Wednesday, July 9, 2008

Suara KeADILan, ada tak kena dengan artikel ni.....

Dari Laman Marhaen

Oleh: Ulit Mayang


Satu artikel dalam Suara KeADILan terbaharu, Bil 138, bertarikh 2-16 Julai, 2008, bertajuk “ PERTEMUAN DENGAN TPM “..MAKLUMAT yang diperolehi Suara KeADILan menunjukkan bahawa, Mohd Saiful Bukhari Azlan, telah mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri Najib Abdul Razak. Difahamkan, pertemuan itu telah diadakan di pejabat Timbalan Perdana Menteri, di Putrajaya, pada 25 Jun lalu. Beliau juga dikatakan telah menemui bekas pemimpin kanan KeADILan yang baru-baru ini telah menyertai UMNO....ms 3

Dalam tulisan berkenaan, diceritakan bahawa pengadu, iaitu Saudara Saiful Bukhari Azlan, telah berjumpa dengan Najib Abdul Razak

Beliau juga telah berjumpa dengan BEKAS PEMIMPIN KANAN KEADILAN YANG TELAH MASUK UMNO. Dalam hal ini, jelas penulis berkenaan telah membuat pernyataan-pernyataan yang samar dan tidak jelas, manakala Suara KeADILan mungkin boleh dikatakan telah bersubahat bersekongkol dengannya.

Ini kerana penulis berkenaan tidak menyatakan dengan jelas siapa itu BEKAS PEMIMPIN KANAN KEADILAN YANG TELAH MASUK UMNO. Di sini izinkan beberapa ulasan dibuat ;-

• Sepatutnya nama BEKAS PEMIMPIN KANAN KEADILAN YANG TELAH MASUK UMNO, hendaklah disebut secara jelas. Kalau perlu nyatakan juga BIODATA lengkap, seperti nombor kad pengenalan, alamat dan pekerjaan. Adalah lebih elok disertakan dengan gambar berukuran saiz pasport sebagai barang bukti dan pengecaman.

• Ini, kerana kalau berdasarkan kepada tulisan berkenaan SAHAJA, dikhuatiri orang ramai akan membuat tohmahan dan andaian bahawa BEKAS PEMIMPIN KANAN KEADILAN YANG TELAH MASUK UMNO, adalah Saudara Ezam. Mungkin tidak benar dakwaan tersebut, kerana sedikit waktu dahulu, Tuan Guru Nik Aziz telah menyebut EZAM BUDAK BAIK. Jadi sudah barang tentu mungkin, orang berkenaan bukannya Saudara Ezam.

• Sepatutnya butiran-butiran lain yang lebih lengkap, dikemukakan, termasuklah tarikh sebenar BEKAS PEMIMPIN KANAN KEADILAN YANG TELAH MASUK UMNO, diterima masuk UMNO.

• Harus juga dinayatakan jelas apakah jawatan BEKAS PEMIMPIN KANAN KEADILAN YANG TELAH MASUK UMNO, di dalam Parti KeADILan dulu.

• Suara KeADILan seolah-olah cuba menimbulkan keraguan ke atas peribadi BEKAS PEMIMPIN KANAN KEADILAN YANG TELAH MASUK UMNO, yang dikatakan EZAM BUDAK BAIK oleh Tuan Guru Nik Aziz.

• Ini mungkin boleh menimbulkan syak

• Mungkin orang berkenaan iaitu BEKAS PEMIMPIN KANAN KEADILAN YANG TELAH MASUK UMNO, akan merasa rendah diri, malu, tak sedap hati, jatuh maruahnya dan menjejaskan reputasinya di mata rakyat Malaysia

• Tidak lah diketahui, artikel sebegini akan menimbulkan lebih banyak fitnah dan huru hara di kalangan rakyat Malaysia.

• Penulis berkenaan tidak seharusnya berselindung, malah perlu dinyatakan secara terus dan terang, semua maklumat yang telah diperolehi atau dipegang olehnya.

• Di dalam menulis kita seharusnya profesional.

• Bukankah negara kita mempunyai undang-undang, dan sekiranya penulis di pihak yang benar, tak usahlah takut, anda akan dilindungi. Tidak mungkin penulis akan dimasukkan ke dalam lockup dan dibelasah separuh mati, oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, seperti yang dialami oleh DSAI dulu . Itu cerita lama.

• Kata orang-orang tua, berani kerana benar, takut kerana salah.

• Kalau BEKAS PEMIMPIN KANAN KEADILAN YANG TELAH MASUK UMNO, menyaman penulis berkenaan, maka boleh lah disaman balik BEKAS PEMIMPIN KANAN KEADILAN YANG TELAH MASUK UMNO, berkenaan, andainya mempunyai bukti-bukti yang mencukupi. Apa nak takut. Bukankah kerajaan UMNO/BN telah bersetuju untuk menubuhkan Suruhanjaya Kehakiman, yang akan menilai semula urusan perlantikan badan kehakiman dan perjalanan Mahkamah di negara kita.

• Adakah tulisan-tulisan sebegini yang Pak Lah katakan sebagai FITNAH BERMAHARAJALELA?

Boleh tak disyakki [ itu pun dah tak baik, dan mungkin berdosa, kerana tak ada bukti ] bahawa BEKAS PEMIMPIN KANAN KEADILAN YANG TELAH MASUK UMNO, adalah Saudara Ezam

Untuk keterangan lanjut sila dapatkan sisipan terbaharu Suara KeADILan, Bil 138, bertarikh 2-16 Julai 2008

Saudara-saudari sekalian mungkin mempunyai pandangan dan pendapat lain yang lebih adil. Silakan . Terima kasih

- Ulit Mayang (Ulit_mayang@yahoo.com)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...