Friday, June 6, 2008

Kekayaan Petronas tidak pernah dinikmati rakyat

KUALA LUMPUR, 6 Jun (Hrkh) - Malaysia merupakan negara pengeluar hasil minyak dan mempunyai keuntungan yang berlipat ganda namun kekayaannya tidak dinikmati sepenuhnya oleh rakyat jelata, malah semakin hari semakin dihimpit dengan kos sara hidup dan beban yang tinggi.

Malaysia kaya kerana keuntungan yang diperolehi daripada perniagaan Petronas setiap tahun. Petronas mencatatkan keuntungan kira-kira RM35.5 billion pada tahun kewangan 2004-2005 iaitu satu kadar yang jika dibahagi jumlah warganegara Malaysia maka setiap individu akan memperolehi RM1,500 seorang bagi setahun.

Keuntungan ini tidak termasuk RM3.12 billion yang dibayar kepada kerajaan dalam bentuk cukai, duti dan pembayaran royalti. Dan adalah dijangkakan bagi tahun berakhir 2005-2006 pula pendapatan ini akan mencecah RM50 billion dan ini bermakna setiap rakyat Malaysia akan menerima RM2,000 seorang, menurut tulisan tuntelanai blog tahun lalu. Malah Penasihat Petronas Tun Dr Mahathir Mohamed menyatakan bahawa keuntungan Petronas melebihi RM70 billion dan kerajaan yang sedia ada ‘melimpah wang’.

Sungguhpun begitu perbelanjaanya dilihat tidak bertunjangkan kepada kebajikan rakyat dan sering kali dibelanjakan dengan tidak cermat, dibazirkan, tidak digunakan secara berhemah untuk membantu rakyat yang miskin dan daif.

Bayangkan menurut pendedahan Ketua Menteri Pulaua Pinang Lim Guan Eng baru-baru ini Petronas membelanjakan sejumlah RM3.5 juta sebulan untuk membiayai Malaysian Philharmonic Orchestra iaitu orkestra yang diwujudkan oleh kerajaan sejak 10 tahun dahulu atas biaya Petronas.

Difahamkan Okestra ini dianggotai oleh hanya lima peratus dari kalangan rakyat Malaysia manakala selebihnya adalah pemain muzik yang diimpot, malah konduktor orkestra dibayar RM130,000 dan pembantunya RM50,000 sebulan dilihat lebih mahal dari elaun Menteri-menteri Besar dan Menteri Kabinet Malaysia.

“Beginikah caranya Petronas menyalurkan keuntungannya kepada rakyat,sedangkan persembahan orkestra ini hanya dinikmati oleh kurang dari satu peratus rakyat Malaysia yang rata-rata dari golongan elit dan berada?” kata Roslan Sms yang menyiarkan pendedahan itu dalam blognya.

Pemerhati politik berpendapat wang Petronas banyak sekali dihabiskan melalui projek-projek yang tidak menguntungkan rakyat dan dilihat hanya menguntungkan pemimpin Umno dan kroni-kroninya seperti senarai di bawah :

i. Membail-outkan Bank Bumiputra (kini CIMB) dua kali bernilai RM4.86 billion akibat pengurusan bank tidak ada integriti salah urus dan melonggarkan syarat-syarat pemberian pinjaman yang besar kepada kroni-kroni yang tidak dibayar balik pinjaman

ii. Membeli bon kerajaan sendiri bernilai RM3.8 billion.

iii. Membina gelanggang Formula 1 berharga RM286 juta dan setiap kali ada perlumbaan Petronas akan menjadi hostnya berbillion ringgit dikeluarkan.

iv. Beli HICOM (Proton) berharga RM999.4 juta dan selesaikan hutang RM1,299.6 juta.

v. Membangunkan Putrajaya dan MSC berharga RM22 billion

vi. Bail-out MAS sebanyak RM668.8 juta

vii. Penubuhan Dana Harta sebagai modal permulaan sebanyak RM4.56 billion

viii. Membina KLCC berharga RM1.8 billion. Maintenance sebulan bernilai RM95,000.00, setahun sudah menjadi RM108 juta

ix.Membina KLIA sebanyak M9 billion, peruntukan tahunan sebanyak RM900 juta.

