Bagaimanapun kata Najib, beliau tidak memerlukan mandat baru menerusi pilihan raya umum ke-13 untuk meneruskan pembaharuan seperti memperkenalkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Mandat semasa kerajaan pusat hanya berakhir April 2013.
Di DUN Sarawak, BN kini memiliki 63 daripada 71 kerusi.
Najib, yang perikatan pimpinannya BN menyaksikan prestasi buruk tiga tahun lalu, berjanji untuk memulihkan keyakinan pelabur diMalaysia dengan melaksanakan pembaharuan termasuk memperkenalkan cukai tertangguh berganda.
Ketika pilihan raya umum 8 Mac 2008, Najib adalah timbalan perdana menteri. Beliau menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai perdana menteri pada April 2009.

“Saya tidak menolak apa jua kemungkinan. Kemungkinan awal atau kemungkinan kemudian. Saya masih menilai situasi. Sarawak akan menjadi sebahagian daripada penilaian (saya), sudah pasti,” kata Najib yang juga pengerusi BN.
Najib merujuk kepada kejayaan BN dalam empat daripada lima pilihan raya kecil yang lalu, mengatasi Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang turut berhadapan dengan kes liwat keduanya.
BN berhadapan dengan dua pilihan raya kecil serentak iaitu DUN Merlimau dan Kerdau dengan pengundian pada Ahad ini.

Menurut beliau perkembangan itu adalah usaha ke arah membentuk keyakinan menjelang pilihan raya umum akan datang.
Bagaimanapun Najib mengakui bahawa pilihan raya kecil dan pilihan raya negeri bukan segala ukurannya jika mengambil kira keputusan akhir pilihan raya umum.
No comments:
Post a Comment