Thursday, July 3, 2008

Musang dan Bapak Ayam?

Sumber: Laman Marhaen


Dua tiga kerat kawan2 ada dok sms dan email aku mengasak tanya apa yang aku tau pasai drama rtm yang diulang tayang sekarang ni? Terus terang aku cakap, aku tau apa yang semua orang tau. Apa yang rakyat tau. Aku tatau apa yang orang tak tau. Setakat ini, itu sahajalah tahap pengetahuan aku.

Dan depa dok tanya lagi, apa yang hang tau pasai saiful? Aku reply pendek "cukup untuk aku tau yang budak ni, secara peribadi aku dan dia, tak bulih pakai langsung".

Tapi biasala, manusia. Memang tak puaih dengan jawapan pendek2. Depa nak jawapan tepat. Jawapan penuh. Jawapan yang boleh puaskan hati. Jawapan yang kalau boleh mengikut spesifikasi pegawai penyiasat polis cawangan khas. Dan kebanyakan soalan mereka selalunya disimpulkan "kalau dah tau, pasaipa tak habaq?".

Pertamanya, biaqla aku jelaskan bahawa perkara ni dah pun dihabaqkan. Dalam intenet la ni semua dah tau kata benda ni dah sampai ke makluman office Anwar. Even uncle Din pun dah quote dalam blognya bahawa depa berhati2 dengan musang ni. Masalahnya di sini ialah benda2 macam ni dihabaqkan oleh orang luaq. Orang yang tadak kena mengena dengan office. Untuk pengetahuan, bukan maklumat saiful ni saja dihabaqkan kepada office, malah aku pasti ratusan malah ribuan lagi maklumat telah disampaikan kepada office tentang pelbagai perkara tentang identiti individu2 yang ada dalam office, parti, pakatan dan sebagainya. Soalannya, nak kita laboh, tendang, terajang dan taicikan semua manusia2 ni ka? Dapat2 info terus pecat, belasah, dan letupkan dengan c4? Nak kena buat lagutu ka?

Tambah2 bila info disampaikan daripada orang luaq. Dan sebagai boss, hang convince dengan orang luaq atau orang dalam? Bila orang yang hang tak kenai mai dok cerita kat hang keraguan peribadi staff hang, hang nak belasah terus staff hang? Mesti la hang tanya dulu semua staff macamana budak saiful ni? Mungkin jawapan dari staff kata saiful tuang teh tak pernah melimpah masuk dalam piring, angkat bag tak pernah mengah, dan talipon tak pernah tak dijawab. Maka boss besar mendapat reply yang "OK".

Saiful tak bekerja di bawah anwar, dia bekerja membantu staff office anwar. Ibrahim Yakob. Manusia aneh yang mintak CV semua orang yang nak jumpak Anwar. Aku tataula samada semua orang dia mintak CV, tapi yang aku boleh pastikan, dia mintak CV semua pimpinan AIC yang nak berjumpa Anwar. Mintak CV??? Enough about Pak Brahim, mungkin bukan dia yang mintak agaknya. Tapi aku berani kerat jari bukan Anwar yang mintak. Lagipun Anwar memang dah kenal lama dengan pimpinan AIC. Akhirnya pertemuan berjaya juga diaturkan tanpa sebarang CV dihantar setelah Anwar menerima permintaan AIC dengan menjemput sendiri AIC bertandang ke rumahnya , berbincang sambil minum teh dan coq badak. Walaupun agak aneh sebab pertemuan tertutup tu juga dihadiri oleh saiful yang tanpa dijemput , mengambil tempat di meja perbincangan.

Ok, berbalik kepada "kalau dah tau, kenapa tak belasah?". Aku jawab ringkas sekali lagi : kita membenci ISA - akta yang membenarkan tangkapan (baca HUKUMAN) tanpa siasatan. Adakah siasatan telah dibuat terhadap saiful sejurus mendapat maklumat? Ya. Adakah siasatan telah membuat kesimpulan yang memuaskan untuk memecat saiful? Aku tatau, tapi pada hari pertemuan AIC dan Anwar (lihat laporan AIC), saiful masih lagi berada di situ membantu menuang teh dan menyusun piring di atas meja. Sebagai seorang majikan, kita tak boleh memecat tanpa sebarang bukti salahlaku serious. Sehingga hari terakhir, saiful masih berjaya menuang air teh tanpa melimpah ruah ke piring. Dan susunan coq badak dalam pinggan pun masih konsisten, tujuh bijik setiap pinggan. Kalau aku sebagai majikan, aku tak boleh pecat dia lagi hanya sebab dia bergambar dengan P.A Najib dan mendengar laporan dari orang luar. Itu lah alasannya. Bertindak secara profesional.