Semua yang berlaku ini dilihat hanya untuk menyelamatkan dan mengkaya pemimpin semata-mata termasuk mengekalkan kuasa yang sedia ada.

Akibat daripada itu rakyat dibebankan dengan kenaikan harga petrol tertinggi dalam sejarah tanah air pada Rabu lalu yang mana kenaikan ini turut mempengaruhi kenaikan harga barangan dan perkhidmatan di pasaran, diikuti kenaikan kadar tarif elektrik. Kenaikan ini menyebabkan kehidupan rakyat tertekan dan dihimpit dengan kemiskinan yang melampau.

Ketika harga minyak di pasaran antarabangsa meningkat sampai USD130.00 setong menyebabkan kantung Petronas juga turut mendapat keuntungan kerana Malaysia juga merupakan salah sebuah negara pengeksport minyak dunia yang terkenal (menjadi ahli OPEC), tetapi nasib rakyat Malaysia amat malang mendapat pemimpin yang tidak cekap mengurus dana negara.

Apakan tidak, sepatutnyalah harga minyak diturunkan, tetapi dengan tiba-tiba arahan dikeluarkan untuk menarik balik subsidi minyak kononnya kerajaan tidak mampu lagi dan ramai yang membuat kesimpulan sejak Petronas ditubuhkan pada tahun 70an, rakyat tidak pernah menadapat manfaat dan menikmati kekayaan hasilnya.

http://www.harakahdaily.net

Satu Malaya Berhimpun !Kita Turunkan Harga Minyak


Kami Sokong Paklah !! Satu Malaya Berhimpun !

Pengalaman saya pada malam tadi tidaklah mengerikan. Bukan selalu nasib yang sangat baik menyebelahi saya, tetapi malam tadi saya begitu tenang dan selesa.

Ini kerana, sehari sebelumnya saya telah mengisi fulltank dan atas sebab itu, saya tidak pun menjenguk mana2 stesen minyak kerana mendapat maklumat bahawa semua jalan, yang ada stesen minyak atau yang takde stesen minyak telah JEM.

Orang yang nak isi minyak, dia punya Q jangan cakaplah. Orang yang taknak isi minyak pun secara tidak langsung terpaksa bergelut dengan orang minyak untuk melepaskan kenderaan mereka dari kawasan pergelutan orang-orang minyak.

Saya call rocky bru untuk tanya mengenai pangilan piket, dan beliau rupanya lebih tinggi melompat dan bunyinya agak trauma sikit kerana Rocky Bru menggunakan kenderaan berinjen diesel.

ok, fullstop cerita pengalaman indah, mari cerita pasal fakta.

Tindakan paklah dengan mengambil risiko politik yang sangat besar ini bakal mengundang padah. Katanya, 13billion yang ‘diselamatkan’ dari pengurangan subsidi minyak itu akan “disalurkan” ke arah menangani krisis makanan dunia. that was bullshit !!

Soalan saya, apakah besarnya 13billion itu berbanding projek mega koridoraya yang mencecah 1trilion? Keuntungan Petronas jangan cerita lah, kononya bukan hak kita. Dimaklumkan bahawa, setiap kenaikkan 1 US Dollar, Malaysia atau Petronas akan untung sebanyak 2ratus juta RM ! Ianya berkadar terus, bukan berkadar songsang !! Oleh demikian, dengan status harga minyak dunia mencecah $130 sebarel, agak2 berapa la kita orang Malaysia untung ?

Kita nie pulak orang Malaysia, penduduknya kelas bawahan, takde kelas, tak layak nak guna minyak berkualiti tinggi. Minyat ’sweet’ keluaran Malaysia nie hanya layak digunakan oleh orang2 eurupe sahaja kerana darjat mereka yang tinggi dan juga, bekas penjajah kita dulu. Bukankah itu yang mereka ajar suatu masa dulu???

