Saturday, June 7, 2008

Jangan sampai pecah...

Pertembungan yang bakal berlaku pada pemilihan jawatan Ketua UMNO Bahagian UMNO Jelebu antara Datuk Seri Dr. Rais Yatim dan Datuk Yunus Rahmat mendapat reaksi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan.

"Saya tak campur dalam soal pemilihan Bahagian Jelebu...terserah kepda ahli-ahli untuk buat keputusan. Harapan saya jika ada pemilihan jangan sampai bawa perpecahan," katanya kepada Agendadaily ketika ditanya mengenai perkembangan terbaru Bahagian Jelebu yang dilaporkan akan berlakunya pertandingan bagi jawatan Ketua Bahagian berkenaan.

Yunus ketika menawarkan dirinya untuk bertanding merebut jawatan Ketua UMNO Bahagian Jelebu menyatakan beliau telah memaklumkan kepada Mohamad mengenai hasratnya itu.

Menurut Mohamad, Yunus pernah menyuarakan hasrat untuk bertanding jawatan Ketua Bahagian pada pemilihan parti yang lalu.

Bagaimanapun katanya, beliau menasihati Yunus agar bersabar dulu bagi memastikan tidak berlakunya pergolakan dalaman parti di Bahagian berkenaan terutama dalam menghadapi pilihan raya umum lalu.

Ditanya adakah beliau merestui pertandingan berkenaan kali ini, beliau berkata, beliau tidak campur tangan dan menyerahkannnya kepada proses pemilihan parti berjalan seperti biasa. - 6/6/2008

--------------------------

Dulu beri laluan...kini lawan balik

Semasa UMNO membuat keputusan menerima kemasukkan secara blok semua ahli-ahli parti Melayu Semangat 46, beberapa pemimpin UMNO Bahagian ada yang membuat ‘pengorbanan’ memberi laluan kepada nama-nama besar Semangat 46 untuk memimpin UMNO Bahagian.

Antaranya ialah Datuk Seri Dr. Rais Yatim yang diberikan laluan untuk memegang jawatan Ketua UMNO Bahagian Jelebu oleh penyandangnya ketika itu, Datuk Yunus Rahmat.

Namun, setelah 10 tahun berlalu, Yunus hari Selasa secara terbuka dan rasmi menawarkan dirinya untuk bertanding jawatan Ketua UMNO Bahagian berkenaan pada persidangan perwakilan UMNO yang akan bermula 9 Oktober hingga 9 Novembver depan.

Dalam satu kenyataannya, Yunus menyatakan, beliau membuat keputusan itu setelah menerima pandangan, maklum balas dan nasihat daripada pemimpin serta anggota UMNO peringkat Bahagian dan Cawangan.

Tegasnya, keputusannya itu tidak dipengaruhi oleh sesiapa pun tetgapi adalah atas kesedaran untuk mahu berkhidmat kepada rakyat.

Beliau yang juga Exco Kerajaan Negeri Sembilan dalam pada masa yang sama turut menyatakan sokongan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Pertang yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Razak Mansor untuk bertanding jawatan Timbalan Ketua Umno Bahagian berkenaan.

Yunus turut memaklumkan, hasratnya untuk bertanding itu telah disampaikan kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan yang juga Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hassan. – 3/8/2008

Agenda Daily

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...