Wednesday, August 13, 2008

Najib Umum Calon BN Permatang Pauh Malam Ini - BERNAMA

13 Ogos, 2008 19:25 PM

BUKIT MERTAJAM, 13 Ogos (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengumumkan malam ini calon Barisan Nasional bagi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Permatang Pauh 26 Ogos ini.

Timbalan Perdana Menteri berkata beliau akan membuat pengumuman itu bagi pihak Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

"Ya kita sudah membuat pilihan calon yang akan bertanding," katanya kepada pemberita di sini Rabu.

Najib dijadual melancarkan jentera BN bagi pilihan raya kecil itu malam ini di Pusat Konvensyen Sunway Carnival.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan pengunduran penyandangnya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat pada 31 Julai lepas bagi memberi laluan kepada suaminya yang juga penasihat parti itu Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Penamaan calon ialah pada Sabtu ini.

-- BERNAMA

1 comment:

Unknown said...

Good good good......

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...