Monday, June 16, 2008

Sanusi: Reezal 'batu api' pecat saya

Muda Mohd Noor | Jun 16, 08 3:28pm

Tan Sri Sanusi Junid mendakwa setiausaha politik menteri kewangan sebagai dalang yang mencadangkan beliau dipecat daripada presiden Universiti Islam Antarabangsa (UIA) awal bulan ini.

Bagaimanapun, bekas menteri besar Kedah itu, enggan menyebut nama setiausaha politik terbabit dengan alasan tidak mengetahui namanya.

"Saya tidak tahu... tetapi setiausaha politik menteri kewangan hanya seorang sahaja," katanya ketika diminta memperincikan kenyataan medianya minggu lalu.

sanusi junid 050608"Saya sebenarnya dipecat melalui saluran setiausaha politik menteri kewangan, yang kebetulan salah seorang ahli majlis UIA yang telah saya cadangkan kepada DYMM ketua perlembagaan UIA untuk menjadi wakil alumni di dalam majlis UIA," kata Sanusi minggu lalu.

Malaysiakini difahamkan, Datuk Reezal Merican Naina Merican memenuhi ciri yang digambarkan oleh bekas presiden universiti itu.

Bagaimanapun sejak minggu lalu Malaysiakini masih gagal mendapat reaksi beliau sehingga kini.

Sanusi mendakwa lagi, ahli majlis tersebut "bukan sahaja tidak rajin menghadiri mesyuarat majlis kerana terlalu sibuk, malah telah menggunakan kedudukannya untuk mengutamakan kepentingan orang tertentu."

"Dalam hal pemecatan saya, ahli majlis ini telah menjadi batu api dan seterusnya rajin menghubungi wartawan untuk mendapat kepastian yang segera daripada saya mengenai urusan pemecatan walaupun sebelum saya menerima dan memahami kandungan isi suratnya," katanya.

"Adakah wakil alumni di dalam majlis sudah berubah daripada menjadi jambatan antara UIA dan perdana menteri kepada menjadi punca kekeliruan yang menggembar-gemburkan perkara pemecatan ini melalui wakil media sebelum surat pemecatan diumumkan oleh UIA?

"Adakah seorang setiausaha politik menteri kewangan yang duduk di dalam majlis UIA mempunyai kuasa dan mengetahui lebih dalam hal ini daripada anggota kabinet?"

Petikan Malaysia Kini

S'gor tidak iktiraf JKKK lantikan pusat

imadie Shah Othman | Jun 16, 08 2:05pm Selangor tidak akan mengiktiraf ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di Selangor yang dilantik oleh kerajaan persekutuan, kata menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

first 100 days khalid ibrahim interview 160608 05"Memang tidak boleh diiktiraf sebab yang melantik (ahli JKKK) adalah kerajaan negeri. Jadi kalau kerajaan pusat melantik, dia (kerajaan pusat) kena juga meminta persetujuan kerajaan negeri. Bukan boleh dia (pusat) lantik orang itu dan kata ini ketua kampung yang disetujui oleh negeri. Tidak boleh.

"(Kalau berlaku) kita tidak panggil dia ketua kampung lagi. Kalau kerajaan pusat ambil (lantik) seorang ketualah, dia tidak boleh dipanggil ketua kampung.

"Saya tak tahu apa nama yang dia... ketua bayaran pusat boleh jadi," kata Khalid, dengan nada menyindir sambil disambut ketawa kecil daripada pemberita di kediaman rasminya Sabtu lepas.

Dalam wawancara bersama beberapa media berbahasa Melayu bersempena sambutan ‘100 hari kerajaan baru Selangor’, Khalid berkata Selangor akan mengumumkan kumpulan baru jentera pentadbiran daerah melibatkan ketua-ketua kampung dan JKKK berikutan wujud sebahagian daripada kumpulan ini yang "berkiblatkan" kerajaan persekutuan.

"Ada sesetengah ketua kampung, mereka mahu berkiblatkan kerajaan Persekutuan. Jadi, oleh sebab itu, saya pun minta pegawai daerah dan juga ahli parlimen daripada Pakatan Rakyat dan ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) untuk berbincang bagaimana kita (dapat) mencari kumpulan-kumpulan dalam kampung tersebut untuk membuat satu jawatankuasa kampung yang baru," katanya.

Beliau menambah, penyusunan semula yang akan diumumkan bulan depan akan turut melibatkan struktur pentadbiran di perkampungan Cina yang mengalami kekosongan sekarang ini.

"Jadi, pada bulan Julai kita (akan) buat pengisytiharan kumpulan baru, bukan saja ketua kampung daripada kampung-kampung biasa tetapi juga perkampungan Cina sebab ramai wakil-wakil MCA yang duduk dalam JKKK kampung-kampung Cina awal-awal lagi telah berhenti," katanya.

first 100 days khalid ibrahim interview 160608 01Ditanya sama ada penyusunan itu akibat kontrak JKKK telah tamat ataupun mereka dipecat, Khalid berkata terdapat sesetengah ahli JKKK yang tidak memberikan kerjasama dengan kerajaan negeri, antaranya tidak hadir ketika dipanggil bermesyuarat dengan beliau.

