Wednesday, July 9, 2008

Mahathir: Pembodek kerajaan masih nyanyi lagu lama!

09-07-2008 03:30:16 PM
Oleh ZIEMAN

PETALING JAYA: Tun Mahathir Mohamed hari ini membidas golongan yang disifatkannya sebagai pembodek-pembodek kerajaan yang masih menyanyikan lagu lama. Beliau juga musykil kenapa ramai yang masih menggelarnya diktator sehingga sekarang.

Mantan Perdana Menteri itu meluahkan ini di dalam blognya www.chedet.com hari ini

Katanya lgi, pada sidang akhbar untuk menerangkan berkenaan laporan polis terhadap Hakim Ian Chin, seorang pemberita asing masih menyalahkan beliau kerana pentadbiran kuku besi yang berlaku sekarang.

"Kononnya sikapnya ini diperturunkan daripada saya. Malahan pemberita itu juga mengatakan yang saya lebih buruk daripada pemerintah sekarang. Media Barat dan pengkritik-pengkritik saya di kalangan pembangkang dan sesetengah pihak di kalangan media tempatan telah melabelkan saya sebagai diktator semasa saya menjadi Perdana Menteri," kata Mahathir.

Label adalah satu cara untuk burukkan imej pemimpin bagi mengurangkan popularitinya.

Malah Lee Kuan Yew juga pernah melabelkan Mahathir sebagai "Malay Ultra" dan rakyat Malaysia berketurunan Cina terkejut atas pelantikannya sebagai Timbalan Perdana Menteri oleh Tun Hussein Onn, kata Mahathir.

"Mereka jangka yang saya akan merampas kekayaan dan hak mereka untuk diberikan kepada orang Melayu. Tetapi selepas saya mengambil alih, mereka bertukar fikiran dan sokong saya. Sebelum saya letak jawatan, pengundi-pengundi Cina telah pastikan saya dapat majoriti 2/3 pada 1999, pilihanraya umum terakhir yang saya terajui.

"Tetapi pemberita barat masih kekal dengan khayalan mereka yang saya ini diktator, anti kaum Cina dan perasuah disamping memberi keistimewaan kepada kroni-kroni saya. Pemberita mereka akan membaca laporan-laporan lama dan akan menganggap ianya sebagai benar.

"Mereka tidak pernah membuat sebarang penyelidikan. Sebab itu setiap kali saya mengkritik rejim sekarang, mereka dan pembodek-pembodek akan tuduh yang saya ini lebih buruk semasa menjadi Perdana Menteri.

"Terutama sekali tuduhan berkenaan pentadbiran kuku besi yang kononnya saya amalkan dalam Kerajaan dan parti. Hakikat yang mereka tidak mahu lihat ialah semasa saya pegang kerusi Presiden UMNO, pemimpin-pemimpin lain tidak takut melawan saya," kata Mahathir.

Katanya lagi, semasa beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri beliau tidak perlu dapatkan kebenaran Perdana Menteri untuk bertemu sesiapa. Begitu juga dengan empat Timbalannya, mereka tidak perlu dapatkan kebenarannya.

"Mereka bebas berjumpa sesiapa yang mereka suka. Walaupun kerap berlaku tentangan dan kritikan terhadap saya semasa mejadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri, walaupun ahli UMNO dan pemimpin parti jelas menentang saya dan hampir menjatuhkan saya, walaupun pemimpin UMNO bertanding melawan saya, pembodek-pembodek dan media Barat masih lagi berkeras mengatakan bahawa saya diktator yang lebih buruk," jelasnya.

Mahathir berkata, beliau telah meletak jawatan tanpa paksaan, sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana diktator, ini tidak sedikitpun mengurangkan dakwaan diktator terhadap saya.

"Tuduhan yang saya lebih buruk daripada pemerintah sekarang akan dibangkitkan setiap kali saya mengkritik atau menunjukkan penguasaan kuku besi rejim Abdullah. Jika orang terlalu buta dan tidak dapat melihat siapa diktator dan siapa bukan, itu adalah hak mereka.

"Tetapi apabila kita sengaja menolak kebenaran kita akan hilang kredibiliti. Itulah sebabnya kenapa hari ini tidak ramai yang membaca akhbar arus perdana yang dikawal Kerajaan atau menonton laporan berita di stesen televisyen yang dikawal Kerajaan. Blog telah mengambil alih peranan media konvensyenal sebagai sumber maklumat," katanya lagi.

Dan sebab itulah juga, menurut Mahathir, beliau mulakan blog cheddet.com.

"Pengunjung yang saya terima (tiga juta dalam masa dua bulan) dan maklumbalas yang mereka buat mencerita keadaan sebenar tentang apa yang mereka rasa. Kepada majoriti yang besar di kalangan mereka saya bukan diktator. Bagi saya ini penting.

"Pembodek akan terus ulang lagu lama tetapi ini tidak akan membawa mereka kemana-mana. Jelas sekali rakyat sudah tidak percaya," kata Mahathir.

MAHKAMAH SYARIAH PENENTU NASIB ANWAR?