Cerita tentang saiful ni mendapat perhatian selepas berlakunya laporan polis. Terdapat mala fide terhadap tindakannya kerana ada amaran2 awal. Ianya dikuatkan lagi dengan akuan rahimi osman dalam akhbar Suara Keadilan, seorang lagi "bell boy" yang membantu Anwar ketika semua staffnya mengambil bahagian dalam PRU12 baru2 ini. Seperti yang dilaporkan, rahimi mengesahkan dia mengetahui kelibat musang ini dan mempunyai bukti2 kukuh untuk membuktikan bahawa kes ini mempunyai mala fide. Rahimi osman adalah sahabat baik kepada saiful musang.

Laporan2 internet melegarkan bahawa mereka akrab dari sekolah lagi, terpisah seketika, dan kembali bersatu tak kala semua sibuk berperang.
Rahimi osman, seperti yang dilegarkan di ruang maya, dikatakan "meletak jawatan dan ingin menumpukan kepada bisnes korporatnya" berkuat kuasa lebih kurang bulan lepas. Bermula daripada seorang anak muda yang tiada hala tuju dan certificate, diberi kepercayaan membantu pejabat Anwar tak kala sibuk dengan PRU12, kisahnya berakhir dengan kereta mewah siap dengan driver. Baju mahal siap dengan kafling. Kalau dilihat, rahimi lebih "berjaya" daripada Anwar itu sendiri. Dia lebih "berjaya" daripada semua yang pernah bekerja dengan Anwar.

Apa yang aku cuba timbulkan di sini? Sebenarnya aku sekadar menimbulkan kerisauan terhadap kawan aku sorang lagi ni. Aku tak berkawan baik dengan saiful. Dia kawan baik orang lain. Tapi aku berkawan baik dengan rahimi osman yang bersama2 dengan beberapa rakan lain membina AIC. Aku mempunyai asas yang kuat untuk enggan melihat dia sebagai seorang hero di kala ini. Sekurang2nya tidak buat masa sekarang.
Sebab di kala musang sibuk mengintai ayam, bapak ayam tersengih mengira keuntungan…

matkeri
http://www.jahilgoblog.net

03.07.2008

Bahaya Orang Yang Boleh Dibeli

Sumber: Laman Marhaen


Salaam Bahagia,

Kali ini saya akan mengulas bahayanya orang-orang yang boleh dibeli dengan wang ringgit dan jawatan. Selama ini kita memperkatakan tentang keperluan membasmi rasuah dan nepotisme dan juga kronisma. Namun semua itu hanya omongan kosong bila kita ditampuk pemerintahan. Ungkapan orang biasa, cakap tak serupa bikin.

Politik wang dan jawatan ini juga makin melebar, kerana setiap insan perlukan kehidupan melalui imbuhan kewangan serta jawatan yang lumayan, setiap tawaran pastinya disambut baik kerana selama ini mereka banyak mengeluarkan wang sekaligus umpama "pay back time". Mereka yang tidak pernah memegang jawatan malah melihat jumlah wang yang banyak juga kerap tenggelam dalam kedurjanaan ini.

Rupanya ramai dikalangan kita diperlihat seperti suci dan "supreme" akhirnya juga bobrok dan tidak telus, bila duit bercakap yang lain akan bisu, malah syaitan pun boleh bisu dengan duit ini. Ohh rupanya ini matlamat mereka selama ini. Jika inilah yang mereka mahukan maka mereka akan dapat, tetapi tunggulah akibatnya. Parti Keadilan Rakyat tidak ubah seperti UMNO dan BN layaknya. Mereka akan melompat bila mana saya mengatakan begitu, malah bangun menentang, janganlah menabik dada dengan ketelusan dan ketulusan tapi ekor berlumur tahi.