"Kontrak ada setengahnya belum tamat. Cuma kita nak menyusun semula sebab kita dapati ada sesetengah ketua-ketua kampung tidak hendak hadir mesyuarat dengan menteri besar. Menteri besar panggil ketua-ketua kampung, suruh datang mendengar penerangan menteri besar, dia kata dia tak boleh sebab dia ahli Umno.

"Dan dia juga mendapat bayaran daripada kerajaan pusat. Jadi dia tak tahu mana muka hendak ditunjukkan. Kita pun tak tahu nak buat macam mana. Jadi dialah buat keputusan sendiri sama ada hendak bekerjasama dengan kerajaan negeri atau kerajaan pusat.

Beliau bagaimanapun belum tahu peratusan JKKK sedia ada yang akan dikekalkan.

"Saya tak tahu lagi. Kita ada temuduga. Maknanya pegawai daerah panggil (ahli JKKK) dengan secara tertib sungguh. Panggil, tanya apakah keinginan beliau. Bagaimana cara beliau. Ada setengah tu berterus-terang, saya sanggup bekerja untuk masyarakat tidak kira siapa (kerajaan negeri).

"Ada setengah itu berterus-terang juga. Dia kata, 'saya ada kontrak'. Saya juga ketua bahagian Umno, jadi susahlah saya. Kalau saya tolong orang (parti) lain, tidak dapat ketua bahagian (Umno), saya tak dapat kontrak dan saya tak dapat apa-apa'. Jadi, macam mana nak buat. Barangkali dia cakap, nasib saya memang macam ni. Nasiblah," kata Khalid.

petikan Malaysia Kini

"Bila Ku Li menepuk rostrum"

Oleh Mohd Sayuti Omar
Isnin, 16 Jun 2008

TENGKU Razaleigh Hamzah (Ku Li) adalah antara tokoh dan pemimpin yang sederhana. Walaupun beliau berdarah ningrat, namun sifat-sifat ego sebagai keluarga bangsawan tidak dipamerkan dan seolah beliau tidak sedikipun mempunyai keistimewaan itu.

Ku Li pandai menyesuaikan dirinya dengan masyarakat kebanyakan. Kalau dipangkal namanya tidak ada perkataan “Tengku”, mungkin orang tidak percaya dia adalah seorang putra raja.

Tanyalah siapa yang mengenali dan pernah mendekatinya akan merasai hakikat itu kecuali mereka yang ada masalah personal dengannya. Beliau sangat humble dan bersahaja.

Pakaian casualnya sudah boleh menjelaskan kesederhanaan itu. Di majlis-majlis separuh rasmi beliau sering mengenakan baju kemeja bertangan pendek yang lolos dan berseluar longgar.

Demikian juga dengan kenderaanya. Dari dulu sampai kini beliau masih menggunakan kenderaan lama. Tidak mungkin beliau tidak mampu untuk membeli Cyran seperti dimiliki anak-anak Mahathir Mohamad atau Hishamuddin Hussein yang bernilai jutaan ringgit itu.

Beliau boleh makan dan duduk berbicara dengan sesiapa sahaja, di mana dan keadaan apa saja. Beliau juga seorang pendengar yang baik.

Tidak mudah mematahkan hujah orang walaupun tidak logik dan menyakinkannya. Perbualannya yang sesekali dibumbui ketawa dan serius itu menjadikan orang mudah terlekat hati dan merasai kemesraannya. Berdiri di hadapan Ku Li kita tidak dipisahkan oleh apa-apa status!

Itulah tanggapan secara umum mengenai Ku Li.

Tetapi pagi tadi ketika berucap pada majlis pertemuan dengan ahli Umno akar umbi di bahagian Gombak, di Taman Melawati benar-benar mengejutkan saya apabila beliau menepuk rostrum lebih dari tiga kali.

Saya tidak percaya yang berbuat begitu Ku Li. Selalunya yang suka menempuk rostrum ialah Ibrahim Ali atau pun Muhammad Sabu.

Apabila ianya dilakukan Ku Li ia benar-benar merujakan. Mesti ada sesuatu yang serius sehingga Ku Li juga bersikap seperti Ibrahim Ali!

Apa yang menjadikan Ku Li tiba-tiba naik angin pagi tadi ialah apabila membicara soal peralihan kuasa dalam Umno.

Kenyataan Abdullah Ahmad Badawi di Kota Bharu kelmarin dan diulangi di Terengganu semalam yang mengatakan tarikh peralihan kuasa dari beliau (Abdullah) kepada Mohd Najib Razak telah pun ditentukan. Kenyataan itu menjengkil dan kurang disenangi Ku Li.