Petikan: mStar Online


Kenapa Dato Seri Anwar Ibrahim merujuk kes dakwaan liwatnya ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan? Beliau pernah berkata dia berani bersumpah tapi dengan bersyarat? Buktikan tuduhan dahulu, katanya.

Adakah ini 'madah berhelah' terbaru dari Anwar atau kejujuran yang dituntut oleh penyokong-penyokongnya?

Mungkinkah Anwar akur dengan nasihat Mufti Perak, Datuk Dr Harussani Zakaria yang mencadangkan kes fitnah meliwat ini dibawa ke Mahkamah Syariah.

Persoalan beranikah Anwar mahupun Saiful bermubahalah (sumpah laknat), bersumpah guna nama Allah ataupun berani menjunjung Al-Quran masih menjadi tanda tanya?

Yang penting, cabar mencabar untuk bersumpah adalah satu perkara baru dalam senario politik Malaysia.

Akidah dan pemahaman umat Islam juga turut dicabar untuk kembali kepada apa yang pernah dibuat oleh junjungan kita Nabi Muhammad SAW apabila berhadapan dengan dakwaan Saiful Bukhari Azlan menuduh Anwar meliwatnya.

Di zaman Rasulullah, Nabi Muhammad SAW tidak sewenang-wenangnya menggunakan kaedah yang kita kenal dengan nama mubahalah melainkan seperti dilakarkan dalam tinta sejarah bilamana Rasulullah dicabar puak Najran untuk menegakkan kenabiannya.

Pelik sekali, Malaysia yang tidak beramal dengan syariah Islam tiba-tiba mengusulkan kes liwat ini dirujuk pada Mahkamah Syariah? Dan mereka-mereka yang tidak pernah mengamal apa yang dituntut oleh Al-Quran tiba-tiba mengusulkan merujuk pada Al-Quran sepenuhnya.

Mubahalah adalah jalan terbaik untuk mengadili sesuatu perkara yang melibatkan tuduhan zina, rogol atau liwat. Dan ketika kita berada dalam keadaan sangsi, ragu, buntu dan tidak percaya dengan sistem kehakiman negara kita.

Siapakah di antara Anwar dan Saiful yang berani mengungkapkan bermubahalah sumpah laknat: "Ya Allah! Jika aku lakukan apa yang dituduh ke atasku, maka laknatilah aku" manakala satu pihak lagi perlu menyebut " Ya Allah! Jika dia tidak lakukan apa yang aku tuduh itu, maka laknatilah aku."

Bak kata Tok Guru Nik Aziz Nik Mat, "Sumpah laknat adalah jalan terakhir!". -foto THE STAR oleh ART CHEN

Adakah Khairy sanggup bersumpah terhadap dakwaan skandalnya?

Petikan: Harakah Daily

Wan Nordin Wan Yaacob

Tue | Jul 08, 08 | 5:39:56 pm MYT

KUALA LUMPUR, 8 Julai (Hrkh) - Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dilihat cuba mencari publisiti dengan menunjukkan belang menjelang Perhimpunan Agung Umno Disember ini.

Exco Angkatan Muda KeADILan (AMK), Ramlan Roes dalam satu kenyataannya hari ini menegaskan kegalakan ini termasuk usaha menantu Perdana Menteri itu untuk berterusan mencabar Dato' Seri Anwar Ibrahim supaya bersumpah dengan menjunjung al-Quran untuk menafikan dakwaan liwat.

Ramlan melihat, hal ini sebagai usaha terdesak Khairy untuk menonjolkan diri sebagai calon Ketua Pemuda Umno yang berwibawa dan radikal.

Sedangkan Khairy sendiri menerima undi tidak percaya di kalangan akar umbi Pemuda Umno di bahagian Rembau.

"Cabaran Khairy itu hanya memalitkan imej beliau di saat Anwar sendiri telah menyatakan komitmen untuk melawan kes ciptaan Umno ini habis-habisan dan bersedia mengemukakan pembuktian dan alibi yang kukuh dan sahih," ujar bekas Ketua AMK Negeri Sembilan itu.

"Apakah beliau (Khairy juga) sanggup sama bersumpah bahawa beliau tidak terlibat dalam pelbagai dakwaan skandal penyelewengan ekonomi dan politik yang melibatkan 'tingkat 4' pejabat PM?

"Apakah Khairy berani bersumpah bahawa beliau tidak menerima sebarang laporan perisikan tentera berkenaan kes pembunuhan mendiang Altantuya Shaariibuu?" ujar Ramlan.

Sehubungan itu, AMK mengingatkan Khairy supaya terlebih dahulu menyahut seruan AMK sebelum ini yang menggesa Najib Tun Razak, Tan Sri Musa Hassan dan Abdul Gani Patail untuk turut sama bersumpah mengikut syarat yang digariskan mengikut hukum syarak dan bukannya mencemuh dan mencela orang lain. - mks. _

498,800 Isi Rumah Berpendapatan Kurang RM1,000 Sebulan

09 Julai, 2008 17:38 PM

KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Sebanyak 498,800 atau 8.6 peratus daripada 5.8 juta isi rumah di negara ini memperoleh pendapatan di bawah RM1,000 sebulan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Amirsham A. Aziz.

