Wednesday, June 25, 2008

RM1 juta nilai pingat emas Olimpik

Oleh Meor Hisham Zulkifli

WANG tunai RM1 juta menjadi taruhan terbaru kerajaan dalam usaha membakar semangat atlit negara meraih pingat emas pertama negara pada Sukan Olimpik di Beijing Ogos ini selain daripada bayaran pencen berjumlah RM5,000 sebulan sepanjang hayat.

Pengumuman kenaikan Skim Hadiah Kecemerlangan Sukan Olimpik itu diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pembangunan Sukan di bangunan Parlimen, semalam.

"Olimpik adalah kejohanan yang paling unggul dan kerajaan berpendapat perlu diletakkan satu ganjaran tinggi agar dapat membakar semangat atlit untuk meraih pingat emas.

"Kita berharap ia akan memberi kesan yang positif dan kita kena tunggu serta lihat bagaimana hasilnya nanti. Kita merasakan jumlah ini adalah wajar kerana atlit perlu berusaha keras dan untuk menang emas, atlit terpaksa mengeluarkan belanja besar," katanya.


Najib turut mengumumkan pemenang pingat perak akan menerima ganjaran RM300,000 manakala gangsa RM100,000 bagi individu dan bagi acara berpasukan yang meraih emas, hadiah RM150,000 dijanjikan untuk setiap pemain.

"Selain itu, kerajaan turut bersetuju untuk menaikkan pencen bulanan kepada atlit yang meraih pingat di Sukan Olimpik untuk sepanjang hayat mereka iaitu RM5,000 untuk emas, perak RM3,000 dan gangsa RM2,000," katanya.

Pengumuman ini bermakna lima atlit yang sudah meraih pingat di Olimpik Cheah Soon Kit dan Yap Kim Hock (perak)serta Rashid Sidek, Razif Sidek dan Jalani Sidek (gangsa), bakal menerima kenaikan pencen mereka bermula hujung bulan ini.

Najib turut menekankan bahawa kerajaan kini menuntut supaya kekuatan mental atlit turut diberikan penekanan dalam persediaan atlit negara kerana mendapati kelemahan itu menjadi punca atlit negara tewas dalam saingan peringkat tinggi.

"Kita menegaskan supaya selain daripada tumpuan kepada latihan secara sistematik dan komprehensif, latihan turut memberi fokus kepada kekuatan mental kerana faktor inilah yang membeza antara pasukan dan individu yang menang.

"Kita melihat sudah ada atlit negara yang mencecah ke taraf dunia tetapi yang membezakan kita dengan lawan adalah kerana kekuatan mental kita tidak dalam keadaan boleh menjamin kejayaan dalam saingan yang begitu sengit," katanya.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob, berkata imbuhan ini dilihat mampu membakar semangat atlit negara untuk meraih pingat di Olimpik selain dapat menarik minat lebih ramai atlit muda berusaha lebih keras.

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Zolkples Embong dan Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi, turut menganggap langkah itu yang disifatkan sebagai mengiktiraf atlit negara.

INFO

Kenaikan Imbuhan Olimpik

Individu
Emas: RM1 Juta (RM160,000)
Perak: RM300,000 (RM80,000)
Gangsa: RM100,000 (RM40,000)

Berpasukan (lebih daripada enam)
Emas: RM150,000 setiap seorang
Perak: RM40,000 setiap seorang
Gangsa: RM20,000 setiap seorang

Berpasukan kurang daripada enam atlit berkongsi ganjaran seperti individu

Bayaran pencen

Emas: RM 5,000
Perak: RM 3,000
Gangsa: RM 2,000

  • Sepanjang hayat bermula selepas menang pingat
  • 'Jurucakap BPR', Khalid nafi tuduhan Khairy

    KUALA LUMPUR, 25 Jun (Hrkh) - Tuduhan Menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin (BN Rembau) terhadap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di Dewan Rakyat semalam kononnya Khalid menjadi jurucakap Badan Pencegah Rasuah (BPR) tidak berasas.

    Khalid yang menjawab tohmahan tersebut menafikan dakwaan Naib Ketua Pemuda Umno itu yang kononnya beliau bercakap bagi pihak BPR mengenai isu siasatan ke atas seorang pegawai kerajaan negeri, Yahya Sahri.

    Khalid berkata, dakwaan bahawa beliau membuat kenyataan bagi pihak BPR adalah tidak benar sama sekali

    Menurutnya, surat Pengarah BPR Selangor juga mencadangkan isu-isu berhubung ketelusan dan penanggungjawaban khususnya prosedur surat-menyurat dan pengeluaran surat sokongan.