Beliau ada hujah dan alasan kenapa tidak merasa kecewa dengan tindak tanduk Abdullah itu. Bagi Ku Li Abdullah tidak berhak membuat sebarang janji untuk atau pandai-pandai hendak melepaskan kuasa atau jawatan (Perdana Menteri) kepada timbalannya atau sesiapa saja.

Ini kata katanya, apa yang dibuat Abdullah itu tidak pernah menjadi amalan Umno sebelum ini dan bertentangan dengan perlembagaan parti. "Jawatan bukan milik seseorang dan tidak ada dalam perlembagaan Umno tidak ada peruntukan yang boleh berbuat begit," ujarnya.

Tambahnya lagi kedudukan sebagai Perdana Menteri dan Presiden parti bukan keistimewaan untuk berbuat demikian. "Walaupun dia Perdana menteri namun dia tidak ada hak untuk bercakap nak serah kuasa pada sipolan sipolan,” katanya dengan kesal sambil melepaskan tumbukan ke rostrum.

Menurut bekas Naib Presiden Umno itu yang berhak untuk melantik sesiapa juga jadi perdana menteri ialah Yang di-Pertuan Agong. Perkara ini adalah hak dan kedudukan dalam perlembagaan negara.

Bagi Ku Li tindakan Abdullah itu jelas melanggar peruntukan perlembagaan dan secara tidak langsung ia juga cuba menafikan kuasa Yang di-Pertuan Agong.

Justeru menurutnya kalau ahli-ahli Umno menerima juga peralihan kuasa yang dicadangkan Abdullah itu ini bermakna bodohlah ahli Umno. “Kalau kita menerima juga peralihan kuasa itu maka bodohlah kita,” jelas ahli Parlimen Gua Musang itu.

Bagaimana pun sarannya sekiranya ahli Umno tidak dapat menerima peraturan yang tidak ada dalam peruntukan perlembagaan itu maka ianya hendaklah ditolak.

Ku Li nampak benar-benar serius dalam soal ini. Kalau tidak masakan beliau sampai menepuk rostrum berkali-kali. Topik yang menjadikan beliau naik angin sehingga menepuk rostrum juga ialah semasa menyentuh soal sistem kuota yang diperkenalkan dalam Umno.

Sistem itu menurutnya tidak menghormati hak dan kebebasan ahli dan menyekat kebebasan demokrasi di dalam Umno.

Menurut Ku Li sistem itu patut dihapuskan dan mereka yang menerimanya adalah mereka yang pengecut dan takut kepada bayang-bayang sendiri.

"Kalau kita benar-benar merasakan kita layak apa hendak ditakutkan kepada perlawan, kita lawan..." ujarnya. Dalam pada itu beliau sekali menegaskan, apa juga halangan namun beliau tetap akan lawan.

Apabila Ku Li menepuk rostrum, tepukan itu bukan kerana dirinya kerana kebetulan beliau hendak bertanding pada Disember hadapan. Tetapi tepukan dan geraman itu ialah untuk kebaikan Umno.

Seperti kata beliau, kalau beliau jadi PM, beliau tidak akan duduk lama di situ beliau hanya sekadar hendak menghabiskan sisa-sisa usianya demi perjuangan.

“Saya tidak bercadang untuk duduk lama, tetapi sekadar menghabiskan sisa-sisa usia untuk perjuangan...” jelas beliau. Beliau juga menyatakan sekiranya beliau jadi presiden parti segala peraturan yang tidak demokratik itu akan dihapuskan dan pemegang jawatan juga akan dihadkan mengikut tempoh tertentu.

Berpandukan kepada track record serta sikap dan sifat Ku Li sebagai pemimpin, jelas bahawa tepukan rostrum yang dilakukan pagi tadi bukan untuk dirinya semata-mata sebaliknya yang lebih penting beliau berbuat demikian bagi menyedarkan ahli Umno yang dilihat sudah begitu lemah dan mudah hanyut dalam arus kebendaan sehingga menerima apa saja keputusan pemimpin meskipun bertentangan dengan perlembagaan parti.

Penulis dilahirkan di Kampung Gual Nibong, Gual Periok, Pasir Mas Kelantan pada Feb, 1960. Mendapat pendidikan dan pengalaman kewartawanan di Indonesia awal tahun 1980-an. Berkecimpung dalam dunia kewartawan/penulisan buku politik sejak lebih 20 tahun. Sehingga kini telah menghasilkan lebih 45 buah buku politik semasa. Antara buku yang menjadi sebutan "Anwar Ibrahim: Mimpi dan Realiti, "Sumpah dan Airmata Reformis Bangsa:,"Saya Mahafiraun", "Hitam Putih: Darul Arqam" dan lain-lain. Blog beliau boleh dilayari di msomelayu.blogspot.com - Pengarang
Petikan KL POS

Wang, kuasa, mahkamah penjara: Kisah dari Brunei

Oleh Agensi
Isnin, 16 Jun 2008

ADIK pemerintah Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah iaitu Putera Jefri Bolkiah yang berhadapan dengan ancaman hukuman penjara kerana gagal hadir di sebuah mahkamah tinggi di Britain menyalahkan abangnya kerana melanggar satu perjanjian damai berhubung perbalahan keluarga melibatkan nilai kewangan lebih £3 bilion (RM19.19 bilion).

