Saturday, February 26, 2011

Penamaan calon p'raya kecil Merlimau, Kerdau

10.12am Merlimau: Ketua pemuda DAP Anthony Loke berkata sesetengah penduduk kampung Melayu takut kepada Pakatan akibat usaha yang didakwa dijalankan BN.

Beliau mendakwa, penduduk kampung itu diberitahu bahawa sekiranya Pakatan mengambil alih kerajaaan, orang Cina akan memerintah dan kedudukan orang Melayu akan terjejas.

Di Merlimau, DAP telah berusaha memasuki kawasan kampung Melayu bersama PAS dalam usaha menjelaskan kedudukan mereka, katanya lagi.

NONEDalam pada itu, naib presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata pilihan raya kecil terdahulu membuktikan bahawa Pakatan telah bertindak "jahat" dalam memburuk-burukkan BN.

Katanya lagi, BN berharap supaya pengundi Merlimau tidak terpengaruh dengan usaha itu. BN juga berharap untuk meningkatkan majoriti di kawasan itu.

BN kehilangan kira-kira 3,000 undi pada 2008 bagi kawasan itu berbanding kira-kira 5,000 undi yang diperolehinya pada pilihan raya umum 2004.


NONE10.10am Merlimau:Kumpulan penyokong BN kini semakin ramai, menyamai jumlah penyokong PAS yang berjumlah kira-kira 3,000 orang.

Kumpulan penyokong PAS itu akan melaungkan 'rasuah' dan 'hancur Najib, hancur Rosmah' setiap kali melihat individu daripada kelompok penyokong BN memasuki kawasan pusat penamaan calon.
10am Kerdau: Pegawai pengurus pilihan raya Tariff Abdul Rahman mengumumkan tempoh penamaan tamat dan tempoh bantahan bermula.

Hanya dua orang calon, masing-masing daripada PAS dan BN yang mengemukakan borang pencalonan merek bagi pilihan raya kecil kawasan ini.

NONE10am Merlimau:Pegawai pengurus pilihan raya Roslan Eusoff mengumumkan tempoh penamaan tamat. Pertandingan satu lawan satu juga dijangka berlangsung di sini memandangkan hanya dua pencalonan diterima setakat ini.
9.52am Merlimau: Naib presiden PAS Nasharudin Md Isa berkata kempen parti itu akan menggabungkan isu tempatan, nasional dan antarabangsa.

Katanya lagi, kempen berkenaan merupakan satu latihan yang baik kepada jentera Pakatan dan PAS dalam membuat persiapan bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Bekas menteri besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin yang berada di kawasan Merlimau sejak semalam pula berkata, pandangan pertamanya ke atas kawasan DUN ini lebih positif berbanding Tenang.

Katanya, beliau telah diajukan soalan berhubung isu melibatkan kerajaan persekutuan ketika mengunjungi satu kawasan Melayu pada malam tadi.
9.50am Kerdau: penyokong BN membalas 'PAS jual Islam' kepada penyokong PAS.

NONE9.45am Kerdau:Penyokong BN dan PAS masing-masing melaungkan 'kesiannya' terhadap satu sama lain.

Sementara penyokong PAS pula menyanyikan lagu 'duit duit, di mananya duit? Di sana, di sana' .

9.45am Merlimau:Polis menghadkan jumlah ahli parti yang dibenarkan masuk ke pusat penamaan calon, yang kemudiannya mencetus konflik kecil antara ADUN Teratai, Jenice Lee dan pegawai SPR.

Polis tidak benarkan ahli parti yang sudahpun berada dalam dewan, untuk keluar membawa pas masuk untuk mereka yang lewat tiba.

Jenice yang tiba jam 9.15 pagi dan tidak dibenarkan masuk ke dewan, mendakwa DAP telah memohon 20 pas masuk dan dia ditugaskan oleh parti untuk berada di dalam dewan.

Bagaimanapun, polis tidak membenarkannya masuk dan Jenice kemudian menemui pegawai SPR, yang memaklumkan bahawa kuota untuk parti itu sudah habis.
"Saya hadir di banyak pilihan raya kecil. Perkara seumpama itu tidak pernah berlaku sebelum ini," katanya.

