“Serang saya jika awak mahu tetapi jangan ganggu keluarga saya,” kata Jaban dalam satu kenytaan akhbar hari ini.Jaban, yang terkenal dengan nama panggilan di udaranya sebagai Papa Orang Utan adalah DJ radio pro demokrasi yang berpangkalan di Londo. Katanya, masalah keluarganya bermula awal Januari ini apabila identitinya dikenali ramai di Sarawak.
Buat permulaan, penyewaan restoran milik keluarganya yang telah menduduki sebuah bangunan sejak empat tahun lalu tiba-tiba ditamatkan.
Pemilik bangunan itu yang dikatakan penyokong BN pada Januari lalu memberi restorannya tempoh sebulan untuk mengosongkan perniagaan mereka.
Anak Jaban, kemudian menghubunginya memberitahu perniagaan rumah tumpangan yang dijalankan mereka juga menerima nasib yang sama.
Pemiliknya, seorang pengusaha balak Sarawak yang juga dikaitkan dengan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud juga membatalkan perjanjian sewaan bangunan tanpa sebarang alasan.
Jaban berkata keadaan bertambah buruk selepas akhbar di London, Evening Standard mendedahkan mereka yang bertugas di sebalik stesen radio itu.
Menurutnya, sejak itu pihak polis mula mengunjung ahli keluarganya di rumah mereka dan bertanyakan di mana beliau berada.
Menurut Nor Azhanizam Azmi, beliau menyedari cermin bahagian pemandu kereta Perodua Myvi miliknya itu dipecahkan sekitar jam 12.20 pagi selepas selesai menghadiri ceramah tersebut.
Menurut saksi, polis kelihatan merakamkan kenderaan yang dirosakkan itu selepas majlis terbut. Terdapat kehadiran anggota polis yang ramai juga pada malam berkenaan.
Pada ceramah malam semalam, beberapa remaja yang bermotosikal juga cuba menggangu ceramah Anwar di Permatang Pasir. Perkara yang sama dilaporkan pada ceramah PAS di Chinchin pada Isnin lalu yang terletak bersebelahan majlis anjuran BN.
"Apa fungsi mereka yang banyak menghabiskan wang rakyat tapi tak boleh kawal keselamatan?" soal naib presiden PAS, Salahuddin Ayub pada sidang media harian PAS hari ini.
Laporan itu dibuat oleh Pengerusi Pekida Daerah Jasin, Datuk Abdul Rahim Abu di balai polis Merlimau kira-kira jam 12.30 tengahari tadi.
Abdul Rahim menyatakan demikian ketika ditemui di perkarangan Balai Polis Merlimau hari ini. Hadir sama ialah Abd Rahim Osman serta puluhan pengikut Pekida dan PERKASA.

Selain itu, beliau turut mengumumkan projek membina dewan terbuka yang mengandungi gelanggang serbaguna bagi masyarakat Cina di Kampung Sri Kerdau, bernilai RM400,000, membina kuil bagi masyarakat India (RM100,000) dan Balai Bomba sukarela (RM150,000).
Katanya, kerajaan BN sentiasa melakukan projek bagi pembangunan dan keselesaan rakyat sejak merdeka walaupun kepimpinannya silih berganti.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Zulkifli
Zulkifli turut merakamkan penghargaan polis kepada 13 persatuan bukan kerajaan kaum India yang membantu memujuk masyarakat India supaya tidak menyertai demonstrasi haram itu yang antara lain mendesak kerajaan membatalkan buku Interlok daripada dijadikan buku teks serta mahukan pemimpin Hindraf yang ditahan dibebaskan.
Dakwanya, tindakan itu akan memberikan kelebihan kepada lawannya Syed Ibrahim Syed Ahmad daripada BN yang mudah berkempen di rumah ibadat tersebut dan tidak memberikan peluang sama rata kepadanya.
"Kalau setakat berkhutbah dan memberikan tazkirah itu, selepas didik dalam parti Islam (PAS), saya rasa saya juga mampu. Saya menyeru, berilah supaya rakyat dapat menilai (kedua-dua calon)," katanya di hadapan kira-kira 100 penyokong PAS dalam ceramah dan perlancaran Buku Jingga Pakatan Rakyat di DUN Kerdau.