Dalam satu temu bual yang disiarkan oleh sebuah akhbar semalam, Putera Jefri mempertahankan tindakannya dan menegaskan ketidakhadiran pada Rabu lalu bukan bertujuan untuk menunjukkan beliau tidak menghormati mahkamah.

Bagaimanapun, beliau kini merupakan seorang lelaki yang dikehendaki dan menghadapi ancaman untuk beralih daripada kehidupan mewah ke sebuah penjara.

Bercakap di rumahnya di Place Vendome, Paris, Putera Jefri menolak komen yang dilakukan oleh Hakim Peter Smith pada minggu lalu.

“Adalah menjadi harapan saya bahawa ketidakhadiran saya tidak akan dilihat sebagai satu tanda tidak menghormati mahkamah atau United Kingdom.

“Saya sudah menghabiskan masa di Britain dengan baik dan saya mempunyai banyak sebab untuk menggenggam UK dalam perasaan kasih sayang yang hebat.

“Saya berasa amat kesal dan mendapati adalah mustahil untuk hadir pada Rabu lalu,” katanya.


PUTERA JEFRI BOLKIAH


Putera Jefri yang berumur 53 tahun bakal menghadapi hukuman penjara dua tahun kerana menghina mahkamah dan dituduh tidak mematuhi satu arahan mahkamah.

Arahan mahkamah itu meminta beliau menyerahkan lebih £3 bilion (RM19.19 bilion) kepada Agensi Pelaburan Brunei (BIA) dengan dipantau oleh Sultan Brunei.

“Saya berikhtiar selama beberapa minggu untuk mencapai satu penyelesaian terakhir berhubung perbezaan dengan abang saya.

“Sebahagian daripada proses itu melibatkan pendedahan kesalahan-kesalahan di mana saya benar-benar amat kesalkan,” katanya.

“Sepuluh hari lalu, semua pihak menyangka satu penyelesaian sudah dicapai.

“Pada saat akhir dan perihal yang tidak dapat dijelaskan, satu pihak lain memindahkan satu penyelesaian daripada meja dan sebaliknya menekankan dengan satu percubaan untuk membuatkan saya didapati menghina mahkamah.

“Ironinya, bukti yang saya sediakan secara sukarela adalah untuk membentuk satu tumpuan utama kes terhadap saya,” katanya.

Putera Jefri menolak sebarang harapan berhubung penyelesaian satu perdamaian dengan Sultan Brunei yang dipercayai mempunyai kekayaan sebanyak £18 bilion (RM115.19 bilion).

Beliau turut menyatakan tidak mempunyai rancangan untuk kembali ke Britain.

“Adalah menyedihkan saya perlu merumuskan bahawa satu perdamaian dengan pihak lain adalah tidak mustahil dan perjuangan tidak adil akan berterusan sekali gus meletakkan tekanan hebat ke atas saya dan keluarga saya,” ujarnya.

Putera Jefri mempunyai empat isteri, 17 anak dan 18 anak angkat.

Dikenali dengan jolokan putera playboy kerana gaya hidup mewah, Putera Jefri sudah berbalah dengan Sultan Brunei sejak sedekad lalu.

Sultan Brunei dan Putera Jefri sudah tidak berbual selama empat tahun.

Putera itu didakwa menyeleweng £8 bilion (RM51.20 bilion) dalam bentuk dana awam ketika berkhidmat sebagai Menteri Kewangan selama 13 tahun.

Bagaimanapun, dakwaan itu kerap dinafikannya dan menegaskan beliau bertindak dengan pengetahuan Sultan Brunei.

Putera Jefri berkata, beliau mematuhi penyelesaian di luar mahkamah pada 2000 dengan memberikan wang tunai, barangan bernilai dan kediaman bernilai £3 bilion (RM19.19 bilion).

Namun, terdapat tuduhan bahawa beliau membenarkan wang dibawa keluar dari akaun bank yang sepatutnya dibekukan dan gagal mendedahkan akaun-akaun lain, di mana kedua-dua tindakan itu adalah satu penghinaan terhadap mahkamah.

Kes itu kini didengar di London kerana rumah utama Putera Jefri terletak di Regent's Park, Britain.

Hakim Peter Smith mencadangkan putera itu tidak diberikan ikat jamin jika ditangkap dengan menyatakan adik Sultan Brunei tersebut sedang bermain satu permainan taktikal untuk menangguhkan perbicaraan.

Hakim mengeluarkan satu waran tangkap yang mampu dikuatkuasakan di seluruh Kesatuan Eropah.