Rupanya orang yang tidak pandai politik menggunakan ini sebagai satu formula ringkas sekali gus melihatkan betapa buruknya perangainya sebagai pemimpin, masakan tidak jika sudah mendapat gaji 2-3 Ribu saja, jalannya sudah lain, duduknya sudah lain, lagi cakapnya, Ohh kita tidak boleh lawan ketua kita, kita tidak boleh buat begitu dia ketua kita, majikan kita. Apa kalau begitu, kamu layaknya sama dengan Azizan di pertuduhan liwat Anwar saja, kamu lacurkan jawatan dan RM yang kamu dapat dengan pendirian yang salah.

Saya agak terkasar dalam hal ini, namun saya pegang kepada nekad kita, sebab itu saya mengatakan Keadilan apa? Keadilan Taik Kucing....gejala ini perlu ditegur, virus ini perlu dibendung, Bila ini berlaku apa kesannya kepada parti? Andai kata mereka ini sudah biasa dengan wang ringgit dan mudah dibeli, mereka akhirnya akan lupa, maka dalam satu keadaan kita akan menjadi satu ancaman dimana mana pilihanraya malah sekarang juga kita terus diancam kerana ada mungkin mereka ini akan dibeli dengan jumlah wang yang banyak untuk melompat ke parti lawan.

Rupanya gejala ini sudah menular di bahagian, bahagian dengan berbekalkan modal yang tidak perlu dicari yakni jawatan mereka ini akan dirasuah dengan jawatan supaya memihak dan menyokong ketuanya, ketuanya akan memilihnya sebab tahu dia akan menjadi penyokong setia dan sanggup mengatakan tidak pada yang ya, dan ya pada yang tidak, walau pun pada dasarnya katanya jawatan itu untuk orang yang berkelayakkan, tapi bila dikaji kaji layak pun tidak orang ini dari segi akademiknya. Ingat jawatan ahli majlis adalah untuk professional? Ya kami perlukan professional, alee alee SRP pun boleh...mana tafsiran professional ini? Penulis naik heran, maka orang inilah yang melaungkan ketelusan dan ketulusan. Nah jilatlah kata kata mu sendiri.

Kesan juga kita akan melihat peperangan merebut jawatan akan timbul selepas ini, Naahh...tak ubah macam UMNO kan?, apa bezanya, baik masuk UMNO je, tak payah nak susah susah. Mereka yang ada kuasa menyalahgunakan kuasa, mereka yang tandatangan laku, menyalahgunakan kuasa, bersusun orang nak lesen, masakan tidak esok pilihanraya kan senang ada tokey pasir datang memberi komisen. Ada beza dengan UMNO?. Bahagian nanti akan disusun dengan kuasa dan jawatan, elaun elaun juga memainkan peranan untuk terus mengekalkan kuasanya dan kedudukannya sebagai pemimpin dan ketua...Ada beza? Tiada sama saja, UMNO dengan PKR. Penulis belum menyentuh hal sikap dan perangai mereka yang bergelar pemimpin yang dikatakan telus ini.

Tunggulah kehancuran, jika inilah amalan mereka. Dalam sekilas pandang lebih betapa bobroknya cakap seorang ahli politik.

leegat

02.07.2008

Oil price soars to record above $145

From : CNN.Com


KUALA LUMPUR, Malaysia (AP) -- Oil soared to a record above $145 a barrel Thursday, fueled by concerns over a larger-than-expected drop in U.S. stockpiles and the threat of conflict with Iran.

Traders work on the floor of the New York Mercantile Exchange in New York City.

Traders work on the floor of the New York Mercantile Exchange in New York City.

Expectations that the European Central Bank will raise interest rates later Thursday is expected to weaken the U.S. dollar and drive oil prices even higher, as investors turn to commodities as a hedge against a falling greenback, traders said.

"Even though the rise of European interest rates has been priced into oil, an official announcement by the ECB will still add momentum to oil prices," said Victor Shum, an analyst with Purvin & Gertz in Singapore.

Prices may also be lifted with increased buying before U.S. oil markets close Friday for the Fourth of July holiday.

"There are numerous supply side concerns that support a strong pricing. As we head into a long weekend in the U.S., it's likely that we will see pricing bubbling away at $145," Shum added.

Late afternoon in Singapore, light, sweet crude for August delivery was up $1.28 at $144.85 a barrel in Asian electronic trading on the New York Mercantile Exchange. Earlier in the session, it rose as high as $145.09 a barrel, a trading record.

That was after setting a new closing record for floor trade Wednesday at $143.57 -- a full $2.60 above the previous close.

The latest spike means a barrel of crude has gone up by more than half since the end of last year, when oil was going for $96 a barrel.