Beliau berkata perangkaan terkini itu berdasarkan Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah atau Kemudahan Asas yang dijalankan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia tahun lepas.

"Penyiasatan ini meliputi kawasan bandar dan luar bandar dengan jumlah isi rumah Malaysia pada tahun 2007 dianggar 5.8 juta," katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat hari Rabu.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Dr Micheal Jeyakumar Devaraj (PKR-Sungai Siput) berhubung pendapatan isi rumah di negara ini.

Amirsham berkata bagi kategori isi rumah berpendapatan RM1,000 hingga RM2,000 sebulan, terdapat 1,705,200 atau 29.4 peratus, RM2,001 hingga RM3,000 (1,148,400 atau 19.8 peratus) dan RM3,001 hingga RM4,000 (748,200 atau 12.9 peratus).

Beliau berkata sebanyak 731,000 atau 8.6 peratus isi rumah berpendapatan RM4,001 hingga RM5,000 sebulan, RM5,001 hingga RM10,000 (916,400 atau 15.8 peratus), dan RM10,001 ke atas (284,200 atau 4.9 peratus).

Menjawab soalan Jeyakumar tentang mengurangkan jurang pendapatan antara golongan kaya dan miskin, Amirsham berkata perkara itu adalah sasaran kerajaan termasuk untuk mengurangkan jurang kemiskinan antara kaum.

"Ini adalah sasaran kerajaan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan kita akan menjayakannya," katanya.

Beliau berkata antara dasar RMK-9 ialah untuk menaikkan lagi pendapatan penduduk di negara ini dan menambah peluang pekerjaan bagi kaum yang tercicir.

-- BERNAMA

Fatwa Dr Taha Jabir al-'Ulwani mengenai fitnah terhadap Anwar Ibrahim

Petikan: Harakah Daily

Terjemahan Ustaz Zainuddin Hashim

Wed | Jul 09, 08 | 4:43:07 pm MYT
Soalan
Telah berlaku satu isu yang menggemparkan banyak pihak di Malaysia baru-baru ini, berhubung mantan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim yang dituduh terlibat dengan perlakuan liwat, pihak berkuasa Malaysia berusaha untuk memanggil kedua-dua individu yang menuduh dan dituduh agar melakukan angkat sumpah untuk membuktikan pihak yang benar dan salah.

Apa pandangan Islam berhubung tindakan angkat sumpah berkenaan, apakah pihak yang dituduh perlu berbuat demikian bagi membersihkan dirinya daripada fitnah atau tuduhan itu seperti sumpahan orang yang terlibat dalam kes pembunuhan?

Jawapan Dr Taha Jabir al-'Ulwani:

Menurut Imam Ibnu al-Qaiyim al-Jauziyah dalam kitabnya at-Turuq al-Hukmiyyah dan beberapa pandangan ulama, mereka menolak dakwaan atau tuduhan yang datang daripada seorang yang dilihat tidak berlaku adil, khususnya daripada setiap tindakan, cara hidup terhadap orang yang mempunyai kedudukan baik dalam masyarakat, di mana dakwaan seumpama itu disifatkan sebagai 'Qazaf' dengan membawa empat orang saksi, ia bersandarkan kepada ayat 4, Surah an-Nur maksudnya:

4. "Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik;

Firman Allah lagi menerusi ayat 11-19, Surah an-Nur maksudnya:

"11. Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita yang amat dusta itu ialah segolongan dari kalangan kamu; janganlah kamu menyangka (berita yang dusta) itu buruk bagi kamu, bahkan ia baik bagi kamu. tiap-tiap seorang di antara mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan yang dilakukannya itu, dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh siksa yang besar (di dunia dan di akhirat).

Sepatutnya semasa kamu mendengar tuduhan itu, orang-orang yang beriman - lelaki dan perempuan, menaruh baik sangka kepada diri (orang-orang) mereka sendiri. dan berkata: "Ini ialah tuduhan dusta yang nyata.

Sepatutnya mereka (yang menuduh) membawa empat orang saksi membuktikan tuduhan itu. oleh kerana mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka mereka itu pada sisi hukum Allah, adalah orang-orang yang dusta.

Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu di dunia dan di akhirat, tentulah kamu dikenakan azab siksa yang besar disebabkan kamu turut campur dalam berita palsu itu; -

Iaitu semasa kamu bertanya atau menceritakan berita dusta itu dengan lidah kamu, dan memperkatakan dengan mulut kamu akan sesuatu yang kamu tidak mempunyai pengetahuan yang sah mengenainya; dan kamu pula menyangkanya perkara kecil, pada hal ia pada sisi hukum Allah adalah perkara yang besar dosanya.

Dan sepatutnya semasa kamu mendengarnya, kamu segera berkata: "Tidaklah layak bagi Kami memperkatakan hal ini! Maha suci Engkau (Ya Allah dari mencemarkan nama baik ahli Rumah Rasulullah)! ini adalah satu dusta besar yang mengejutkan".