Sultan Brunei setakat ini masih berdiam diri berhubung perbalahan itu dan adalah difahamkan baginda mahu undang-undang dilaksanakan mengenai kes berkenaan.

Putera Jefri menyatakan wang yang dituduh diselewengkan itu telah dilaburkan dengan bijak dan digunakan untuk membina hospital-hospital, kewangan dan kerja-kerja awam.

Baru-baru ini, beliau membuat komen: “Saya bukannya malaikat, pastinya, tetapi saya telah menjadi lelaki yang gagal.”



Petikan KL POS

Cadangan Nik Aziz bayar gaji ikut takwim hijrah lebih baik

Adnan Ibrahim
Mon | Jun 16, 08 | 4:59:07 pm MYT

Terdapat langkah yang paling sesuai bagi meringankan beban kakitangan awam sebagaimana yang pernah dicadangkan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ia bukan sahaja meringankan bebanan rakyat malah secara tidak langsung memartabatkan takwim hijrah. Perkara ini pernah disuarakan oleh Nik Abdul Aziz mengenai kealpaan orang Islam tentang takwim tersebut.

Sebagai langkah mengatasi kealpaan dan kelalaian umat Islam daripada mengingati bulan hijrah beliau mencadangkan gaji kakitangan perkhidmatan awam hendaklah dibayar pada setiap bulan hijrah.

Jika itu dilaksanakan bermakna dalam setahun kakitangan awam memperolehi hampir 12.4 kali bayaran gaji. Ini berdasarkan bulan hijrah 11 hari lebih pendek daripada bulan masehi.

Cadangan Nik Abduil Aziz itu dilihat lebih konkrit dan praktikal untuk meringankan bebanan rakyat akibat kenaikan harga minyak berbanding pengumuman Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi bahawa bayaran gaji kakitangan awam akan dibayar dua kali sebulan.

Ansuran dua kali sebulan bukan bermakna meningkatkan pendapatan rakyat sebaliknya ia boleh meningkatkan bebanan rakyat yang berpendapatan kecil. Mungkin maksud Abdullah untuk mengawal perbelanjaan rakyat. Cadangan Abdullah itu barangkali berkesan kepada kakitangan awam yang berpendapatan tinggi.

Bagi golongan berpendapatan kecil, bagaimana bentuk penjimatan lagi yang perlu dilakukan oleh mereka. Setiap hujung bulan, bayaran sewa rumah dan ansuran kereta perlu dijelaskan. Sekiranya hanya separuh gaji yang diterima pada hujung bulan keadaan akan bertambah rumit.

Oleh yang demikian sebagaimana dakwaan Abdullah untuk meringankan bebanan rakyat akibat kenaikan harga minyak, sepatutnya beliau mengambil cadangan Nik Abdul Aziz itu yang lebih munasabah yang serentak memartabatkan takwim hijrah.

Beberapa tahun dahulu Nik Abdul Aziz pernah mencadangkan gaji kakitangan kerajaan negeri di bayar mengikut takwim hijrah bagi memartabatkan tahun tersebut di samping ia sentiasa dan mudah menjadi ingatan kepada umat Islam untuk beramal dengan bulan hijrah. Ia juga mendekatkan umat dengan peristiwa Islam serta hari kebesaran dan keagungan Islam.

Bagaimanapun cadangan tersebut senyap begitu sahaja kerana tidak bersesuaian dengan pembayaran gaji kerajaan pusat. Namun begitu Nik Abdul Aziz mungkin boleh membangkitkan semula cadangan tersebut apabila Abdullah membuat pengumuman bayaran gaji dua kali sebulan.

Pengumuman Abdullah itu tidaklah memberi erti yang besar kepada rakyat. Sebaliknya cadangan Nik Abdul Aziz ia membangkitkan nostalgia keagungan Islam serta memberi keuntungan kepada kakitangan awam.

Cadangan Nik Abdul Aziz itu juga dikatakan mendapat sokongan bukan Islam walaupun tidak dinyatakan secara terangan. Sekumpulan bukan Islam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) melihat cadangan tersebut merupakan satu yung baik kepada rakyat Kelantan.

Sekiranya usaha kerajaan Kelantan berjaya ia akan menarik minat umat Islam dan bukan Islam kepada pemerintahan ulama Kelantan. Kejayaan pemerintah Kelantan merealisasikan Islam itu sebaliknya merugikan kakitangan awam di bawah kerajaan pusat dan negeri lain yang tidak diperintah oleh PAS.

Lalu mereka menghantar satu memorandum meminta kerajaan membayar gaji kakitangan awam sebanyak 13 kali setahun. Mengikut laporan NGO terbabit, tentang pelaksanaannya ia terpulang kepada satu mekanisme yang boleh dibentuk kerajaan melalui perbincangan yang lebih lanjut.

Bagaimanapun apabila kerajaan Kelantan tidak berjaya membuat perubahan pelaksaaan tersebut maka isu itu senyap begitu sahaja dan pihak NGO terbabit juga tidak lagi menuntut dengan kerajaan pusat.

