Saturday, June 28, 2008

Sempadan Perairan Singapura kini Jadi Lebih Jauh


PULAU BATU PUTEH DAN MINYAK

Sama ada wujud ganjaran atau tidak, kedaulatan Malaysia memang sudah tergadai menerusi keputusan ICJ terhadap kes Pulau Batu Puteh.

Kalau kerajaan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memang serius mengenai hal ini tentunya dia telah bermati-matian melobi semua pihak terbabit untuk memenangi kes tersebut.

Tetapi, kini Pulau Batu Puteh pun tergadai. Implikasinya cukup luas. Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) dan sempadan perairan Singapura kini jadi lebih jauh.

Ini bermakna Singapura Petroleum Company kini mempunyai peluang menikmati sebahagian daripada rizab minyak dan gas yang terdapat di pelantar benua Laut China Selatan.

Ini juga bermakna kawasan tangkapan ikan untuk nelayan pantai Malaysia jadi semakin singkat dan sempit. Pendapatan mereka juga makin berkurangan.

Pulau Batu Puteh akan jadi pintu kawalan Singapura bagi kapal yang masuk ke Selat Teberau daripada arah timur.

Walaupun suatu hari nanti projek Jambatan Bengkok mungkin dibina semula dan Selat Teberau jadi laluan kapal antara Pelabuhan Tanjung Pelepas dengan Pelabuhan Pasir Gudang, Pulau Batu Puteh akan menyebabkan laluan itu tidak lagi strategik kepada Malaysia sepeti sebelumnya.

Pulau Batu Puteh memang strategik. Singapura pasti sanggup bergolok dan bergadai untuk mendapatkannya. Pulangan yang diperolehi daripada kedaulatan Singapura ke atas pulau itu tidak ternilai harganya.

Anehnya, kenapa kepimpinan Abdullah tidak menyedari hal-hal strategik seperti ini. Atau, mungkinkah hal-hal ini memang sengaja tidak dihiraukan langsung oleh kepimpinan Abdullah?

.


Pulau Batu Puteh Dan Peta UNCLOS

Saya terpanggil memberikan fakta bagaimana Pulau Batu Putih tergadai. Dalam tahun 1975, Malaysia telah menggariskan sempadan maritim dan memajukan peta sempadan tersebut ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) untuk penegetahuan dunia.

Semua negara yang meratifikasi Undang-Undang Laut UN (UNCLOS) berbuat demikian, termasuk Singapura.

Bagaimanakah peta yang menunjukkan tuntutan kita yang sepenting ini tidak dijadikan bahan bukti di ICJ?

Perbincangan mengenai isu Pulau Batu Putih mesti diteruskan kerana kita bukan hanya kehilangan sebuah pulau kecil, tetapi hakikatnya kita telah hilang kedaulatan perairan lebih 70 batu persegi, termasuk laluan kapal-kapal keluar masuk ke Singapura dari Laut Cina Selatan.

Kita telah hilang kuasa strategik mengawal kapal-kapal dalam peperangan. Di pulau inilah nanti didirikan system pertahanan Singapura yang canggih yang bakal menggugat pertahanan udara dan maritim Malaysia!

Harap teruskan perbincangan isu yan g menyayat hati kita ini!!!!

http://kuda-kepang.blogspot.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...