    Terdahulu, dalam sesi soal jawab lisan Khairy mendakwa wakil rakyat KeADILan Bandar Tun Razak itu mengeluarkan kenyataan bagi pihak BPR tersebut berhubung siasatan terhadap pegawainya itu.

    Ketika bangun bagi menjawab tohmahan itu, Abdul Khalid berkata, beliau telah cuba menggunakan peraturan dewan untuk menjawab dakwaan Khairy tetapi tidak dibenarkan oleh Timbalan Yang diPertua, Dato' Wan Junaidi Tunku Jaafar.

    Ujar Khalid lagi, kerajaan Selangor menjemput BPR menempatkan seorang pegawainya bagi membuat siasatan lanjut di pejabat menteri besar dalam surat jawapan 16 Jun lalu.

    Yahya digantung tugasnya sebagai Pegawai Tugas-tugas Khas Menteri Besar berkuatkuasa 23 Jun selama dua bulan sementara siasatan sedang dijalankan.

    Yahya bagaimanapun mengambil keputusan meletakkan jawatan tersebut, dan juga melepaskan jawatan Setiausaha Perhubungan KeADILan negeri. _

    Pengarah Urusan Harakah sambut baik permit dua kali seminggu

    KUALA LUMPUR, 24 Jun (Hrkh) - Pengarah Urusan Harakah, Dato' Kamarudin Jaffar menyambut baik kebenaran penerbitan Harakah dua kali seminggu yang dikeluarkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) semalam.

    ImageDalam ulasannya berhubung kebenaran itu, Kamarudin yang juga ahli Parlimen Tumpat berkata, ia sebagai satu langkah yang boleh dikatakan ke arah melonggarkan sedikit kebebasan media.

    Beliau juga berkata Harakah mengucapkan terima kasih kepada KDN yang membenarkan permit penerbitan dua kali seminggu (8 kali sebulan) itu.

    "Saya telah menulis nota surat kepada Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Syed Hamid Albar mengucapkan terima kasih berhubung perkara itu," katanya.

    Beliau berkata, dengan kebenaran itu mungkin operasi penerbitan akan berkuatkuasa serta-merta.

    Jabatan Pengarang Harakah mampu dan bersedia

    ImageSementara itu,Ketua Pengarang Kumpulan Harakah, Ahmad Lutfi Othman mengesahkan pihaknya telah menerima surat kelulusan tersebut daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) semalam.

    Menurutnya, beliau akan merujuk kepada pihak atasan Harakah mengenai soal editorial dan beberapa perkara yang perlu diubahsuai, terutama mengenai kesediaan kilang cetak dan pengedar akhbar.

    "Jabatan pengarang Harakah juga memang mampu dan bersedia untuk menerbitkan akhbar tersebut sebanyak dua kali seminggu,"jelasnya.

    Ditanya mengenai keputusan KDN itu, Ahmad Lutfi mengalu-alukannya dan melihatnya sebagai satu perkembangan yang positif.

    ImageBeliau berharap, ia menjadi satu permulaan untuk membuka ruang kepada kebebasan media dan demokrasi.

    "Harakah tidak semata-mata akhbar parti, tetapi ia juga bertanggungjawab untuk menyuarakan kebenaran," katanya.

    Beliau menyifatkan perkara itu sebagai satu perkembangan yang menarik.

    Semalam, Harakah menerima surat KDN bertarikh 13 Jun kepada Pejabat Urusan Harakah berhubung kebenaran permit dua kali seminggu.

    Sebelum ini, Harakah ditarik permit penerbitannya daripada dua kali seminggu kepada dua kali sebulan. - mks._

    Lippi Ends Careers Of Panucci, Matrix & Ambrosini

    Lippi is heavily tipped to succeed Roberto Donadoni, who is almost certain to leave his post in the coming days following the Euro 2008 quarter final exit to Spain last Sunday.

    The Viareggio-born tactician, who led Italy to World Cup glory in 2006, has already started making plans ahead of the 2010 World Cup campaign.

    The 60-year-old will bring Ciro Ferrara and Angelo Peruzzi as part of his backroom staff. The former has rejected the chance to take over as the boss of Reggina in order to be with Lippi.

    Lippi will also confirm goalkeeping coach Ivano Bordon, and doctor Enrico Castellacci.

    On the playing side of things, the Paul Newman-look-alike will immediately axe the ageing Christian Panucci, Marco Materazzi and Massimo Ambrosini, who have all probably played their last games for their country.

    Antonio Cassano is also heavily at risk, as Lippi is not convinced by the effectiveness of the Sampdoria man. Those who will be recalled are Vincenzo Iaquinta, Alberto Gilardino and Daniele Bonera, while Francesco Totti and Alessandro Nesta could be pressed out of retirement.