Meanwhile, in London on the ICE Futures exchange, Brent crude futures rose to a trading record of $145.96 a barrel before retreating to $145.74, up $1.41.

The Energy Department's Energy Information Administration said Wednesday crude oil supplies fell by 2 million barrels last week, or about 800,000 barrels more than analysts surveyed by the energy research firm Platts had predicted.

However, the report offered a mixed picture of energy use by the world's thirstiest oil consumer. Gasoline supplies unexpectedly grew by a considerable amount, and demand continued to slide -- suggesting record fuel prices were prompting a shift in American driving habits.

Ongoing rhetoric about possible attacks on Iran, the world's fourth-largest oil producer and OPEC's second-largest exporter, also left the market jittery.

Traders are worried Tehran could try to halt shipments and seize control of the strategically important Strait of Hormuz if attacked by Israel or the U.S.. About 40 percent of the world's tanker traffic passes through the Middle Eastern choke-point.

Iran's foreign minister did not rule the possibility that Iran could try to restrict oil traffic in the strait if the country was attacked.

"In Iran we must defend our national security, our country and our revolutionary system and we will continue to do so," Foreign Minister Manouchehr Mottaki said in an interview with The Associated Press in New York.

Mottaki said he does not believe Israel or the U.S. will attack, however, calling the prospect of another war in the Middle East "craziness."

A senior U.S. military commander vowed to ensure that the strait remains open.

"We will not allow Iran to close it," said Vice Adm. Kevin Cosgriff, commander of the 5th Fleet based in Bahrain, after talks with naval commanders of Persian Gulf countries in the United Arab Emirates.
The saber-rattling has left energy traders on edge as they try to ascertain the likelihood of a Middle East flare-up and the effect it could have on the world's already tight supply of oil.

Najib Sifatkan Kandungan Akuan Bersumpah Pembohongan Dan Fitnah Bagi Jejas Imejnya

03 Julai, 2008 20:21 PM

KUALA LUMPUR, 3 Julai (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak berkata dakwaan kononnya beliau mengenali dan pernah berjumpa wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu seperti terkandung dalam Akuan Bersumpah penyiasat persendirian P.Balasubramaniam adalah satu pembohongan yang amat dashyat.

Menegaskan tuduhan itu adalah rekaan semata-mata, berniat jahat, berunsur fitnah dan bertujuan untuk mencemar imejnya, Timbalan Perdana Menteri sekali lagi menegaskan bahawa beliau tidak pernah sama sekali mengenali atau berjumpa dengan Altantuya.

"Saya amat yakin bahawa tindakan ini merupakan satu usaha yang terdesak, oleh (Datuk Seri) Anwar Ibrahim untuk mengalih pandangan daripada tuduhan liwat yang beliau sedang hadapi sekarang," katanya pada sidang akhbar yang dihadiri puluhan wartawan termasuk wartawan asing di pejabatnya di Parlimen, d sini hari ini.

Najib berkata apa yang penting sekarang ialah rakyat mahu tahu sama ada perkara kes liwat yang dihadapi oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu benar-benar berlaku atau sebaliknya.

"Saya berharap pihak berkenaan akan menyiasat sepenuh-penuhnya dan akan membuat ketetapan dan pengumuman kepada pengetahuan umum secepat mungkin," katanya.

Kes perbicaraan pembunuhan Altantuya sedang berlangsung di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Berhubung akuan bersumpah itu, Timbalan Perdana Menteri berkata oleh kerana akuan itu subjudis dengan kenyataan di mahkamah dan juga dengan laporan Balasundramaniam kepada polis, maka beliau menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat sepenuhnya perkara itu.

"Pihak yang bertanggungjawab mestilah sanggup menerima apa-apa tindakan akibat daripada perbuatannya itu sekiranya pihak berkuasa mendapati ada kesalahan daripada segi undang-undang," katanya.

Ditanya adakah beliau akan membuat laporan polis terhadap Balasundramaniam atau mengambil tindakan undang-undang berhubung perkara itu, Najib berkata beliau menyerahkan kepada polis untuk mengambil tindakan.

Mengenai sama ada beliau menyifatkan pendedahan itu sebagai satu serangan peribadi daripada Anwar, Najib berkata: "Soalnya mengapa ia berlaku sekarang setelah kes liwat itu timbul, tiba-tiba semua pihak diserang, Ketua Polis Negara (Tan Sri Musa Hassan) diserang, Peguam Negara (Tan Sri Abdul Gani Patail), saya diserang, kenapa sekarang".

