Thursday, June 19, 2008

HASSAN MERICAN PATUT KENA OSA

Malam tadi sekali lagi saya berpeluang menengok drama swasta yang plot dan jalan ceritanya bercelaru dan berserabut . Tak tau mana hujung dan di mana pulak pangkalnya. Tajuk hebat : Isu Kenaikan Harga Minyak dan Penjelasan Terperinci Orang Kuat Petronas. Sejak siang lagi TV 1 , Tv 2 & TV 9 dah hebuh menyuruh semua rakyat jelata menengok dan mendengar cerita hebat ni.

Saya sungguh tak puashati sebab Hassan Merican tak bawak skrip yang secukupnya sebelum beraksi di depan kamera TV. Kelam kabut dan tergagap-gagap dia nak jawap soalan mudah dari ahli panel yang lain ( tak tau lah pulak saya kalau memang dia ni budak gagap ).

Sepatutnya dia mintak dulu soalan bocor seperti mana yang diminta oleh Mahathir satu ketika dulu. Sedangkan ada sapina mahkamah pun Mahathir boleh tolak tepi sebab dia yakin memang dia tak boleh nak jawab soalan yang akan dikemukakan di mahkamah. Hassan pulak memandai-mandai nak tunjuk terer jawap soalan spontan..

Itu nasib baik Johan sering cover line bila dia dah terbabas. Dua lagi anggota panel macam kesian aje nak tanya soalan sebab soalan yang mudah-mudah pun jenuh si Hassan ni meraban-raban kehujung tidak kepangkal pun bukan.

Saya cadangkan Hassan di tahan di bawah OSA bukan kerana apa tapi ada ker patut dia cakap dan beritahu semua orang bahawa

1 Bukan semua minyak yang dikeluarkan dan disedut oleh Petronas itu menjadi milik Petronas tetapi yang menjadi milik petronas hanya lebih kurag separuh sahaja. Yang selebihnya adalah milik syarikat carigali asing yang turut beroperasi sama di bumi bertuah ni.

2. Kerajaan turut memberi subsidi minyak kepada semua syarikat minyak yang ada di Negara ini.

3. Kos pengeluaran turut meningkat seiring dengan peningkatan harga minyak mentah yang dikeluarkan.

Saya Cuma nak usik 3 perkara ini saja walaupun puluhan lagi yang dah diluahkan oleh Hassan tapi saya rasa 3 perkara ini pun dah cukup untuk mensabitkan Hassan dah bukak rahsia rasmi kerajaan.

Bukan kah ini yang disembunyikan selama ini dan tidak pernah diberitahu kepada kita sebagai rakyat yang berhak untuk tahu ? Bila dah disembunyikan maklumat itu bermakna ia adalah rahsia. Kalau dah puluhan tahun dirahsiakan dan hanya PM atau dua tiga kerat sahaja yang tahu dan boleh tahu tidak boleh kah ianya dikategorikan sebagai rahsia rasmi.

Balik semula kepada cerita asal tadi .

1. Apakah selama ini Petronas ada perjanjian khas atau kontrak luarbiasa dengan syarikat asing yang memperuntukan bahagian-bahagian tertentu sebagai habuan bagi usaha carigali. Kalau pada peringkat awal penubuhan petronas iaitu sewaktu masih merangkak dulu ok lah tapi takkan lah perjanjian itu untuk selama-lamanya atau selagi ada bulan dan matahari.. Tak hairanlah kalau orang asing kata pembesar melayu tak pandai meniaga sebab senang aje boleh dikelentong.

2. Apakah Malaysia menjual minyak sama macam menjual air kepada Singapura. Kalau ikut cakap Hassan , pada pemahaman saya membawa maksud bahawa semua minyak dijual dan setiap syarikat ambik untung masing-masing. Lepas tu petronas kena beli semula minyak dari luar dan jual kepada pertonas dagang dan semua syarikat yang ada di Malaysia. Lepas diproses dan tanggung kos proses minyak dijual ikut harga yang ditetapkan oleh kerajaan dan kerajaan bayar subsidi kepada syarikat asing yang terpaksa jual ikut harga yang ditetapkan.. Kenapa tak biar syarikat asing tu beli sendiri ikut harga pasaran dan lepas jual ikut dia punya suka. Jadi rakyat boleh pilih stesyen yang murah yakni yang ada subsidi. Kalau macam ni punya system beruk pun boleh meniaga.

3. Kos pengeluaran naik selari dengan kenaikan harga bahan mentah yang dikeluarkan. Kalau macam kami orang kampong dah ada kebun ubi kayu belakang rumah yang dah keluar hasil. Logiknya kos pengeluaran hanya lah gaji untuk seorang pekerja . Kos lain tak kan naik sebab peralatan semua dah ada. Apakah petronas ada buat perjanjian lain bahawa kos pengeluaran tidak ditetapkan terlebih dahulu tetapi adalah berdasarkan peratus harga jualan minyak mentah yang dikeluarkan ? Kalau macam ni seekor lagi berok dah boleh meniaga.

Saya tak lah pandai sangat nak beri ulasan sebab sekolah tak tinggi dan jauh macam sesetengah orang tu. Tapi kalau setakat bila orang cakap Dolah ada rumah di Perth tu saya boleh bayang dan nampaklah tempatnya . Begitu jugak kalau ada orang sebut Bondi Beach , Blue Mountain, Lombong tinggal Ballarat atau Hyde Park ker atau Sidney Opera tak usah lah nak kelentong. Lebih-lebih lagi kalau ada yang nak perkonon saya tempat letaknya ANU ( Australia National Univ ) . Lupakan ajelah sebab mahir sangat saya dengan tempat tu.

Jadi tentang yang lain-lain biar lah orang lain pulak komen . Saya rasa untuk saya cukuplah takat ni sebab banyak makan nanti banyak berak banyak cakap nanti banyak pulak silap nya.

- Bila Orang Biol Bercakap

http://sibiol.blogspot.com/2008/06/hassan-merican-patut-kena-osa.html

18.06.2008

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...