Indonesia yang negaranya berpenduduk 2ratus juta++ itu pun hanya mengalami kenaikkan 30%, mengapa kita naik sehingga hampir 50%?

Akhir sekali mari kita kaji apa kelebihan yang kerajaan bagi melalui skim rebate insuran. Untuk motorsikal, RM150 rebate manakala untuk kereta, RM625 rebate. Setahun ada 12 bulan dan 365 hari. So;

Motor - RM150 setahun = RM12.5 sebulan = RM0.42 sehari.

Moto kalau nak isi 42sen sehari, boleh sampai mana??

Kereta - RM625 setahun = RM54.1 sebulan = RM1.74 sehari.

Sehari nak isi RM1.74 ??? woi paklah, aku nak beli seliter minyak (harga lama) pun tak cukup!!

Saya sebenarnya agak saiko dengan kenaikkan ini, saya rasa ada yang sampai tahap trauma. Cuba kita fikir golongan di bawah pertengahan.

Oklah, sampai di sini dulu. Saya harap kita semua bersedia untuk berpiket (demonstrasi). kita kena bantah kenaikkan ini. SATU MALAYA HARUS BERHIMPUN.

http://edyesdotcom.blogspot.com

Sepanyol makin gah

SANTANDER, Sepanyol – Sepanyol terus mengekalkan kehebatan sebagai pasukan yang tidak dapat ditewaskan untuk 16 perlawanan berturut-turut apabila menewaskan Amerika Syarikat 1-0 pada perlawanan terakhir sebelum saingan Kejohanan Eropah (Euro 2008).

Bagaimanapun, gol tunggal yang dijaringkan oleh Xavi Hernandez pada minit ke-79 itu telah menukar keseluruhan perlawanan apabila ia menjadi tegang dan tidak teratur.

“Jika kami bermain dengan rentak yang sama seperti di separuh masa pertama, ia akan menjadi sukar. Kami tidak mempunyai pilihan.

“Mempunyai pemain di bahagian sayap pasukan, kami boleh menghasilkan lebih banyak peluang dan ia adalah perlawanan baik kami dalam bola sepak,” kata jurulatih Sepanyol, Luis Aragones.

Pemain tengah Barcelona, Xavi menyentak semangat penyokong Amerika Syarikat apabila berjaya menewaskan penjaga gol gantian lawan, Brad Guzan menerusi percubaan rendah.

“Mereka (Sepanyol) tidak banyak mempunyai peluang pada perlawanan tersebut dan saya fikir, jika itu sahaja yang boleh dilakukan oleh mereka, ia seharusnya menjadi tumpuan utama untuk difikirkan.

“Adakah itu sahaja cabaran yang boleh diberikan oleh mereka apabila bermain dalam perlawanan akhir sesi pemanas badan, sebelum menyertai kejohanan besar dan ia sebahagian daripadanya,” kata jurulatih Amerika Syarikat, Bob Bradley.

Pada perlawanan menentang Peru, Satu lalu, Sepayol menjaringkan gol di masa kecederaan untuk menang 2-1.

Kemenangan kali ke-33 yang dicapai oleh Aragones itu menyaksikan dia telah melepasi Miguel Munoz, iaitu jurulatih kedua Sepanyol paling berjaya membimbing pasukan tersebut.

Aragones yang berusia 69 tahun itu mendahului Javier Clemente dengan tiga kejuaraan setakat ini.

Sepanyol akan membuka saingan Kumpulan D Euro 2008 dengan bertemu Rusia, Selasa ini dan diikuti pertemuan seterusnya dengan Sweden dan penyandang juara, Greece.

“Kami akan bersaing. Suasana dalam pasukan adalah terbaik setakat ini dan jurulatih mempunyai keyakinan bahawa kami boleh melakukannya,” kata pemain konsisten Sepanyol, Xavi.

Pada perlawanan tersebut, beberapa pemain utama tidak dapat diturunkan, termasuk penyerang berbisa David Villa yang masih dibelenggu dengan kecederaan teruk serta Andres Iniesta yang mengalami keracunan makanan.