Allah memberi pengajaran kepada kamu, supaya kamu tidak mengulangi perbuatan yang sedemikian ini selama-lamanya, jika betul kamu orang-orang yang beriman.

Dan Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan (hukum-hukumNya); kerana Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebah tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab siksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian)."

Sesungguhnya sejarah gerakan Athisme dan Komunisme di dunia Arab secara khusus melatih perkaderan di peringkat akar umbi untuk menonjolkan akhlak yang songsang yang dilemparkan terhadap pimpinan ahli agama Islam yang komited dengannya, ia adalah cara untuk memburukkan nama baik dan imej mereka kepada umum (kerana mahu meraih kepentingan tertentu) agar umum tidak lagi percaya dan memberi sokongan kepada ahli-ahli agama, inilah yang pernah dilakukan oleh pengikut Komunis di Iraq satu ketika dahulu di kalangan parti Ba�ath (Kebangsaan Arab).

Justeru, kita amat rasa sedih apa yang sedang berlaku di Malaysia sekarang ini di mana para pemimpin kerajaan bertindak serupa dengan apa yang pernah berlaku di Iraq, mereka lakukan itu adalah semata-mata untuk kepentingan politik kotor mereka dan menyekat kemaraan pengaruh lawan dengan apa sahaja cara sekali pun walaupun melibatkan harga diri seseorang.

Mereka ini bukanlah pemimpin kerajaan yang baik yang boleh menjaga kebaikan dan kemaslahatan negara, tetapi untuk diri mereka semata-mata, tapi bagaimanapun tindakan mereka itu akan dibalas, kalau pun tidak pada diri mereka, mungkin isteri serta anak-anak mereka.

Apa yang umum hingga di peringkat global mengetahui, bahawa Saudara Anwar Ibrahim sejak masa mudanya dilantik sebagai ketua gerakan belia di Malaysia (ABIM), pernah mengurus kira-kira 25 buah sekolah beraliran agama khusus buat remaja lelaki dan perempuan (sekolah alternatif) di seluruh tanahair, tidak kedengaran pada usia remajanya atau ketika memimpin gerakan belia, sesuatu yang menjatuhkan harga diri atau maruahnya dengan tindakan yang menyalahi ajaran agama Islam. Jika pada usia begitu beliau disenangi, dipercayai dan dihormati sebagai seorang pemimpin yang baik, bagaiman mungkin pada usia yang mencecah 60 akan terlibat dengan perlakuan kaum Lut?.

Beliau sekarang ini terdedah kepada pelbagai ancaman, konspirasi, provokasi, bagi mengekalkan amalan politik kotor sekali gus mengajak manusia seluruhnya untuk menentang Allah SWT.

Isu akuan bersumpah sebenarnya tidak dibahaskan panjang lebar oleh kalangan fuqaha� melainkan pada keadaan bila wujudnya pembunuhan antara dua kampung hingga tidak dapat dikenal pasti siapa pembunuh sebenar, maka menurut sebahagian mereka: Akuan bersumpah hendaklah dilakukan oleh 50 orang ahli setiap kampung bagi membersihkan diri daripada sebarang tuduhan, tetapi ia bukan dalam isu yang sedang dibincangkan iaitu �Qazaf�.

Ini kerana apa yang sedang disaksikan ialah isu antara seorang penuduh fasiq lagi zalim tidak diterima kesaksiaannya dan seorang yang teraniaya dan bersih daripada tuduhan tetapi tidak diberi haknya untuk membebaskan diri daripadanya.

Isu ini serupa apa yang pernah berlaku kepada pemimpin gerakan Islam Iraq al-marhum Syeikh Muhammad Mahmud as-Sowaf dan Syeikh Abdul Aziz al-Badri yang dilemparkan oleh pengikut Komunis dengan pelbagai dakwaan dan tuduhan hingga kedua-dua mereka tidaK dapat membela diri untuk membersihkan nama baik dan maruah.

Isu Dato' Seri Anwar Ibrahim yang pernah cemerlang dalam kepimpinannya ketika menerajui Kementerian Belia dan Sukan dan Ketua Pergerakan Pemuda Umno beberapa tahun, tidak kedengaran suara-suara sumbang daripada golongan remaja, belia bersamanya dahulu menyebut tentang perlakuan sumbang beliau, tetapi bagaimana sejak akhir-akhir ini terdapat kecenderungan pihak tertentu dengan rasa tidak malu dan takut kepada Allah melemparkan tuduhan negatif itu.

Saya menyeru pihak terbabit secara jujur, bertakwalah kamu kepada Allah, takutkan akan Dia Yang Maha Bertindak Balas ke atas hamba-hambaNya di akhirat, ingatlah ketegasan Allah dalam al-Quran : Sesungguhnnya hari tersebut (kiamat) tidak akan memberi manfaat harta dan anak-pinak, melainkan mereka yang datang menemui Allah dengan hati yang selamat (dari sebarang penyakit hati yang merbahaya).

