Saturday, May 7, 2011

Kuala Nerus Muncul Daerah Kelapan Di Terengganu Akhir Tahun Ini

KUALA TERENGGANU: Kuala Nerus akan muncul sebagai daerah baru di Terengganu selewat-lewatnya akhir tahun ini dengan Gong Badak menjadi pusat pentadbirannya.
Anggota Parlimen Kuala Nerus, Datuk Mohd Nasir Ibrahim Fikri berkata pada dasarnya kerajaan negeri telah bersetuju untuk menjadikan Kuala Nerus yang kini berada di bawah daerah Kuala Terengganu sebagai daerah kelapan di Terengganu.
"InsyaAllah segalanya berjalan lancar kerana Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) ketika lawatannya ke Terengganu 30 April lalu berjanji akan membantu merealisasikannya," kata Mohd Nasir kepada pemberita di sini Sabtu.
Kuala Nerus kini membangun dengan pesat dengan kedudukannya sebagai tapak institusi pengajian tinggi dan institut kemahiran serta beberapa industri di samping banyak projek perumahan.
Jumlah penduduknya juga meningkat dengan pesat.
Daerah yang sedia wujud di Terengganu ialah Kuala Terengganu, Besut, Setiu, Marang, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman. - BERNAMA

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...