"Ini persoalannya, jadi kita tidak boleh alih daripada isu utama, iaitu sama ada kes liwat itu berlaku atau tidak...ini yang kita hendak tahu," katanya.

Anwar semalam membuat satu laporan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor terhadap Musa dan Abdul Gani, mendakwa kononnya kedua-duanya menyembunyikan fakta dan memalsukan maklumat dalam kes membabitkan serangan fizikal terhadap Anwar oleh bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Rahim Noor pada 20 Sept 1998.

Laporan itu dibuat susulan daripada laporan polis oleh pembantu Anwar Khamis lepas, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23, di Balai Polis Jalan Travers di sini yang mendakwa dia diliwat oleh Anwar di sebuah kondominium di Bukit Damansara.

Ditanya mengapa beliau merasakan Anwar sengaja menyerang peribadinya dengan menggunakan kes tersebut, Najib berkata beliau tidak pasti.

"Saya tidak tahu...mungkin dia anggap saya yang di belakang (mendalangi) budak ini (Mohd Saiful), sebenarnya tidak ada konspirasi. Budak ni datang berjumpa saya kerana dia mengadu hal bahawa dia telah diliwat Datuk Seri Anwar," katanya.

Balasubramaniam yang turut dipanggil memberikan keterangan dalam perbicaraan kes bunuh Altantuya, hari ini turut mengedarkan kepada media salinan akuan bersumpah itu dan memberikan beberapa butiran maklumat yang didakwa menunjukkan hubungan awal antara Altantuya dan Najib.

Penyiasat persendirian itu berbuat demikian pada sidang media bersama Anwar di ibu pejabat PKR Petaling Jaya.

Najib berkata ketika mula-mula dimaklumkan berhubung kes dakwaan liwat terhadap Anwar, beliau tidak begitu yakin sama ada cerita itu benar atau tidak dan sehubungan itu menyerahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Najib menafikan bahawa beliau pernah mengadakan hubungan seks dengan Altantuya atau beliau berkonspirasi untuk menutup rahsia pembunuhan wanita itu seperti didakwa dalam akuan bersumpah penyiasat persendirian itu.

"Pastinya tidak sebab saya tidak pernah bertemu dengan dia (Altantuya)," katanya sambil mengaku yang beliau boleh mengambil tindakan peribadi (terhadap mereka yang terlibat) tetapi memilih menyerahkannya kepada pihak berkuasa untuk tindakan.

"Apa yang lebih penting ialah tindakan diambil terhadap orang yang berkenaan kerana tiada definisi di bawah undang-undang seperti definisi jenayah dan sebagainya," katanya.

Ditanya sama ada beliau merasakan Peguam Negara dan Ketua Polis Negara sewajarnya tidak melibatkan diri dalam siasatan kes itu berikutan nama kedua-duanya turut dikaitkan, Najib berkata: "Hanya jika ia membabitkan kedudukan peribadi mereka sendiri, tetapi mereka masih ketua organisasi penguatkuasa masing-masing, dan mereka perlu menjalankan kerja mereka."

Ditanya sama ada tuduhan itu akan menjejaskan reputasi beliau selaku pemimpin negara dan Timbalan Presiden Umno terutama menjelang pemilihan Umno Disember ini, Najib berkata, beliau tidak risau mengenai perkara itu.

"Saya amat relaks mengenainya, seperti yang anda lihat saya masih boleh senyum, saya tidak bimbang kerana kebenaran akan terbukti.

Saya percaya dengan sistem, saya yakin saya tidak melakukan kesalahan, tiada apa yang perlu saya bimbangkan...perlu teruskan hidup dan bagi saya semuanya berjalan seperti biasa," katanya.

Mengenai sama ada beliau bersedia disiasat jika ada siasatan lanjut terhadap kes itu, Najib sebaliknya bertanya kepada pemberita yang mengajukan soalan itu supaya memberikan satu alasan yang kukuh kenapa beliau perlu disiasat.

Polis telah menjalankan penyiasatan menyeluruh terhadap kes bunuh Altantuya dan mereka sudah tahu segalanya, katanya.

Pada akhir sidang akhbar itu, Najib sekali lagi mempersoalkan motif Anwar membangkitkan isu itu sekarang dan menurutnya jika Anwar benar-benar prihatin dengan kes bunuh itu, beliau sepatutnya membangkitkan isu itu lebih awal.