Ketiadaan pemain tersebut mungkin mendorong Aragones menggunakan Fernando Torres sebagai penyerang solo, iaitu seperti sistem yang digunakan olehnya untuk memperoleh kedudukan teratas dalam kumpulan ketika kelayakan Euro 2008.

utusan online

Gamberini ambil tugas Cannavaro

MOEDLING, Austria - Pemain pertahanan, Alessandro Gamberini menyertai skuad bola sepak Itali ke Kejohanan Eropah (Euro 2008), kelmarin dan menyertai sesi latihan pertamanya sejak menggantikan ketua pasukan, Fabio Cannavaro.

Jurulatih Roberto Donadoni memiliki Marco Materazzi dan Andrea Barzagli yang digandingkan bersama di pertahanan tengah dalam sebuah pasukan ketika satu latihan separuh padang manakala benteng Fiorentina, Gamberini bermain dengan Giorgio Chiellini di pasukan lain.

Juara Piala Dunia itu memulakan latihan, setengah jam lewat gara-gara petir.

Cannavaro terkoyak ligamen buku lalinya, Isnin lalu dalam sesi latihan pembukaan Azzurri pada Euro dan menjalani pembedahan semalam di Vienna.

Presiden UEFA, Michel Platini membenarkan Cannavaro diberi satu tauliah khas supaya dia boleh terus bersama skuad Itali.

Menampilkan gaya rambut Mohawk, Gamberini yang hanya bermain dua kali untuk Itali berbual seketika dengan Donadoni sebelum perlawanan latihan.

utusan online

Zabidi rampas gelaran pecut - Siti Fatima ungguli gelaran 100 meter wanita

KUALA TERENGGANU – Atlet tuan rumah, Mohd. Zabidi Ghazali dan Siti Fatima Mohamad dari Johor merampas gelaran raja dan ratu pecut 100 meter akhir Sukan Malaysia XII, semalam.



JUARA baru... Atlet Terengganu, Mohd. Zabidi Ghazali meraikan kejayaannya mengungguli larian 100 meter lelaki Sukma XII di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, semalam

Mohd. Zabidi dan Siti Fatima yang merupakan atlet kebangsaan mencatat kepantasan 10.57s saat dan 11.82s.

Dalam pada itu, Terengganu mula menunjukkan taring apabila menduduki tempat teratas pungutan pingat emas dengan memintas Sarawak pada hari keenam temasya.

Majoriti emas Terengganu disumbangkan oleh pasukan kanu yang beraksi di Taman Rekreasi Tasik Putri, Bukit Besi, Dungun selepas menyapu bersih enam emas.

Malah, atlet lontar peluru tuan rumah, Adi Alifuddin Hussein juga berjaya memadamkan rekod lama kejohanan yang dilakukannya sendiri selepas berjaya melakukan lontaran sejauh 15.87 meter untuk menggondol emas.


pelari pecut Johor, Siti Fatimah Mohamad (kiri) mencecah garisan penamat untuk pingat emas 100 meter wanita di Kuala Terengganu, semalam.


Sementara itu, kepantasan larian 11.82s Siti Fatima, semalam memadam rekod kejohanan milik sendiri yang dicatatnya dalam saringan separuh akhir, kelmarin.

Pingat perak pula dimenangi pelari Pulau Pinang, Nor Jannah Jamaluddin manakala gangsa, Siti Nurhayati Zulkifli dari Wialayah Persekutuan.

Mohd. Zabidi pula mencatat masa terbaik peribadi untuk memenangi emas dengan menewaskan juara bertahan, Mohd. Latif Nyat (10.64s) dari Johor, manakala Daniel Azwan Amar dari Perlis ketiga (10.82s).

Sementara itu, atlet Selangor, Lee Hup Wei memadamkan rekod 14 tahun lompat tinggi kejohanan dengan melakukan lompatan 2.20m, mengatasi catatan yang di buat Loh Kum Zee 2.15m di Sukma 1994 Perak.

