
Dalam mesej teks ringkasnya kepadaMalaysiakini petang ini, Khairy berkata tuduhan beliau merajuk adalah karut dan menjelaskan bahawa jadual latihan telah lama ditetapkan sebelum kerusi Tenang itu kosong.
"Latihan payung terjun askar di udara itu bagi memenuhi keperluan syarat sebelum saya boleh ditauliahkan. Ia lama ditetapkan sebelum Tenang.

"Konsep merajuk tak wujud dalam kaamus saya,” kata Khairy.
Penamaan calon bagi pilihan raya kecil bagi DUN Tenang adalah pada 22 Januari ini manakala jika ada pertandingan, pengundian ditetapkanm pada 30 Januari ini.
Khairy juga dalam Twitter membidas kumpulan yang mendakwa bahawa beliau sedang merajuk.
"Pernah awak lihat orang yang merajuk bekerja keras seperti saya? Mengembara 21 kawasan parlimen, lima negeri dalam enam hari? Jangan begitu bodoh,” katanya merujuk kepada program Pemuda BN "Jelajah 1Malaysia".
No comments:
Post a Comment