Wednesday, July 9, 2008

Ustazah dicekup JAWI

Dari Harian Metro

Oleh Salman Hamat

salman@hmetro.com.my

CHERAS: Mengaibkan apabila seorang ustazah bakal dilantik sebagai pengetua sekolah dicekup sepasukan penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di sebuah kondominium mewah Sabtu lalu.

Ustazah terbabit yang dipercayai berumur lingkungan 40-an ditahan bersama pasangannya yang juga warga pendidik hasil maklumat orang ramai.

Difahamkan ketika serbuan dilakukan pasangannya terbabit yang berkurung berdua-dua di dalam unit kondominium beralamat Kondo Vista, Bandar Sri Permaisuri, Bandar Tun Razak, pada jam 3 pagi terbabit sekaligus menimbulkan syak wasangka.

Malah mereka gagal mengemukakan sebarang dokumen untuk mengesahkan bahawa mereka adalah suami isteri atau pasangan muhrim ketika diminta berbuat demikian oleh pegawai terbabit.

Lebih mengejutkan lelaki terbabit yang berusia lingkungan 50-an, adalah seorang Ketua Jabatan di sebuah institusi latihan terkenal.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...