Sunday, July 20, 2008

Mat Taib Lupa Sejarah Hitam Selangor Di Bawah BN

BENDAHARA TUN PERAK

Assalamualaikum,

Kenyataan Ketua Penerangan UMNO, Muhammad Muhd Taib bahawa Pakatan Rakyat retak berikutan insiden Ahli Parlimen Kelana Jaya ditumbuk Setiausaha Sulit Menteri Besar Selangor amat terpesong dengan fakta sebenar. Nampak sangat beliau cuba menipu rakyat akan sejarah hitam negeri Selangor.

Insiden Ahli Parlimen Kelana Jaya ditumbuk itu berlaku akibat salah faham antara kedua belah pihak. Malahan kedua belah pihak telah pun bermaafan sesama mereka dan krisis ini telah berjaya diselesaikan dengan baik oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Namun yang menarik perhatian saya ialah kenyataan Muhammad Muhd Taib yang mengatakan bahawa Pakatan Rakyat tidak bijak menangani isu kaum dan agama. Menurut Muhammad Muhd Taib, sepanjang BN memerintah Selangor sejak 1957, tiada insiden sebegini berlaku. Nyata Muhammad Muhd Taib cuba memutarbelit fakta.

Semasa BN memerintah Selangor, satu rusuhan kaum terbesar dan terburuk dalam sejarah negara berlaku pada tahun 1969. Jangan kita lupa fakta itu. Sejarah membuktikan bahawa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 berpunca daripada UMNO, GERAKAN dan MCA.

Kegagalan Datuk Harun Taib, Menteri Besar Selangor pada waktu itu mengawal keadaan tegang antara UMNO dan MCA dan Gerakan menyebabkan berlaku rusuhan kaum yang meragut ratusan nyawa yang tidak berdosa. Lebih kurang 196 orang terbunuh akibat daripada rusuhan ini.

Ekoran daripada itu, negara diistihar darurat dan ditadbir oleh MAGERAN dan menjadi punca kejatuhan Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia pertama.

Kegagalan UMNO ini juga menjadi punca Kuala Lumpur diserahkan kepada kerajaan persekutuan dan menjadi Wilayah Persekutuan bagi memecah undi orang Melayu dan Cina, sedangkan Tunku Abdul Rahman tidak pernah bercadang mengambil Kuala Lumpur sebagai Wilayah Persekutuan.

Sebaliknya Tunku mahu menjadikan Janda Baik sebagai Putrajaya (pusat pentadbiran kerajaan persekutuan) pada waktu itu. Pengambilan Kuala Lumpur dicadangkan sendiri oleh Menteri Besar Selangor pada waktu itu iaitu Harun Taib. Akibatnya ibu negeri Selangor, Kuala Lumpur 'tergadai' dan sekarang Putrajaya pulak yang tergadai.

Ini jelas menunjukkan kegagalan UMNO dan BN dalam menangani isu antara kaum dan agama hingga berlaku rusuhan berdarah 13 Mei 1969. Sedangkan kerajaan PAS di Kelantan dan Terengganu, rusuhan dan ketegangan kaum tidak pernah berlaku. Ketegangan kaum yang berlaku di Selangor pada masa ini pun disebabkan fitnah dan adu domba UMNO yang cuba memburukkan kerajaan Pakatan Rakyat.

Jelas, UMNO yang suka bergaduh BUKAN Pakatan Rakyat.

Wallahualam....
rujukan wikipedia.com, buku Sa-belum dan Sa-sudah 13 Mei karangan Tunku Abdul Rahman Pura Al-Haj.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...