Monday, June 23, 2008

PM Tolak Cadangan naik gaji 100 peratus CEO TNB

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sahkan kerajaan tolak cadangan naikkan gaji CEO Tenaga Nasional Berhad 100 peratus.

Malah katanya bukan kenaikan di TNB sahaja tetapi tolak cadangan nak naikkan gaji semua CEO syarikat kaitan kerajaan (GLC).

Beliau nyatakan demikian semasa menjawab soalan wartawan pada sidang akhbar lepas majlis taklimat kepada Ahli Parlimen Barisan Nasional dan ahli Dewan Negara mengenai kenaikan harga minyak di Kementerian Penerangan tengahari ini.

Difahamkan cadangan itu dikemukakan oleh Khazanah Nasional Berhad. “Bagi GLC cadangan-cadangan untuk kenaikan itu dikemukakan kepada Perbendaharaan dan Perbendaharaan telah buat keputusan tidak meluluskan cadangan-cadangan itu,” katanya.

BERITA SEBELUM INI: Kerajaan telah menolak cadangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) naikan gaji CEOnya 100 peratus.Agendadaily difahamkan Menteri Kewangan Kedua Tan Sri Nor Mohamed Yackop akan buat kenyataan rasmi mengenainya.

Sebelum ini cadangan berkenaan telah mencetuskan ‘ hu ha’ dalam sentimen kenaikan harga minyak sekarang.

http://www.agendadaily.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...