Wednesday, July 9, 2008

Hormati privasi Balasubramaniam: Syed Hamid

Petikan: mStar Online

09-07-2008 04:54:41 PM

Oleh SA'ODAH ELIAS

KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar meminta orang ramai menghormati hak penyiasat peribadi P Balasubramaniam untuk tidak diganggu.

Katanya, apa yang penting ialah Balasubraniam yang telah membuat perakuan bersumpah yang menggemparkan negara Khamis lalu sebelum membuat satu lagi perakuan berlainan keesokan harinya, berada dalam keadaan selamat.

"Saya tidak berada dekat (anak saudara Balasubramaniam, R Kumaresan) ketika itu, tetap apa yang penting ialah dia dan keluarga berada dalam keadaan selamat," katanya di lobi Parlimen hari ini.

Kumaresan yang membuat laporan polis mengenai "kehilangan" Balasubraniam dan keluarga Ahad lalu, semalam berkata, bapa saudaranya telah menelefonnya memberitahu bahawa dia sekeluarga selamat.

Selain itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Bakri Zinin dipetik AFP hari ini sebagai berkata, Balasubraniam telah dikesan berada dalam keadaan selamat di salah sebuah negara di Asia Tenggara.

Syed Hamid berkata mungkin penyiasat peribadi itu hanya mahu mendapatkan sedikit privasi dan tidak mahu diganggu.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...