Thursday, February 17, 2011

Ong dapat sokongan Abdul Ghani di Pandan

Walaupun kehilangan sokongan dari bahagian partinya sendiri, namun bekas presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat mendapat sokongan ketua Umno bahagian Pandan yang digantung serta ketua bahagian Gerakan, dalam usahanya mempertahankan kerusi parlimen Pandan yang diwakilinya, dalam pilihanraya umum akan datang.

ong tee keat pandan mp supporters dinner 2Pencalonan Ong dipersoalkan oleh timbalan ketua Umno bahagian Pandan, Iszeham A Hamid, yang kini menjadi pemangku ketua, tetapi ketua bahagian yang digantung, Datuk Abdul Ghani Ismail memberikan sokongan kepada Ong.

"Beliau turun padang. Ia akan menjadi satu kerugian kepada BN jika beliau tidak dicalonkan," kata Abdul Ghani ketika dihubungi semalam.

Abdul Ghani digantung daripada jawatan ketua bahagian selepas beliau didakwa atas tuduhan rasuah. Perbicaraan kes tersebut masih berjalan.

Bagaimanapun, beliau kekal sebagai penyelaras BN Chempaka, iaitu salah satu daripada dua kerusi negeri dalam parlimen Pandan.

"Saya tidak peduli sama ada ianya Umno, MCA atau Gerakan (bertanding kerusi tersebut), asalnya calonnya boleh menang.

"Masih ramai yang boleh menerima Ong (sebagai ahli parlimen mereka). Beliau masih mendapat sokongan," katanya.

Beliau membidas pengkritik Ong dengan berkata, "jika anda tidak bekerja dan tidak turun padang, tutup mulut".

Ditanya mengenai saranan Iszeham kepada Perdana Menteri yang juga pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak Sabtu lalu, dengan menawarkan 'penyelesaian' bagi menangani isu calon di Pandan, Abdul Ghani berkata pesara pegawai tentera itu tidak faham akar umbi.

"Apa yang dia tahu? Dia adalah seorang veteran. Ia sangat mudah. Jika Umno boleh buat lebih baik daripada Ong, silakan (untuk mendapatkan kerusi tersebut)."

Abdul Ghani berkata 'penyelesaian' yang disebut itu, hanya merupakan pandangan peribadi Iszeham yang disifatkannya sebagai "syok Sendiri".

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...