Acara renang sekali lagi menyaksikan Foo Jian Beng memecahkan rekod kebangsaan melalui kategori 50 meter renang gaya bebas dengan catatan 23.45 saat, memadam rekod lama kejohanan milik Allan Ong pada Kejohanan Terbuka Kuala Lumpur.

Ini merupakan kali kedua Jian Beng memadamkan rekod kebangsaan milik Allan selepas berjaya kali pertama melalui 100m gaya bebas.

Secara keseluruhan, tuan rumah masih selesa di tangga teratas ekoran acara renang dan wushu yang didominasi peserta Sarawak sudah berakhir.

Apa pun, hari ini tumpuan pasti terarah ke acara olahraga di mana kategori 400m lari berpagar lelaki dan wanita, 1,500m lelaki dan wanita, 4X100m lelaki dan wanita akan diadakan dan kemungkinan lebih banyak rekod yang bakal dipecahkan.

petikan utusan online

Pemberian air percuma seperti dijanjikan

SHAH ALAM 5 Jun - Kerajaan campuran Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas Selangor memberi jaminan rakyat di negeri itu akan menikmati kemudahan air percuma bagi 20 meter padu pertama bermula bulan ini seperti yang dijanjikan.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, sebarang permasalahan antara pihak-pihak berkaitan berhubung pemberian air percuma yang timbul sebelum ini telah diselesaikan.

"Kita berjaya menemui kaedah penyelesaian berhubung masalah yang timbul sebelum ini.

"Mulai esok semuanya selesai dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) akan mengenakan potongan untuk 20 meter padu pertama air pada bil pengguna," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian cek sumbangan Piala Sultan Selangor 2008 yang dihadiri Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di sini hari ini.

Bermula 1 Jun, kira-kira 1.5 juta pengguna meter individu di Selangor akan menerima air percuma sebanyak 20 meter padu sebulan atau bersamaan RM11.40 sebagai memenuhi satu daripada manifesto yang dijanjikan oleh pakatan pembangkang dalam kempen pilihan raya umum lalu.

Bagaimanapun, Syabas dalam kenyataannya hari ini memaklumkan akan mengeluarkan bil air kepada pengguna di Selangor seperti biasa tanpa sebarang penurunan atau potongan subsidi sehingga ada arahan bertulis daripada kerajaan negeri dan Pusat.

Keputusan itu dibuat kerana perbincangan antara Syabas dengan kerajaan negeri Selangor masih belum ada keputusan berikutan banyak perkara yang perlu diambil kira seperti perundangan, kos dan kelulusan kerajaan Pusat.

Ditanya tindakan Syabas itu, Abdul Khalid menjelaskan, terdapat salah faham antara syarikat tersebut dengan kerajaan negeri.

"Persoalan yang timbul adalah siapa yang sepatutnya mengeluarkan surat arahan kepada Syabas.

"Sebenarnya arahan rasmi datangnya daripada Kumpulan Darul Ehsan Berhad (yang memiliki 30 peratus saham dalam Syabas) dan bukan kerajaan negeri," ujarnya.

Sementara itu pada majlis tersebut, Sultan Sharafuddin menerima cek-cek sumbangan bernilai RM800,000 daripada para penaja Piala Sultan Selangor 2008 yang akan berlangsung esok di Stadium Shah Alam.

Piala Sultan Selangor yang diperkenalkan pada 2001 akan menampilkan aksi dua perlawanan persahabatan antara Pilihan Selangor bertemu Pilihan Singapura dan Veteran Selangor bertemu Veteran Singapura.

Pengunjung yang membeli tiket perlawanan bernilai RM5 berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik dan menyaksikan persembahan hiburan oleh artis-artis popular seperti Ella, Mas Idayu serta David Arumugam daripada Kumpulan Alleycats.


petikan utusan online

Rebat tunai di 686 pejabat pos

KUALA LUMPUR 5 Jun - Bayaran subsidi minyak kepada pemilik kenderaan persendirian boleh ditunaikan di 686 rangkaian pejabat pos di seluruh negara.

