Monday, June 23, 2008

Ismalina Ismail turut tawar diri tanding jawatan Ketua Puteri UMNO

23/06/2008 4:10pm

KULIM 23 Jun – Selepas Naib Ketua Puteri UMNO, Rosnah Abdul Rashid, seorang lagi pemimpin Pergerakan Puteri UMNO, Datin Ismalina Ismail hari ini menawarkan diri bertanding merebut jawatan ketua pergerakan itu pada pemilihan Disember ini.

Ismalina, 38, yang merupakan Exco Pergerakan Puteri UMNO Kebangsan mengakui, beliau sedang dalam siri jelajah ke seluruh negara bagi mendapatkan maklum balas ahli-ahli di peringkat akar umbi.

"Dalam menjayakan misi ini, saya banyak bergantung kepada sokongan daripada cawangan-cawangan dan ahli di peringkat akar umbi.

"Jika maklum balas memuaskan dan diberikan peluang, saya bersedia memikul tanggungjawab Ketua Pergerakan Puteri pada Disember ini,'' katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Ibu Bapa anjuran bersama

Pergerakan Puteri UMNO Negeri Kedah dan UMNO Bahagian Padang Serai di sini malam

tadi. - Utusan

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...