.30 pagi itu mengakibatkan air naik dengan cepat menyebabkan penduduk di Kampung Sungai Kechil, Kampung Besar, Simpang Ampat Tasek dan sekitar Jawi tidak dapat menyelamatkan barangan rumah termasuk perkakas elektrik.
Ketua Polis Daerah SPS, Supt Shafien Mamat berkata, kejadian banjir kilat itu adalah yang terburuk pernah berlaku di kawasan tersebut.
"Sehingga kini hanya seorang orang kelainan upaya (OKU) warga emas ditempatkan di dewan orang ramai dan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat telah memberi bantuan segera berupa makanan untuk membantu mangsa,” katanya ketika ditemui semasa melawat mangsa di Kampung Nenas, Sungai Kechil, di sini.
Beliau berkata, pihaknya menerima laporan tentang banjir tersebut pada 10.30 pagi ketika paras air sungai berhampiran melimpah dan meningkat dengan cepat. – Bernama

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...