Saturday, March 12, 2011

371 rakyat Malaysia di Jepun selamat

KUALA LUMPUR 12 Mac - Setakat pukul 4 petang, Kedutaan Malaysia berjaya menghubungi 371 rakyat negara ini di Jepun yang terlibat dengan tsunami dan kesemua mereka berada dalam keadaan selamat.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar, rakyat Malaysia yang berada di kawasan teruk dilanda tsunami telah dipindahkan ke tempat lebih selamat yang dibina oleh kerajaan Jepun.

Katanya, Wisma Putra dan pihak kedutaan sentiasa memantau situasi semasa serta mendapatkan maklumat terkini daripada kerajaan Jepun.

"Malaysia juga menawarkan khidmat Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas (SMART) untuk membantu Jepun mencari dan menyelamatkan mangsa bencana tersebut," katanya.

Kementerian juga menasihati keluarga yang mahu menghubungi ahli keluarga yang berada di Jepun dengan menggunakan laman web yang disediakan oleh Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) iaitu http://www.familylinks.icrc.org/Web/doc/siterfl0.nsf/htmlall/familylinks-japon-eng

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...