Urusan pembayaran balik rebat tunai itu berkuat kuasa pada 1 Julai ini.

Pemangku Pengarah Urusan Pos Malaysia Berhad, Datuk Abu Huraira Abu Yazid dalam satu kenyataan hari ini memberitahu, pihaknya bersedia mengendalikan urusan pembayaran balik rebat tunai seperti yang diarahkan oleh kerajaan.

"Selaras dengan keputusan kerajaan, pemilik kenderaan yang layak mendapatkan subsidi ini boleh mengemukakan tuntutan mereka di pejabat pos mulai 1 Julai,'' katanya.

Beliau berkata, pemilik kenderaan yang memperbaharui cukai jalan dari 1 April lalu sehingga 31 Mac tahun hadapan boleh mendapatkan bayaran balik subsidi tahunan sebanyak RM625 bagi setiap kenderaan.

Abdullah turut berkata, pemilik motosikal persendirian berkapasiti enjin sehingga 250cc akan menerima bayaran tunai sebanyak RM150 setahun dan bayaran tunai itu akan dibuat oleh Kementerian Kewangan melalui Pos Malaysia.

Abu Huraira berkata, pemilik kenderaan yang datang sendiri untuk mendapatkan subsidi tersebut di pejabat pos akan menerima bayaran secara tunai.

Katanya, bagi mereka yang melantik pihak ketiga untuk mendapatkan subsidi ke atas pemilikan kenderaan tersebut, pemiliknya akan menerima subsidi dalam bentuk Kiriman Wang.

Beliau berkata, orang ramai perlu menunggu pengumuman berhubung prosedur dan dokumen yang perlu dikemukakan sebelum pembayaran subsidi dilakukan.

"Maklumat lanjut untuk pembayaran subsidi akan diumumkan dalam tempoh terdekat,'' katanya.

Untuk maklumat lanjut orang ramai boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan Pos Malaysia di talian 1-300-300-300 atau layari laman web www.pos.com.my.

petikan utusan online

Desak kaji semula - Rakyat anggap harga baru petrol, diesel membebankan


HARGA BARU... Pemilik kenderaan, Izreen Munira Mohamed Zakri mengisi minyak sebanyak RM50 di sebuah stesen minyak di Sungai Besi, Kuala Lumpur, semalam dan dia hanya mendapat 18.49 liter berbanding 26 liter sebelum harga petrol dinaikkan kelmarin.– Gambar DJOHAN SHAHRIN SHAH


KUALA LUMPUR 5 Jun – Kerajaan diminta mengkaji semula harga baru petrol dan diesel yang masing-masing naik 78 sen dan RM1 seliter kerana ia membebankan rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Saranan supaya kenaikan itu disemak kembali dibuat kerana orang ramai menjangkakan kenaikan harga petrol dan diesel akan menyebabkan harga barangan keperluan, kos perkhidmatan dan tambang pengangkutan awam akan menjadi bertambah mahal.

Orang ramai yang ditemui hari ini menghargai langkah kerajaan terus memberikan subsidi kepada mereka berikutan kenaikan harga bahan api itu tetapi berharap harganya diturunkan sedikit kerana kenaikan kali ini terlalu tinggi.

Kenaikan harga petrol kepada RM2.70 seliter dan diesel kepada RM2.58 seliter merupakan peningkatan sebanyak 40 peratus dan 63 peratus berbanding harga sebelumnya.

Tinjauan Utusan Malaysia di beberapa negeri termasuk di Kedah, Johor, Pahang dan Pulau Pinang mendapati orang ramai mengakui kenaikan harga barangan akibat penstrukturan semula subsidi minyak tidak dapat dielakkan.

Kenaikan harga minyak, menurut mereka, akan menyebabkan kos yang ditanggung oleh pelbagai pihak khususnya peniaga meningkat menyebabkan mereka terpaksa menaikkan harga barangan dan perkhidmatan bagi menampung kos pengangkutan.