    Anthony Sormani
    Goal.Com

    Donadoni: I Don't Want A Penny

    he 44-year-old seems almost certain to receive his marching orders following the Euro 2008 quarter final defeat to Spain on penalties on Sunday night.

    The Italian press have been calling for Donadoni’s head, and indeed it is reported that Marcello Lippi has already been lined up as his successor.

    Donadoni signed a contract extension until 2010 just days before the Euros began, but a rescission clause was inserted that allowed the deal to be torn up if Italy failed to reach the semi finals.

    The Italian Football Federation are believed to have offered the former Milan midfielder a pay settlement of around €550,000, but Donadoni says that if he is sacked, he won’t accept a penny.

    “I said no to President Giancarlo Abete’s proposal on the day that I agreed the new deal,” Donadoni explained.

    “Financial matters don’t concern me. If he doesn’t want me to be the Coach any longer I will leave without asking for anything.”

    For all his shortcomings on the pitch, this gesture is certain to be viewed as another example of his class off the field.

    Anthony Sormani
    Goal.Com

    Komisen pengusaha stesen minyak dinaikkan

    5/06/2008 6:42pm

    KUALA LUMPUR 25 Jun - Kerajaan bersetuju menaikkan kadar komisen jualan pengusaha stesen minyak daripada 9.5 sen kepada 12.19 sen seliter untuk petrol dan 4.5 sen kepada 9 sen seliter bagi diesel berkuat kuasa hari ini.

    Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, ia diluluskan setelah mengambil kira kenaikan kos operasi seperti yang dibangkitkan oleh Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM).

    Katanya, kerajaan juga memutuskan masa operasi stesen minyak di seluruh negara diseragamkan dari pukul 6 pagi hingga 11 malam.

    ``Arahan ini berkuat kuasa mulai 1 Julai ini dengan mana-mana stesen minyak yang mahu beroperasi 24 jam perlu mendapat kelulusan daripada kementerian.

    ``Pertimbangan akan diberikan berdasarkan kepada keperluan sesuatu lokasi. Langkah ini untuk membantu pengusaha meringankan beban kos elektrik dan pekerja,'' katanya kepada pemberita di bangunan Parlimen di sini hari ini. - Utusan.

    Starbucks dibenar beroperasi di IPTA

    5/06/2008 6:21pm

    PUTRAJAYA 25 Jun – Kementerian Pengajian Tinggi hari ini memberi kebenaran kepada syarikat francais seperti Starbucks, Kopitiam dan Dunkin Donuts membuka premis mereka di pusat pelajar di institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

    Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Idris Haron berkata, selain perlu mendapatkan kebenaran daripada naib-naib canselor universiti berkenaan, kafe-kafe francais tersebut juga perlu menyediakan perkhidmatan jalur lebar Wi-Fi untuk kemudahan pelajar.

    Katanya, walaupun terdapat IPTA yang sudah menyediakan perkhidmatan Wi-Fi, namun ia masih belum dilakukan secara menyeluruh.

    Menurut beliau lagi, ramai penuntut universiti yang sanggup keluar kampus untuk mengunjungi kafe Starbucks di bandar sambil melakukan tugasan mereka.

    ``Saya terfikir kenapa tidak kita bawa Starbucks ke universiti, usaha ini boleh menggalakkan mereka melakukan perbincangan di kafe yang menyediakan perkhidmatan Wi-Fi.

    ``Saya tidak nampak ada halangan atau masalah yang akan timbul tetapi ia mesti dibuat di pusat pelajar, tambahan pula, banyak syarikat yang bersedia menawarkan perkhidmatan itu di universiti,'' katanya.

    Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menutup Konvensyen Pengetua, Kolej Kediaman IPT di bawah Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Pelajaran Peringkat Kebangsaan di sini hari ini.

    Hadir sama ialah Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Tan Sri Prof. Dr. Mohd. Zulkifli Mohd. Ghazali.- Utusan.

    Rosmah beri kenyataan kepada polis - Najib

    25/06/2008 12:45pm

    KUALA LUMPUR 25 Jun - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor telah memberi kenyataan kepada pihak polis berhubung siasatan mengenai perakuan bersumpah penulis blog Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin berkaitan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaaribu.

    Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau juga bersedia untuk memberi kenyataan kepada polis berhubung siasatan tersebut.

    Menurutnya, perakuan sumpah itu tidak benar dan merupakan satu usaha untuk mencemarkan kerjaya politik beliau.