Sementara itu, Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Omar Osman, berpendapat pembayaran gaji dua kali sebulan tersebut bukan cara efektif menyelesaikan masalah rakyat berikutan kenaikan harga minyak.

Cuepacs mencadangkan satu mekanisme lain, yang terbaik dan berkesan, bagi membantu mereka, kata beliau yang menyambut baik usaha kerajaan mahu membantu meringankan beban kewangan rakyat.

"Jika diberi ansuran dua kali sebulan, mereka yang berpendapatan RM5,000 atau RM6,000 tidak merasa kesannya tetapi mereka yang bergaji RM3,000 ke bawah yang meliputi 650,000 pekerja akan merasa bebanannya," ujarnya.

Beliau berkata demikian mengulas pengumuman Abdullah bahawa kakitangan kerajaan akan dibayar dua kali dalam sebulan mulai Ogos ini.

Beliau berkata langkah itu adalah bagi memudahkan mereka mengurus perbelanjaan dan aliran tunai isi rumah berikutan kenaikan harga bahan api.

"Separuh pertama akan dibayar pada pertengahan bulan dan separuh kedua akan dibayar pada hujung bulan.

"Potongan-potongan seperti cukai pendapatan, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan sebagainya akan dilakukan pada hujung bulan," katanya.

Namun begitu cadangan tersebut tidak mengembirakan kakitangan kerajaan yang berpendapatan kecil. Malah kakitangan awam bergaji rendah ditemui turut menyuarakan bebanan mereka nanti jika pelaksanaan tersebut diteruskan.

Harakah Online

Pemuda PAS berhimpun jika konsert dangdut, rock diteruskan

Saidah Hairan
Mon | Jun 16, 08 | 2:51:37 pm MYT

SHAH ALAM, 16 Jun (Hrkh) - Dewan Pemuda PAS Selangor akan mengadakan perhimpunan membantah konsert Ratu Rock, Ella dan Ratu Dangdut, Mas Idayu jika kerajaan negeri tidak mengambil tindakan terhadap memorandum bantahan yang dihantar kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Ketua Pemuda PAS Selangor, Ustaz Sallehen Mokhyi berharap Khalid segera bertindak agar tidak mencetuskan ketidakpuasan hati rakan kongsi khususnya PAS dalam kerajaan yang baru diamanahkan oleh rakyat.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyerahkan memorandum kepada Setiausaha Politik, Nik Nazmi Nik Ahmad di tingkat 20, Pejabat Menteri Besar, di sini pagi tadi.

Sempena sambutan 100 hari, kerajaan negeri melalui anak syarikatnya Kelab Darul Ehsan Berhad akan menganjurkan pertandingan bola sepak Piala Sultan Selangor iaitu antara pasukan pilihan Selangor dengan Singapura.

Menurut Sallehen, Pemuda PAS Selangor menyokong penuh pertandingan tersebut kerana sukan merupakan salah satu kegiatan hidup dan mampu menjana ekonomi negeri.

"Kami difahamkan bagi menyerikan program itu turut diadakan konsert Mas Idayu dan Ella. Sudah pasti persembahan mereka akan mengundang risiko moral yang tinggi dan tidak ada tempat dalam Islam," tegasnya.

Beliau berkata, konsert itu hanya menggambarkan program gaya hidup mewah dan membazir sedangkan pada waktu yang sama rakyat berada dalam kegelisahan dan tekanan akibat kenaikan harga minyak dan barangan keperluan.

Katanya, setiap pemimpin perlu menunjukkan teladan hidup berjimat cermat dan mengelakkan daripada gaya hidup mewah.

Sallehen menegaskan isu prinsip seperti menyeru ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran tidak boleh dikompromi atau ditutup sebelah mata oleh PAS, sebuah parti yang konsisten dalam perjuangan Islam sejak 50 tahun.

PAS menyedari bahawa konsert Mas Idayu dan Ella hanya akan menyumbang ke arah peningkatan gejala sosial yang memang sudah cukup membimbangkan, katanya.

Menurut beliau, rakyat Selangor mesti dipacu ke arah memiliki akhlak dan moral yang baik di samping maju dan sejahtera dalam suasana bersih, telus dan bebas rasuah.

Konsert itu akan mengundang imej yang tidak baik terhadap kerajaan Pakatan Rakyat apatah lagi imej Islam di ambang 100 hari pihak berkenaan memerintah negeri Selangor, tegasnya.

Harakah Online

MB minta PM serah hasil Petronas kepada negeri Pakatan Rakyat

Saidah Hairan
Mon | Jun 16, 08 | 12:08:19 pm MYT

SHAH ALAM, 16 Jun (Hrkh) - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mencabar Perdana Menteri supaya menyerahkan hasil Petronas kepada lima negeri Pakatan Rakyat jika mahu negeri-negeri tersebut mendahului menurunkan harga minyak.