-- BERNAMA

Sepanyol rampas tempat no. 1

Petikan: Utusan Malaysia


ZURICH, Switzerland - Kejayaan Sepanyol yang baru sahaja menjuarai kejuaraan bola sepak Eropah (Euro) 2008 telah melonjakkan kedudukannya untuk berada pada ranking nombor satu dunia.

Ranking terbaru yang dikeluarkan FIFA, semalam menunjukkan Sepanyol melonjak tiga anak tangga untuk memintas Brazil dan Argentina yang tercicir ke ranking keempat dan keenam dunia.

Sebelum Euro 2008, Argentina berada pada ranking nombor satu diikuti Brazil, Itali, Sepanyol, Jerman dan Republik Czech.

Namun, ranking terbaru menyaksikan Sepanyol di atas diikuti Itali, Jerman, Brazil, Belanda, Argentina, Croatia, Republik Czech, Portugal dan Perancis.

Ini kali pertama dalam tempoh 15 tahun, Sepanyol berada pada ranking tertinggi dunia hasil kejayaan menewaskan Jerman 1-0 pada perlawanan akhir Euro 2008, Ahad lalu.

Sebelum ini, ranking teratas itu silih berganti dikuasai Perancis, Jerman, Brazil, Itali dan Argentina.

Pada Euro 2008, Sepanyol menang semua perlawanan yang dilaluinya.

- AP

Saiful muncul - Beri keterangan di IPD Brickfields berhubung dakwaan diliwat Anwar


BERI KETERANGAN... Mohd. Saiful Bukhari Azlan diiringi seorang anggota polis tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields, Kuala Lumpur semalam untuk memberi keterangan dalam kes liwat membabitkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.– Gambar SIN CHEW JIT POH


KUALA LUMPUR 2 Julai – Selepas lima hari membuat laporan polis, Mohd. Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa dirinya diliwat oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, malam ini muncul di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields di sini untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan kes itu.

Mohd. Saiful yang tinggi lampai dilihat memasuki IPD Brickfields pada pukul 8.10 malam. Dia memakai baju kemeja lengan panjang berwarna putih, berseluar gelap dan menjinjing sebuah beg kecil berwarna hitam.

Dia diiringi masuk ke IPD itu oleh seorang anggota polis berpakaian preman. Mohd. Saiful, 23, tersenyum memandang sekumpulan pemberita dan jurugambar yang berada di pekarangan balai dan sempat melambai-lambaikan tangannya.

Difahamkan, dia telah pun berada di situ lebih awal sejak pukul 1 petang. Sehingga pukul 12 malam ini, dia masih lagi memberi keterangan.

Sementara itu, Utusan Malaysia yang mewawancara bapa saudara Mohd. Saiful yang hanya mahu dikenali sebagai Uncle MK selama lima jam diberitahu, laporan polis mengenai dakwaan liwat membabitkan Anwar yang dibuat oleh anak saudaranya pada 28 Jun lalu bukan satu konspirasi untuk menjatuhkan kerjaya politik sesiapa.

Beliau memberitahu, laporan itu dibuat oleh Mohd. Saiful secara sukarela dan tanpa paksaan.

“Ia tidak didalangi oleh sesiapa mahupun pihak-pihak tertentu yang berkepentingan politik,” kata Uncle MK.

Beliau sendiri bertanya kepada Mohd. Saiful berhubung kandungan laporan yang dibuat di Pondok Polis Hospital Kuala Lumpur itu bagi mendapatkan kepastian.

“Saya diberitahu oleh Saiful tentang insiden itu dan dia memaklumkan tiada sesiapa atau mana-mana pihak yang menyuruhnya melaporkan kejadian itu kepada polis,’’ katanya yang berasal dari Johor.

Dalam temu bual panjang lebar itu, Uncle MK, 41, menjelaskan, beliau ialah salah seorang bapa saudara daripada sebelah arwah ibu Mohd. Saiful yang mempunyai 15 orang adik-beradik.

Menurut beliau, Mohd. Saiful yang dikenalinya sejak kecil mempunyai perwatakan jujur dan bertanggungjawab. Tegasnya: “Saya mempercayai anak saudara saya itu.”