    Beliau menyatakan demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pendatang Asiang Tanpa Izin (PATI) di bangunan Parlimen hari ini. - Utusan

    Media tidak lagi dihalang bertugas di lobi Parlimen

    25/06/2008 12:42pm

    KUALA LUMPUR 25 Jun - Petugas media tidak lagi dihalang untuk membuat liputan berita di lobi Parlimen hari ini walaupun sehingga tengah hari ini tiada pengumuman rasmi dibuat oleh pihak pentadbiran Parlimen.

    Pita penghalang yang dialihkan oleh sekumpulan ahli Parlimen daripada Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) petang semalam tidak lagi dipasang pagi ini.

    Semalam, media membantah peraturan baru Parlimen itu dengan memboikot semua sidang akhbar.- Utusan.

    Media bantah dihalang tugas di lobi Parlimenlimen

    KUALA LUMPUR 24 Jun - Buat pertama kalinya dalam sejarah persidangan Dewan Rakyat, petugas media hari ini tidak lagi dibenarkan membuat liputan berita di kawasan lobi Parlimen.

    Rata-rata petugas media yang tiba pada pukul 9 pagi di bangunan Parlimen terkejut apabila dilarang berada di kawasan tersebut yang dipasang dengan pita penghalang.

    Pegawai keselamatan Parlimen menjelaskan bahawa arahan itu dikeluarkan oleh pejabat pentadbiran Parlimen. Wakil media hanya dibenarkan berada di satu sudut di hujung ruang lobi yang ditetapkan sebagai kawasan sidang akhbar.

    Petugas media, yang turut tidak dibenarkan menghampiri bilik rehat ahli Parlimen dan pejabat menteri, kemudian memutuskan untuk memboikot semua sidang akhbar.

    Seorang pegawai media kepada wakil pembangkang mendakwa mereka juga tidak dibenarkan mengedarkan sebarang kenyataan atau jawapan bertulis kepada pemberita di lobi Parlimen.

    Masalah itu turut menarik perhatian ahli Parlimen apabila sebaik sahaja persidangan Dewan Rakyat dimulakan pada pukul 10 pagi, Lim Guan Eng (DAP-Bagan) bangkit sambil memegang buku Peraturan Mesyuarat dan meminta arahan itu ditarik balik.

    Guan Eng berkata, arahan baru Parlimen itu menghalang para petugas media menjalankan tugas-tugas mereka.

    ''Saya merasakan arahan ini tidak menghormati peranan yang dimainkan media massa. Oleh demikian saya menyeru Tuan Yang Dipertua membenarkan petugas media menjalankan tugas mereka dengan baik dan lancar tanpa sebarang sekatan.

    ''Arahan ini juga tidak memenuhi hasrat kebebasan akhbar dan semangat Parlimen. Saya harap larangan ditarik balik," katanya, yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.

    Dalam pada itu, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang mempengerusikan mesyuarat Dewan Rakyat sesi pagi berkata, peraturan berkenaan dibuat bagi memastikan keadaan lobi Parlimen terkawal.

    ''Keadaan kadangkala bercelaru di lobi Parlimen maka berkemungkinan kerana itulah keputusan berkenaan dibuat.

    ''Memandangkan perkara ini dibangkitkan oleh Yang Berhormat dari Bagan (Guan Eng) maka kita akan membincangkan semula peraturan baru itu dengan Tan Sri Pandikar Amin Mulia (Yang Dipertua Dewan Rakyat) dan beliau (Pandikar) akan mengumumkan keputusan dalam masa terdekat," ujarnya.

    Jumaat lalu, pentadbiran Parlimen menetapkan hanya lima orang wakil media cetak dari setiap syarikat boleh berada dalam bangunan Parlimen dalam satu-satu masa.

    Datuk Mohamed Aziz (BN-Sri Gading) turut meminta pentadbiran Parlimen supaya menarik balik arahan tersebut bagi memudahkan petugas media menjalankan tanggungjawab mereka.

    Kira-kira pukul 2.15 petang, Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC), Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) bersama beberapa penyokong kerajaan mengalihkan pita penghalang yang ditempatkan di sekitar Dewan Rakyat ekoran arahan baru itu.

    Bung Moktar berkata, pihaknya juga tidak bersetuju dengan arahan itu dan sudah dua kali membangkitkannya kepada Pandikar.

    ''Kita telah meminta Parlimen memberi kelonggaran kepada petugas media kerana sebelum ini juga golongan berkenaan tidak menimbulkan apa-apa masalah," katanya.

    Petugas media bagaimanapun tidak memasuki kawasan lobi Parlimen walaupun BNBBC telah mengalihkan pita tersebut kerana ia dianggap bukan keputusan rasmi pentadbiran Parlimen.

    utusan malaysia

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...