Secara peribadi selaku seorang muslim, harapan dan seruan saya kepada Kerajaan Malaysia, agar bertakwa kepada Allah dalam mengurus negara dan rakyat, khususnya orang Melayu/Islam, berakhlaklah dengan nilai akhlak Islam yang murni, dengan tidak melebihkan politik daripada akhlak, jangan bertindak sesuatu yang boleh melucutkan harga diri seseorang atau rakyat hilang keyakinan para pemimpin yang memerintah negara sekarang ini, kerana setiap sesuatu yang zalim itu adalah jalan kegelapan, yang rosak itu akan membawa kepada neraka yang membakar.

Kita bermohon kepada Allah agar Dia memelihara negara dan rakyat di bawah naungan-Nya. - mr_

Ceramah konspirasi politik di Lembah Keramat esok

Salmiyah Harun
Wed | Jul 09, 08 | 4:23:42 pm MYT

KUALA LUMPUR, 9 Julai (Hrkh) - Orang ramai dijemput hadir mendengar ceramah suara anak muda yang akan mendedahkan konspirasi politik yang sedang melanda negara hari ini pada malam esok jam 9.00 malam (10 Julai 2008).

Di antara mereka yang dijemput berceramah Adun Hulu Klang, Saari Sungib; Adun Batu Caves, Amirudin Shari; Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff dan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mat Akin.

Ceramah yang dianjurkan AMK akan berlangsung di Dewan Masyarakat, Jalan AU5 C/10, Lembah Keramat. Untuk maklumat lanjut sila hubungi saudara Izwan di talian 012 3286892 dan Saudara Zainol di talian 019 3070090. - mks. _

Harga Minyak Tinggi Diada-adakan, Kata Presiden Iran

08 Julai, 2008 21:23 PM

Oleh Nor Baizura Basri, M. Saraswathi & Ahmad Farizal Abdul Hajat


KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) -- Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad hari ini menyelar pihak yang menjaga kepentingan sendiri yang menyebabkan kenaikan tinggi harga minyak mentah, sambil menyatakan ia adalah lebih kepada dorongan politik dan tidak mencerminkan keadaan pasaran sebenarnya.

Beliau berkata harga minyak mentah yang tinggi mencecah paras rekod sehingga AS$146 setong "diada-adakan" memandangkan pengeluaran kini jauh melebihi permintaan.

"(Jadi), ia merupakan isu politik yang memerlukan penyelesaian politik," kata beliau pada persidangan akhbar selepas sidang kemuncak negara-negara Kumpulan Lapan Negara Islam Membangun (D-8).

Iran mempunyai rizab minyak ketiga terbesar di dunia.

Pemimpin Iran itu turut menuduh kerajaan Amerika Syarikat terlibat dalam peningkatan mendadak harga minyak dengan membiarkan dolar pada nilai rendah.

Penganalisis berkata nilai mata wang dolar yang rendah akan menjuruskan kepada pemesongan modal dari pasaran modal ke pasaran-pasaran komoditi dan ini membawa sebab kepada spekulasi terlampau dalam niaga hadapan minyak mentah.

Beliau berkata faktor-faktor inilah yang menghalang pengaruh pasaran iaitu penawaran dan permintaan daripada berfungsi seperti sepatutnya, sekali gus menyebabkan "pasaran penuh dengan minyak".

Sehubungan itulah, beliau berkata harga-harga terus meningkat meskipun terdapatnya usaha Arab Saudi untuk meningkatkan pengeluaran. Negara itu merupakan pengeluar minyak mentah terbesar dunia dengan kapasiti pengeluaran tujuh juta tong sehari.

Ahmadinejad berkata ketegangan situasi geopolitik yang berterusan di Timur Tengah, terutamanya di negara pengeluar minyak akan terus memberi tekanan pada harga sejagat.

Penganalisis berkata harga minyak yang melambung adalah disebabkan gabungan faktor-faktor seperti permintaan kukuh dari China dan India, ketegangan geopolitik di Timur Tengah dan spekulasi dalam pasaran-pasaran minyak.

Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Minyak (OPEC) menjangkakan harga untuk mencecah AS$170 setong dalam bulan-bulan akan datang.

-- BERNAMA

Wang Petronas dibazir selagi BN masih berkuasa

Petikan: Harakah Daily
MD Hakimi

Wed | Jul 09, 08 | 2:41:24 pm MYT

PENGKALAN CHEPA, 9 Julai (Hrkh) � Sehingga kini pemimpin Umno masih enggan menerima hakikat kemampuan Pakatan Rakyat mengurangkan harga minyak, berbanding dengan apa yang berlaku sekarang.

Tanpa perlu berfikir panjang, guna wang milik Petronas secara berhemah dan bukannya membazir seperti yang dilakukan kerajaan Barisan Nasional (BN) sekarang.

Lihat contoh pembaziran wang Petronas yang digunakan kerajaan BN untuk membiayai Orkestra Filharmonik Malaysia dikatakan melibatkan kos sehingga RM500 juta.

Anggota Parlimen Parit Buntal, Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, pembaziran begitu berlaku kerana Petronas hanya bertanggungjawab kepada Perdana Menteri seorang sahaja.