Mohd. Saiful yang merupakan bekas pelajar Universiti Tenaga Nasional (Uniten) membuat laporan polis pada 28 Jun lalu mendakwa dia diliwat beberapa kali oleh Anwar, kali terakhir pada 26 Jun lalu di sebuah kondominium di Damansara di sini.

Pada 28 Jun, Mohd. Saiful juga telah menjalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Laporan pemeriksaan kesihatannya telah siap dan sudah pun dihantar kepada pihak polis untuk prosedur seterusnya.

Uncle MK enggan mendedahkan lokasi Mohd. Saiful berada sekarang, tetapi hari ini anak saudaranya itu dilihat dibawa ke Ibu Pejabat Polis Brickfields di sini.

Dalam temu bual itu, terdapat banyak kisah diceritakan oleh bapa saudara Mohd. Saiful mengenai kehidupan pemuda itu yang sejak awal tahun ini bekerja sebagai pembantu Anwar di ibu pejabat PKR.

Utusan Malaysia memilih untuk tidak melaporkan sebahagian besar daripada cerita Uncle MK.

Mohd. Saiful ialah anak sulung daripada dua beradik yang dibesarkan oleh ibunya setelah kedua-dua ibu bapanya bercerai. Adik perempuannya berusia belasan tahun.

“Ibunya meninggal dunia empat tahun lalu akibat penyakit barah payu dara,’’ ujarnya yang merupakan adik arwah ibu Mohd. Saiful.

Beliau berkata, sebagai adik lelaki kepada arwah ibu Mohd. Saiful, beliau diamanahkan untuk menjaga pemuda itu dan adik perempuannya dengan baik.

Seluruh ahli keluarganya, kata Uncle MK, mempercayai pengakuan Mohd. Saiful dibuat secara sukarela dan bukan sengaja direka.

“Bapa dan ibu saudara Saiful yang kini tinggal 13 beradik yang masih hidup menyokongnya. Walau dalam apa keadaan sekalipun, kami akan tetap bersama Saiful,’’ kata beliau yang bekerja sebagai pegawai pemasaran sebuah syarikat swasta.

Menurutnya, Mohd. Saiful memaklumkan kepadanya bahawa dia mula bekerja dengan PKR sebagai sukarelawan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-12.

Pada mula anak saudaranya itu menjalankan tugas sukarelawan tetapi keadaan berubah setelah dia dilantik sebagai pembantu Anwar.

Uncle MK menafikan dakwaan yang disebarkan oleh penyokong PKR bahawa tindakan Mohd. Saiful membuat laporan polis itu didorong habuan wang ringgit pihak tertentu.

“Tuduhan itu tidak benar... pada usia 23 tahun saya tidak fikir Saiful terlibat dalam konspirasi politik,” ujarnya.

Jangan Sertai Perhimpunan Bantah Kenaikan Harga Minyak Ahad Ini, Ketua Polis Selangor

03 Julai, 2008 19:13 PM

SHAH ALAM, 3 Julai (Bernama) -- Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar menasihatkan orang ramai agar tidak menyertai perhimpunan membantah kenaikan harga minyak, dijadualkan pada Ahad ini di Padang Timur, Petaling Jaya dekat sini kerana ia merupakan perhimpunan haram.

Beliau berkata penganjur perhimpunan berkenaan tidak memohon permit polis dan kawasan, yang sempit itu tidak sesuai untuk penganjuran apa-apa perhimpunan, hanya akan mengundang ketidakselesaan dan kesesakan lalu lintas.

"Jangan sertai perhimpuanan berkenaan kerana ia tidak ada permit polis dan tindakan boleh dikenakan kepada mereka yang menyertainya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Polis dan Komuniti bagi memberi kesedaran mencegah jenayah anjuran bersama Ibu Pejabat Polis Daerah Klang bersama Hyundai Sime Darby Motors Sdn Bhd.

Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (Protes), yang terdiri daripada pertubuhan bukan kerajaan dan parti politik, dijadual mengadakan perhimpunan membantah kenaikan harga minyak yang membebankan rakyat.

Khalid berkata beliau juga menasihatkan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya tidak membenarkan perhimpunan diadakan dan jika masih ingin meneruskannya, ia boleh dipindahkan ke lokasi lebih sesuai seperti Stadium Shah Alam atau Stadium Malawati.

