Thursday, July 3, 2008

100 NGO Serah Memorandum Bantahan Kepada Sultan Selangor

03 Julai, 2008 17:07 PM

SHAH ALAM, 3 Julai (Bernama) -- Sekumpulan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) di Selangor hari ini menyerahkan memorandum kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mengenai kelemahan pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat di negeri itu dalam hal ehwal Islam.

Seramai 200 anggota pelbagai NGO itu menyerahkan memorandum berkenaan kepada Pegawai Pengiring Sultan, Komander Ahmad Ramli Kardi, di Istana Bukit Kayangan di sini.

Jurucakap mereka, Datuk Abdul Abdul Rahman Palil, berkata antara bantahan yang terkandung dalam memorandum itu ialah mengenai penyalahgunaan masjid sebagai medan berpolitik selain kewujudan semakin ramai penceramah dan khatib tidak bertauliah.

"Memorandum ini bertujuan agar keadaan yang berlaku ini dapat diperbetulkan memandangkan Tuanku Sultan adalah ketua agama di negeri ini," katanya kepada pemberita.

Abdul Rahman berkata memorandum itu juga menyebut mengenai pembinaan rumah ibadat tanpa memikirkan keperluan serta sensitiviti kaum serta mengenai isu zakat.

-- BERNAMA

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...