�Sepatutnya Petronas kena bertanggungjawab kepada Parlimen, maka selagi khazanah milik rakyat boleh dibelanjakan sesuka hati wang milik Petronas hilang begitu sahaja.

�Sepanjang tempoh 10 tahun sebanyak RM500 juta dibazirkan Petronas hanya untuk membayar gaji pemuzik Orkestra Filharmonik Malaysia yang rata-rata rakyat asing,� katanya di sini, baru-baru ini.

Menurutnya setiap bulan sebanyak RM3.5 juta dibelanjakan untuk membayar gaji pemuzik yang mana setiap seorang menerima gaji sebanyak RM15,000 hingga RM20,000 sebulan.

Sebaliknya kata Dr Mujahid apabila harga minyak di pasaran dunia naik kerajan BN mengambil kesempatan untuk menaikkan harga minyak bagi pasaran tempatan.

Menurutnya keadaan itu menyebabkan keuntungan terus bertambah, sebaliknya kehidupan rakyat pula terbeban.

�Apa yang berlaku sekarang keuntungan besar Petronas tidak digunakan oleh kerajaan bagi menstabilkan harga minyak di pasaran tempatan.

�Perkara itu berlaku kerana wang keuntungan Petronas dibazirkan kepada projek-projek mewah, projek-projek yang gagal dan tidak mendatangkan faedah kepada rakyat,� ujarnya.

Beliau berkata, keadaan yang berlaku sekarang sudah cukup untuk menggambarkan pemimpin kerajaan BN sangat lemah dalam menguruskan hal ehwal negara khususnya ekonomi dan khazanah rakyat.

Sementara itu anggota Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail berkata, pendekatan Pakatan Rakyat sekiranya berjaya memerintah bukan memulihkan dasar sekarang tetapi menggantikannya dengan dasar lebih baik.

Antaranya kata beliau Petronas tidak lagi bertanggungjawab hanya kepada Perdana Menteri sebaliknya di letak di bawah Parlimen.

�Syarikat itu mesti melaporkan secara terperinci operasinya dalam negara termasuk operasinya di 23 negara luar seperti di Iran, Sudan dan Tukmenistan kepada Parlimen.

�Petronas juga perlu memberitahu ke mana wang keuntungan disalurkan untuk membolehkan rakyat tahu. Namun perkara itu tidak berlaku sekarang selagi kerajaan BN tidak ditumbangkan,� katanya. - mj _

Isu Himpunan Protes, Dr Hatta beri penjelasan

Petikan: Harakah Daily

Intan Abdullah

Wed | Jul 09, 08 | 11:33:30 am MYT

KUALA LUMPUR,9 Julai (Hrkh) -Pengerusi Jawatankuasa Himpunan Protes Turun Sejuta Rakyat, Dr Hatta Ramli menyampaikan permohonan maaf secara rasmi kepada semua penyokong Pakatan Rakyat atas insiden yang berlaku dalam himpunan tersebut.

"Sebagai penganjur, saya memohon maaf kiranya ada yang tidak menepati kehendak dan selera peserta Himpunan," katanya ketika ditemui Harakahdaily di lobi parlimen semalam.

Sungguhpun begitu, beliau menjelaskan bahawa pihak Protes telah pun menyediakan garis panduan bagi memastikan program tersebut dijalankan secara tertib serta mencapai matlamat.

Mengulas mengenai insiden penyanyi kumpulan Carburator Dung, Alak, Hatta berkata pengerusi program persembahan, Hishamuddin Rais telah memohon maaf secara terbuka sebaik sahaja situasi tersebut berakhir.

"Kita telah berjaya mengawal rasa tidak senang yang timbul apabila Hishamudin mengambil tanggungjawab menyatakan permohonan maaf atas apa yang berlaku," katanya.

Apa yang penting ujarnya, Protes dianjurkan meliputi seluruh lapisan rakyat yang mencakupi pelbagai latar belakang bangsa, agama dan minat.

"Ini isu rakyat, dengan sebab itu kita menyediakan pelbagai program seperti tarian singa, tarian gendang, dikir barat dan sebagainya.

"Tetapi kumpulan dikir barat dan nasyid telah menarik diri pada saat akhir dengan alasan pengumuman kerajaan bahawa perhimpunan tersebut dianggap sebagai tidak mendapat permit," ujarnya lagi.

Sungguhpun begitu, Hatta yang juga merupakan Bendahari PAS menegaskan bahawa agenda lain berjalan lancar setelah keadaan kembali tenang terutamanya acara kemuncak Himpunan iaitu Ceramah Perdana pemimpin Pakatan Rakyat pada sebelah malam.

Beliau turut melahirkan kekesalan serta kecewa dengan tindakan pihak berkuasa iaitu polis dan tentera yang melancarkan kempen antimidasi (gangguan).

"Mereka membuat pengumuman tentang latihan bersama antara tentera dan polis di premis perhimpunan dirancangkan, serta mengadakan sekatan-sekatan jalan raya di seluruh jalan menuju ke lokasi perhimpunan.