9.26am: Kerdau: Calon BN, Syed Ibrahim Syed Ahmad, siap mengisi borang pencalonan. Beliau dan calon PAS Hassanuddin Salim kemudiannya bergambar untuk jurufoto sambil berjabat tangan.
Kedua-dua calon serta pencadang dan penyokong masing-masing bersarapan di meja yang sama, sementara menunggu tempoh penamaan calon tamat.
NONE9.23am Merlimau: - Ketua Pemuad MCA, Datuk Wee Ka Siong berkata BN bersemangat ekoran kemenangan dalam pilihan raya kecil sebelum ini, yang menurutnya, menunjukkan rakyat kembali menyokong BN.
"Kemenangan besar (di Merlimau) akan menunjukkan penerimaan kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Minister Mohd Ali Rustam," katanya.
Sementara itu, jurufoto sibuk mengambil gambar seekor kucing yang dipakaikan baju-T BN.
9.16am Kerdau: Hassanuddin Salim siap mengisi borang penamaan calon di hadapan pegawai pengurus pilihan raya Tariff Abdul Rahman.

Calon BN, Syed Ibrahim Syed Ahmad sedang mengisi borang penamaan calon.
NONE9.04am Merlimau:Calon BN, Roslan Ahmad memasuki pusat penamaan calon.
9am Merlimau: Calon PAS Yuhaizad Abdullah(kiri) telahpun berada di pusat penamaan calon bagi mengemukakan borang pencalonannya.9am Kerdau: Calon PAS di Kerdau, Hassanuddin Salim masuk ke pusat penamaan calon, diikuti calon BN, Syed Ibrahim Syed Ahmad empat minit kemudian.
Pegawai pengurus pilihan raya Tariff Abdul Rahman mengumumkan proses penamaan calon bermula.
8.44am Kerdau - Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Besar Pahang, Datuk Adnan Yaakob tiba di Stadium Temerloh, yang terletak kira-kira 500 meter dari pusat penamaan calon.
8.40am Merlimau: Ahli Persatuan Ketua Kampung Melaka turut menyertai penyokong BN. Mereka berpakaian Melayu bersampin.
8.39am Kerdau Penyokong BN berkumpul di Stadium Termeloh.
8.38am Merlimau: Pemimpin BN, termasuk Datuk Wee Ka Siong, Datuk Shaziman Abu Mansor, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Tan Sri Koh Tsu Koon, Datuk G Palineval.

Doa dibaca sebelum mereka berarak ke pusat penamaan calon.
NONE8.30am Kerdau:kira-kira 2,000 penyokong PAS serta calon PAS, Hassanuddin Salim tiba ke Dewan Tun Razak. Mereka disekat kawat berduri, kira-kira 40 meter dari tempat itu. Selain selawat, mereka laung hidup Islam, hancur regim. Calon, presiden, Tuan Ibrahim Tuan Man dan naib presiden PKR Fuziah Salleh masuk ke dalam kawasan perkarangan dewan.
8.30am Merlimau: Penyokong PAS seramai 5,000 orang berkumpul dengan membawa bendera parti dan juga poster, antaranya dengan slogan "YB mati Merlimau maju", "Apco Israel bahaya" dan "Justice for Beng Hock."
8.24am Merlimau: Penyokong MIC dan MCA tiba. Ahli parlimen Jasin, Datuk Ahmad Hamzah sedang mengendalikan penyokong.
Penyokong Kimma pula melaungkan 'Hidup Kimma'.
8.10am Kerdau: Calon PAS bagi DUN Kerdau baru sampai. Bacaan doa selamat bersama 1,000 penyokong. Datuk Seri Abdul Haji dan naib presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man juga ada.
7.08am Merlimau: Polis, petugas parti dan media mula mengambil tempat masing-masing untuk bertugas pada hari ini.

Polis telah meletakkan halangan, kawat duri dan beberapa trak untuk memisahkan penyokong PAS dan BN yang semakin ramai.

Penyokong BN akan mula berarak dari jarak sejauh 200 meter daripada pusat penamaan calon, manakala PAS akan mula berarak pada jarak 500 meter daripada dewan berkenaan.

NONE7.30am Kerdau:Penamaan calon bagi pilihan raya kecil kawasan DUN ini akan berlangsung di Dewan Tun Razak di bandar Temerloh, Pahang hari ini.

Polis telah memagari kawasan dewan tersebut sejak malam tadi dengan meletakkan pagar besi dan kawat duri. Jalan menuju ke pusat penamaan juga telah ditutup sejak awal pagi.

Penyokong PAS berkumpul di Plaza Temerloh yang terletak kira-kira 500 meter daripada Dewan Tun Razak seawal jam 5.30 pagi dan mula bersiap sedia untuk berarak ke pusat penamaan.

Penyokong BN pula mula berkumpul di Dataran Temerloh, juga pada jarak yang sama daripada dewan tersebut, sejak jam 7 pagi.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...