Seorang peniaga kedai runcit di Johor Bahru, Tan Lian Chu, 40, berkata, kenaikan harga minyak memberi impak besar kepada pengguna, peruncit dan pemborong yang saling berkaitan antara satu sama lain.

“Bahan mentah selalunya tidak menentukan harga kerana ia sekejap naik, sekejap turun, tetapi apabila harga petrol naik, pasti akan berlaku kenaikan harga,” katanya.

petikan utusan online

Harga Minyak Yang Terburuk Dan Melampau…Pemimpin Menipu.. Rakyat Ditipu

KUALA LUMPUR (BebasBersuara): Kenaikan yang melampau! Pemimpin menipu, rakyat ditipu! Itulah ungkapan yang boleh diluahkan berikutan kenaikan harga minyak yang melampau.

Kenaikan petrol RM2.70 seliter berbanding RM1.92 sebelum ini manakala diesel Rm2.58 amat membebankan dan rakyat seolah-olah ditipu para pemimpin kerajaan yang mana mengatakan tiada kenaikan sehingga Julai atau Ogos. Datuk Shahril, menteri yang bertanggungjawab juga berulang kali membayangkan kenaikan hanya sekitar Ogos sebaliknya Pak Lah menaikkannya tanpa sebarang tanda-tanda awal.

Tinjauan BebasBersuara ke stesen-stesen minyak mendapati kenderaan berpusu-pusu dan kesesakan yang agak panjang berlaku. Lebih dikesali ada pengusaha stesen minyak menutup beberapa pam dan hanya membuka 2 atau 3 pam sahaja dengan alasan kehabisan minyak.

Bayangkan jika rakyat di Sabah yang agak miskin menikmati harga petrol baru, kita akan melihat kemungkinan ada keluarga yang akan makan bukan saja ubi kayu sebaliknya siput babi juga.

Para pemimpin Sabah yang sayangkan anak bangsa mu, diharapkan terus memberikan “nasihat” kepada pemimpin BN pusat agar tidak memperbodohkan rakyat dengan tindakan ini.

http://kebebasanbersuara.blogspot.com

Thursday, June 5, 2008

Pakatan Rakyat komited turunkan harga minyak - Anwar


Azamin Amin
Thu | Jun 05, 08 | 11:22:05 am MYT

KUALA LUMPUR, 5 Jun (Hrkh) - Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim membantah keras sikap Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang terus mengabaikan tanggung jawab dan membebankan rakyat berikutan kenaikan harga bahan bakar yang diumumkan semalam.

"Saya ulangi pendirian saya dan Pakatan Rakyat untuk menurunkan harga minyak dan meletakkan asas ekonomi manusiawi," katanya dalam satu kenyataan media kepada Harakahdaily sebentar tadi.

Beliau menyatakan kenaikan tersebut menyebabkan kehidupan rakyat semakin rumit yang akan merebak kepada kenaikan taraf elektrik, kos pengangkutan dan harga barang keperluan yang lain.

"Persoalannya keuntungan Petronas yang jenuh melimpah tertiris dan bocor ke mana? Tidak ada pertanggungjawaban waima kepada Parlimen sekalipun.

"Yang arif mengenai kedudukan kewangan Petronas hanya Perdana Menteri dan yang terserlah adalah projek mega dan koridor (ekonomi)!" katanya yaang membidas pembaziran wang rakyat oleh kerajaan.

Beliau menyatakan bahawa rakyat bukan sahaja dinafikan maklumat malah limpahan dan habuan dari khazanah utama negara tidak dirasakan tetapi manfaatnya hanyalah buat keluarga dan kroni yang sekonyong-konyong dianugerah kontrak dan projek.

"Inilah yang kami sering ungkapkan sebagai pengurusan ekonomi yang lembab dan tidak bertanggungjawab. Amalan hidup pimpinan negara terus boros, pembaziran dan rasuah terus berleluasa.

"Setelah gagal mengurus ekonomi dan menjamin keselesaan hidup rakyat, pimpinan Umno-BN seharusnya berundur!" katanya. - tajdid

Petikan Harakah Daily

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...