"Ia secara tidak langsung telah menjejaskan kehadiran pengunjung yang berhasrat mahu menunjukkan rasa protes pada isu kenaikan harga minyak.

"Inilah perhimpunan yang terbesar berjaya dianjurkan Protes selepas siri-siri perhimpunan Protes sebelum ini dibuat di beberapa premis," katanya.

Hatta juga merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang memberikan kerjasama dan terlibat dalam menjayakan program tersebut. - mks._

Tahukah Anda Kerajaan Malaysia Menanggung berbillion ringgit subsidi kpd Singapura

i got it through my email .......

Mungkin diantara kita terleka dan berhujjah berkenaan subsidi Minyak yang kononnya diberikan Kerajaan Malaysia pimpinan Umno kepada Rakyatnya,Namun ramai diantara kita mungkin terlupa bahawa kerajaan Malaysia juga menanggung pelbagai subsidi terutama subsidi air kepada rakyat Singapura. ada dikalangan pemimpin pembangkang juga gagal menyedarkan rakyat dalam isu ini.

Tidakkah kita hairan suatu ketika bila Kerajaan menghalang warga Thailand membeli minyak di sempadan Malaysia, Najib Tun Razak dengan jelas dalam sidang medianya memberikan keistimewaan kepada warga Singapura dimana di sempadan Singapura dikecualikan dari sekatan, kononya atas sebab ramai dari rakyat kita bekerja disana.namun ia hanya satu alasan. pemimpin Umno lebih rela menekan warga
Thailand yang majoritinya Melayu Islam dan memberikan keistimewaan kepada majoriti Cina dari Singapura.

bila ada isu seludup tidak ada kawasan lain yang menjadi tumpuan untuk kerajaan bersandiwara, sudah tentu sempadan
Thailand yang menjadi mangsa. walhal bukankah kita juga memerlukan bekalan beras berkualiti dari Thailand . Mengapa pula negara sekecil Singapura yang tidakpun memberi sebarang manafaat dan mempunyai hasil bumi sering menjadi anak emas Kerajaan Malaysia.Apakah warga Singapura tidak menyeludup? atau diberikan keistimewaan dan lesen oleh kerajaan Malaysia untuk menyeludup? apakah ratusan ribu kenderaan yang menyeberang tambak johor setiap minggu itu datang untuk melancong semata mata? apakah oleh kerana mereka berkereta mewah mereka tidak menyeludup Minyak dan bahan makan yang disubsidi ke Singapura? disini akan saya huraikan apa yang telah kerajaan Malaysia berikan subsidi kepada rakyat Singapura . mereka cukup menekan dan berkira dengan rakyat sendiri, tetapi membela rakyat Singapura.

1. Kerajaan
Malaysia Memberi Subsidi Air Pada Singapura
walaupun kita tahu kerajaan malaysia terikat dengan perjanjian bodoh dengan Singapura, namun kerajaan Malaysia melanggar perjanjian dengan rakyat sendiri, bagaimana Kerajaan Malaysia melanggar perjanjian royalti Minyak terhadap rakyat Terengganu tetapi begitu taat kepada Singapura walaupun harga air yang dijual sudah tidak logik di akal namun kerajaan malaysia terus melayan baik Singapura. sebutkan mana mana negara dalam dunia ini menjual air pada kadar 3sen seribu gelen? malah kerajaan Cina sendiri menjual air kepada wilayah Hongkong tanah jajahannya juga lebih 4 dollar seribu gelen.apakah kos menyeleggara dan kerja kerja membekalkan air pada singapura percuma? apakah kos penyelenggaraan tidak meningkat seperti mana kos menggerudi minyak bak kata Sharir Samad? berapa kos yang dikeluarkan Kerajaan
Malaysia kepada Singapura? tidakkah itu subsidi!! itupun kerajaan Malaysia tetap melayan baik Singapura walaupun Negara tersebut terlalu kurang ajar kerana mereka 1sen pun tidak mahu harga tersebut dinaikkan. kenapa Kerajaan malaysia tidak dahulukan hal harga air ini berbanding tuntutan pulau batu putih ke Mahkamah Antarabangsa.

sekarang anda lihat fakta tersebut berkenaan perjanjian air antara
Malaysia dan Singapura. kalau diikut pada kiraan 50sen harga yang patut dijual Malaysia kepada Singapura ini bermakna Malaysia memberikan subsidi air kepada SINGAPURA lebih 7 BILLION setahun. inipun dikira jauh lebih rendah dari cas air di Selangor.

lihat perjanjian tersebut .