Beliau memberi jaminan jika hasil Petronas dapat diserahkan kepada kerajaan Pakatan Rakyat, tidak akan berlaku kenaikan harga petrol dan diesel.

Katanya, lima negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat memang tidak boleh menurunkan harga minyak kecuali jika Pakatan Rakyat memerintah kerajaan Persekutuan.

"Kita boleh memanggil pihak Petronas dan agensi lain dan berbincang bagaimana duit yang ada sekarang disalurkan," katanya ketika menjawab pertanyaan wartawan selepas Perhimpunan Bulanan Jabatan Kerajaaan Negeri Selangor di Dataran SUK, Shah Alam, pagi tadi.

Berhubung kenaikan harga minyak, PM sebelum ini mencabar lima negeri Pakatan Rakyat supaya menurunkan harga minyak terlebih dahulu.

"Jika negeri Pakatan Rakyat diserahkan semua hasil Petronas, saya sendiri boleh buat kira-kira itu," tegas beliau.

Malangnya tambah beliau, kerajaan negeri bukan penerima cukai pendapatan atau menguasai hasil Petronas sedangkan kedua-dua hasil itu sangat penting dalam pemberian subsidi.

Beliau berkata, tahun lepas sebanyak RM112 bilion kerajaan BN menyatakan untuk perbelanjaan seimbang tetapi sebenarnya daripada RM112 bilion hanya RM70 bilion saja daripada kutipan cukai.

Katanya, yang lebih itu kerajaan gunakan hasil daripada pendapatan Petronas.

Justeru tegas beliau, Petronas tidak boleh memberikan subsidi sebab hasil pendapatannya digunakan untuk mentadbir negara.

Dalam pada itu beliau kesal dengan sikap pimpinan Umno-BN yang terus memberikan gambaran negatif mengenai negeri Pakatan Rakyat walaupun kerajaan berkenaan belum sampai 100 hari.

Harakah Online

Anwar eyeing Kuala Kangsar

Monday June 16, 2008


IPOH: Datuk Seri Anwar Ibrahim is looking at the possibility of contesting a by-election in Perak, if the court were to rule against Barisan Nasional in the Kuala Kangsar election petition.

Responding to queries on his pending contest in a by-election, the PKR de facto leader said: “I think Perak would be a good idea. We’re waiting for a decision on Kuala Kangsar.”

Anwar said this after speaking at a closed-door convention held by Perak PKR Youth yesterday.

He also said a committee had been set up to look into him contesting in a by-election, adding that it would be done through Pakatan Rakyat.

Dissatisfied voter Ahmad Jamaluddin Abd Majid has filed an election petition to declare the results of the Kuala Kangsar parliamentary constituency null and void after Tan Sri Rafidah Aziz failed to sign two out of three sets of her nomination papers in the last general election.

Rafidah won the seat against Perak PAS deputy commissioner Dr Khairuddin Abd Malik. The case is still pending in court.

On talk that a Barisan Nasional component party was planning to pull out of the coalition, Anwar said: “I think we will monitor this closely. I’m sure you’ll know very soon.”

However, he was tight-lipped when asked if the component party was from Sabah.

Later in GEORGE TOWN, Anwar said those who wished to join the party must accept Pakatan Rakyat’s agenda for a multiracial Malaysia and a guaranteed Constitution.

“We would receive such a move well and we hope that it happens in the shortest time,” he said.

He also said there had been discussions between Pakatan Rakyat and Barisan parties but such discussions did not mean the latter were joining them.

“They (Barisan parties) wanted to know how the Pakatan Rakyat parties work together and about the promises for change that we made.

“The discussions do not indicate they are crossing over,” he said.

The Star Online

Ratah tubuh teman wanita

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Abdullah Wahab
am@hmetro.com.my

GOMBAK: Seorang lelaki warga Bangladesh menggunakan taktik kononnya mengadakan ‘kenduri’ buah-buahan di rumahnya sebagai helah untuk memperdaya teman wanitanya supaya datang ke rumah sebelum dipukul dan diperkosa.


Dalam kejadian jam 3 petang itu, mangsa seorang gadis yang bekerja sebagai pelayan restoran mendakwa diserang sebaik memasuki rumah suspek yang baru dikenalinya sejak dua bulan lalu.

Sumber polis berkata, suspek sebelum itu sengaja menghubungi mangsa yang berusia awal 20-an dan meminta mangsa datang ke rumahnya di Taman Ehsan, Gombak.

Menurutnya, mangsa berasal dari Aceh, Indonesia, bagaimanapun enggan menurut permintaan teman lelakinya itu dengan memberi pelbagai alasan.

“Namun suspek dikatakan tidak putus asa dan terus memujuk mangsa dengan mendakwa ada membeli banyak buah-buahan dan makanan.

“Suspek kemudian berusaha menyakinkan mangsa untuk datang ke rumahnya menjamu selera sambil berbual,” katanya.