"Saya ada bercakap hal ini dengan Menteri Besar kelmarin, beliau kata akan mempertimbangkannya namun sehingga hari ini saya belum mendapat sebarang maklum balas," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Muhamad Sabtu Osman berkata polis Kuala Lumpur turut mengadakan persiapan rapi sebagai langkah berjaga-jaga menghadapi sebarang kekecohan.

"Kita akan mengawal beberapa kawasan di sekitar Kuala Lumpur, selain itu juga akan membantu Selangor sekiranya berlaku sebarang kekecohan," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur.

Muhamad Sabtu berkata antara kawasan yang diberi tumpuan adalah di sekitar sempadan Kuala Lumpur-Selangor, KLCC dan Jalan Tuanku Abdul Rahman.

-- BERNAMA

100 NGO Serah Memorandum Bantahan Kepada Sultan Selangor

03 Julai, 2008 17:07 PM

SHAH ALAM, 3 Julai (Bernama) -- Sekumpulan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) di Selangor hari ini menyerahkan memorandum kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mengenai kelemahan pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat di negeri itu dalam hal ehwal Islam.

Seramai 200 anggota pelbagai NGO itu menyerahkan memorandum berkenaan kepada Pegawai Pengiring Sultan, Komander Ahmad Ramli Kardi, di Istana Bukit Kayangan di sini.

Jurucakap mereka, Datuk Abdul Abdul Rahman Palil, berkata antara bantahan yang terkandung dalam memorandum itu ialah mengenai penyalahgunaan masjid sebagai medan berpolitik selain kewujudan semakin ramai penceramah dan khatib tidak bertauliah.

"Memorandum ini bertujuan agar keadaan yang berlaku ini dapat diperbetulkan memandangkan Tuanku Sultan adalah ketua agama di negeri ini," katanya kepada pemberita.

Abdul Rahman berkata memorandum itu juga menyebut mengenai pembinaan rumah ibadat tanpa memikirkan keperluan serta sensitiviti kaum serta mengenai isu zakat.

-- BERNAMA

Kelantan Perkenal Zon NGV

03 Julai, 2008 15:16 PM

KOTA BAHARU, 3 Julai (Bernama) -- Kerajaan Kelantan akan memperkenalkan satu zon penyimpanan gas NGV untuk kegunaan kenderaan pengangkutan awam dan persendirian.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa berkata gas NGV yang disimpan di zon itu juga kemudiannya dapat diagihkan ke stesen-stesen minyak di seluruh negeri.

"Kita akan mengadakan perbincangan dengan syarikat swasta serta agensi berkaitan, dan hasilnya akan dibawa kepada kerajaan pusat termasuk Petronas," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan bantuan RM10,000 kepada Persatuan Pemilik Pemandu Kenderaan Sewa dan Teksi Kelantan di sini Khamis.

Husam berkata jika Petronas berminat untuk menjayakan rancangan zon itu, kerajaan negeri akan memberikan hak eksklusif kepadanya.

-- BERNAMA

Wednesday, July 2, 2008

Krisis MIC makin runcing, Briged Pemuda Kedah pula dibubar

02/07/2008 4:29pm

KULIM 2 Julai – Kemelut politik dalaman MIC semakin meruncing apabila hampir

semua pemimpin Briged Pemuda Kedah termasuk Ketuanya, M. Magendiran bertindak

meletak jawatan dan sekali gus membubarkan sayap pergerakan tersebut hari ini.

Menurut Magendiran, 31, mereka tiada pilihan selain meletakkan jawatan dan membubarkan sayap tersebut kerana mendakwa parti itu sudah hilang arah apabila mengarahkan Ketua Pemuda MIC Kebangsaan, S.A. Vigneswaran berundur.

Katanya, kira-kira 800 ahli Briged Pemuda dari 11 bahagian di Kedah kini juga telah hilang kepercayaan terhadap Presiden parti, Datuk Seri S. Samy Vellu.

"Tujuan kami adalah jelas dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Kami bertindak kerana ingin membantah tindakan Presiden parti yang mengarahkan Vigneswaran untuk berundur dengan alasan umur melebihi 40 tahun.

"Kalaulah orang yang dipilih oleh perwakilan Pemuda MIC seperti Vigneswaran senang-senang saja diarahkan berundur, apakah nasib orang seperti kami di Briged Pemuda.

"Kami hanya dilantik oleh pucuk pimpinan dan ini bermakna pada bila-bila masa boleh dibuang begitu saja,'' katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

- Utusan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...