PERJANJIAN AIR 1961 DAN 1962


1. Mengikut perjanjian ini, Malaysia perlu membekalkan air mentah kepada Singapura secara berterusan sebanyak 250 juta gelen (250,000,000) sehari pada harga jualan 3sen (RM0.03) bagi setiap 1,000 gelen.
2. Malaysia pula perlu membeli air yang telah diproses oleh Singapura dengan kadar 50sen (RM0.50) bagi setiap 1,000 gelen
3. Loji pemprosesan air ini terletak di Gunung Pulai, Skudai, Tebrau dan Kota Tinggi dalam Negeri Johor tetapi diuruskan oleh Public Utilities Board (PUB) milik Singapura
4. Perjanjian Air 1961 akan tamat hanya pada tahun 2011 dan Perjanjian Air 1962 pada tahun 2061
5. Singapura membuat untung besar dengan penjualan air Malaysia kepada kapal - kapal yang berlabuh di perlabuhan Singapura.

PERJANJIAN AIR 1990


1. Perjanjian ini menyebabkan Malaysia perlu mengorbankan hutan simpan seluas 21,600 hektar (53,374 ekar) di daerah Kluang, Kota Tinggi dan Mersing untuk dijadikan kawasan tadahan air dan empangan yang dikenali sebagai EMPANGAN LINGGIU.
2. Lokasi strategik pertahanan kerana koordinat sifar berada di lokasi tersebut
3. Perjanjian ini hanya akan tamat pada tahun 2061.

2. Kerajaan Malaysia memberikan Subsidi Minyak kepada Singapura
.
tahukah anda ratusan ribu kereta singapura menyeberang ke Johor setiap minggu, mengikut statistik penggunaan Minyak dikawasam sempadan dengan Thailand hanya sekitar 10 - 12juta sebulan. manakala jualan minyak disempadan johor ianya mencecah RM 45-50juta sebulan. apakah semua minyak tersebut digunakan warga Johor? kalau diandaikan hanya separuh nilai tersebut digunakan rakyat Singapura Malaysia memberikan hampir 600juta setahun Subsidi berbanding harga pasaran Singapura iaitu RM 5per/litter.itupun dikira murah kerana nilai dollar Singapura 3 kali ganda dari matawang kita.sebenarnya cara kerajaan Malaysia mengstrukturkan semula subsidi minyak inipun gagal menyekat dari rakyat singapura menikmati subsidi. lebih baik adakan sahaja kaunter minyak khas untuk warga asing, selesai masalah.

3. Kerajaan
Malaysia Memberikan Subsidi Makanan Pada Singapura.
Kerajaan
Malaysia beria ia menyekat warga thailand membawa keluar minyak masak, tetapi pernahkah Kerajaan Malaysia merampas barangan dari warga Singapura yang mengeluarkan Minyak,Beras,barangan dapur dan Ikan dari sempadan Johor? jawapannya tidak kerana Malaysia tidak berhak mengusik sedikitpun rakyat Singapura. sedangkan kerajaan menekan warga Thailand yang majoritinya adalah sama bangsa dan agama dengan kita.sedangkan kita memerlukan juga beras dari Thailand.kadang kadang sedih melihat bagaimana gula dan minyak 2-3kilopun dirampas. mungkin kerana mereka tidak memakai kereta mewah seperti warga Singapura.inipun dianggarkan jualan disempadan Johor adalah sekitar 100juta.dalam keadaan pendapatan mereka 3 kali ganda dari Malaysia mereka juga diberikan hak Kerajaan Malaysia untuk menikmati subsidi makanan.

3.Kerajaan Malaysia beri Subsidi pasir, Tanah dan Pulau kepada Singapura.
Seperti mana pendedahan Tun Dr Mahathir yang terbaru, kerajaan Malaysia dibawah paklah telah menjual pasir kepada Singapura, semuanya bagi menampung pembesaran kawasan baru untuk warga singapura hidup selesa walaupun perairan dan kawasan penangkapan ikan rakyat malaysia terjejas. tidak cukup dengan pasir Kerajaan
Malaysia juga mengsubsidikan tanah rizab melayu dan wilayah yang menjadi kedaulatannya kepada singapura melalui WPI atas nama pelaburan, dan tunggulah saatnya nanti nasib tanah di WPI akan senasib isu air dan pulau batu putih. semuanya adalah subsidi dengan ehsan kerajaan Malaysia . malah pulau batu putih dan Negara Singapura itupun sebenarnya adalah Subsidi yang diberikan pemimpin Umno terdahulu kepada cina berfahaman komunis iaitu Lee Kuan yew. malah sehingga kini kerajaan Malaysia masih menyambut baik kedatangan pemimpin ini sehinggakan Malaysia sanggup mengeluarkan kos membeli buah Durian yang bernilai RM 24,000 hanya kerana menyenangkan hati pemimpin Singapura. melalui menantunya beberapa kepentingan negara kini juga disubsidikan untuk syarikat pelaburan Singapura iaitu Temasek.

Jadi dalam kita menilai sikap kerajaan pada Singapura, berbanding rakyat sendiri , anda kini boleh melihat dengan jelas. mereka menekan rakyat dan menjadikan rakyat Singapura sebagai anak emas mereka. kenapa tidak mereka ungkit sahaja Subsidi air yang telah mereka berikan berpuluh tahun kepada rakyat Singapura.inilah wajah sebenar pemimpin yang menggadaikan kedaulatan Negara. inilah pemimpin UMNO.

Lawan tetap lawan

reformis muda
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...