Menurutnya, sebaik mangsa tiba di hadapan pintu rumah berkenaan, tangananya dikatakan terus ditarik oleh suspek supaya masuk ke rumah.

“Suspek dikatakan segera mengunci pintu rumah menyebabkan mangsa yang terkepung dalam rumah berkenaan gagal larikan diri.

“Suspek kemudian bertindak agresif dengan menangkap dan menampar muka mangsa yang meronta ingin melepaskan diri,” katanya.

Menurutnya, suspek kemudian terus membuka pakaian mangsa dan memperkosanya dalam rumah yang disewanya bersama rakan lain.

“Mangsa yang ketakutan hanya mampu menangis. Namun suspek dikatakan mengugut akan memukul mangsa sekiranya dia terus menangis.

“Untuk menyejukkan hati mangsa, suspek dikatakan memujuk akan bertanggungjawab dan berkahwin dengan mangsa. Bagaimanapun mangsa akhirnya terpaksa membuat laporan di Balai Polis Desa Jaya selepas suspek enggan menunaikan janjinya itu sebanyak tiga kali,” katanya.

Susulan laporan terbabit, pihak polis mengambil keterangan mangsa sebelum membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Namun beberapa hari kemudian, mangsa dengan rela hati menarik semula laporan polis dibuatnya itu kerana suspek dikatakan berjanji akan mengotakan niatnya sebelum ini untuk mengahwini mangsa.

Sementara itu dalam kes berasingan Khamis lalu, seorang pelajar berusia 13 tahun membuat laporan polis selepas mendakwa diperkosa teman lelakinya berusia 23 tahun.

Dalam kejadian jam 11.59 malam itu, mangsa yang masih bersekolah mendakwa dibawa bersiar-siar oleh teman lelakinya sebelum menginap di sebuah hotel murah di Pandan Indah, Ampang, di sini

Mangsa bagaimanapun dirogol teman lelakinya itu tanpa kerelaan sebelum dilepaskan.

Mangsa kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang.



Harian Metro Online

Drebar teksi ditinggal bogel

di Bukit Damansara." title="JUMPA...teksi ditemui semula berhampiran sebuah masjid
di Bukit Damansara." border="0" height="212" width="300">
JUMPA...teksi ditemui semula berhampiran sebuah masjid
di Bukit Damansara.

KUALA LUMPUR: Seorang pemandu teksi terpaksa mengharungi detik mencemaskan apabila teksi dipandunya disamun lima lelaki dipercayai warga India berhampiran Pasar Borong Selayang di sini, kelmarin.

Mangsa, Nordin Mohd Nor, 56, yang mempunyai pengalaman lebih 30 tahun memandu teksi terkejut dengan kejadian yang menimpa dirinya.

“Kira-kira jam 9.30 malam, saya didatangi dua lelaki berhampiran Pasar Borong Selayang lalu menaiki teksi sebelum saya diminta menuju ke sebuah lokasi di Selayang Baru.

“Tanpa memikirkan kejadian buruk mungkin berlaku, saya terus memandu ke lokasi diminta,” katanya.


Tambahnya, sejurus tiba di tempat kejadian, suspek menjerut lehernya dari belakang dengan menggunakan objek tajam, malah mangsa turut mendapati tiga lagi rakan mangsa sudah menunggu.

Dalam keadaan gelap, mangsa sempat melihat ahli kumpulan penyamun itu menghunus pisau sebelum memintanya beralih ke tempat duduk belakang.

Seorang rakan perompak terbabit memandu teksi menuju sebuah lokasi berhampiran Taman Setia, Rawang.

“Sebaik tiba di kawasan itu, semua suspek meminta saya menanggalkan pakaian saya sebelum ditinggalkan dalam keadaan bogel seorang diri.

“Saya berjaya mendapatkan bantuan seorang lelaki di kawasan itu sebelum membuat laporan polis jam 10.50 malam di Balai Polis Rawang,” katanya.

Nordin berkata, dia bernasib baik apabila polis menjumpai semula teksinya berhampiran masjid di Bukit Damansara.

Menurut sumber polis, teksi yang disamun kumpulan perompak itu dilihat di kawasan tempat letak kereta di Seri Hartamas, malah kumpulan sama cuba menyamun seorang wanita berusia 30-an yang memandu Honda Civic.

“Perlakuan mencurigakan semua lima penumpang warga India dalam teksi membuatkan anggota yang sedang melakukan rondaan segera mengekori kereta suspek sebelum dihidu kumpulan penjenayah terbabit.

“Anggota bertugas cuba mengekori mangsa, namun selepas beberapa ketika kelibat teksi itu tidak lagi kelihatan,” katanya.

Usaha mengesan teksi itu diteruskan sebelum ditemui beberapa jam selepas itu di sebuah jalan mati berhampiran sebuah masjid di Bukit Damansara sebelum teksi itu dibawa ke Balai Polis Jalan Travers untuk siasatan lanjut.

Harian Metro Online

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...