Thursday, July 3, 2008

Empat wakil BN tetap sertai Pakatan Rakyat - Azmin Ali

Sumber: Harakah Daily

Azamin Amin

Thu | Jul 03, 08 | 4:55:19 pm MYT

KUALA LUMPUR, 3 Julai (Hrkh) - Naib Presiden KeADILan yang juga Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali memberitahu bahawa komitmen empat Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) untuk menyertai Pakatan Rakyat masih diteruskan.

Beliau yang menyatakan bahawa komitmen mereka untuk sertai Pakatan Rakyat masih kuat dan ahli parlimen berkenaan menyatakan sokongan tersebut melalui panggilan telefon kepada beliau baru-baru ini.

Dalam pada itu Azmin turut mengulas kenyataan Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan, Saifuddin Abdullah berkata ketaatan beliau kepada BN masih tinggi dan tidak akan sertai mana-mana pakatan.

Kata Azmin bahawa sebelum ini, Parti Maju Sabah (SAPP) telah menyatakan untuk setia di belakang Perdana Menteri, namun SAPP juga yang mengumumkan akan melakukan usul tidak percaya kepada Abdullah Badawi.

Beliau bagaimanapun tidak menolak kemungkinan ada Ahli Parlimen tidak mahu mengumumkan untuk sertai Pakatan Rakyat pada waktu ini berikutan beberapa insiden khususnya yang melibatkan 'konspirasi' terkini Dato' Seri Anwar Ibrahim.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...