Friday, July 4, 2008

Kenapalah Najib? Kenapalah Najib?

IB sememangnya kerap gunakan ayat:

“Once you compound a lie, you compounded the consequences”

Sememangnya kata-kata yang diajar oleh seorang “sifu” IB amat bertepatan dalam kita mengharungi hidup. Tidak kira dalam kehidupan mengejar kerjaya, berpolitik, bersuami isteri (lebih-lebih lagi bila bermadu - jangan ikut kata-kata P. Ramlee mesti pandai temberang) dan terutama dengan anak-anak kita - mereka ingat sangat kata-kata kita [amat

Apabila kita berbohong, kerap kali kita terpaksa berbohong lagi demi menutup pembohongan sebelum ini dan ianya berterusan tanpa akhir.

Kenapalah Najib mengatakan bahawa Saiful hanya sekadar datang jumpa pegawai khasnya tiga bulan lalu, walhal Saiful turut datang ke rumahnya beberapa hari sebelum membuat laporan polis?

Kenapalah Najib memberitahu bahawa Saiful ke rumahnya beberapa hari sebelum membuat laporan polis - sedang dia tidak Najib sebut pada 30 Jun, semasa menafikan penglibatannya dalam kes ini. Nampak macam menyembunyi sesuatu, hari ini baru hendak diceritakan.

Kenapalah Najib mengatakan Saiful datang meminta sokongan untuk mohon biasiswa walhal Saiful sudah tercicir dari UNITEN dan tidak menuntut di mana-mana IPT pada masa itu?

Kenapalah Najib terpaksa menjawab kenyataan Shamsul AMK hanya selepas Bala membuat akuannya hari ini? Apakah Najib terpaksa menjelas pembohongan awalnya?

Selain dari petua di atas, kali ini IB ingin kongsikan satu lagi petua yang juga selalu dipesan oleh “sifu” IB:

“Do not volunteer information“

Di dalam suasana tertekan dengan lontaran pelbagai soalan, petang tadi, Najib terlanggar petua tersebut. Najib beberapa kali terlepas “maklumat”. Samada maklumat tersebut benar atau rekaan ianya nanti akan memakan diri beliau pula. Najib memang terlepas terlalu banyak maklumat yang bakal menghantuinya.

* Najib memaklumkan bahawa Saiful ke kediamannya. Istimewa sungguh Saiful ini hingga dengan mudah boleh melepasi pelbagai sekatan birokrasi untuk berjumpa Najib di rumahnya!
*
* Najib tidak menyuruh Saiful membuat laporan polis. Kenapakah tidak Najib nasihat sahaja Saiful buat laporan polis? Bukankah itu nasihat yang terbaik dari seorang pemimpin kepada “mangsa jenayah”?
* Najib mencerita keadaan Saiful, reaksinya, dan beberapa lagi - itu banyak membuka pelbagai persoalan dan pelbagai andaian. Terlalu banyak mendedahkan “maklumat”.

Najib tidak wajar membiarkan wartawan terus menghujaninya dengan pelbagai persoalan. Sebab itu, antara perangai yang kurang elok ialah “mulut murai”. Bila terlalu banyak bercakap, kita terdedah kepada terlalu banyak persoalan. Demikianlah selalunya para peguam menasihatkan anak guam mereka untuk lebih baik berdiam dan menggunakan hak untuk tidak menjawab daripada menjawab dengan jawapan yang bakal membawa hujah lawan terhadap kita.

Dalam keadaan Najib pada petang semalam, Najib amat tertekan untuk memberi jawapan balasnya sebelum siaran berita perdana/utama di saluran-saluran TV menyiarkan laporan DSAI dan akuan bersumpah Bala tanpa disangkal/jawab. Sebab itu Najib terpaksa tergesa mengaturkan sesi akhbar lewat petang tadi.

Jika tidak dijawab petang ini juga (atau sekurang-kurangnya malam ini) - akan menjadi masalah kesokannya apabila semua akhbar menyiarkan laporan Bala dan DSAI tanpa pembelaan atau jawapan dari Najib. Najib mesti sangkal segera. Dengan tindakan tergesa Najib banyak terperangkap.

Tunggulah “Once you compound a lie, you compounded the consequences”

http://ibrahimbaba.wordpress.com/2008/07/03/astaghfirullah-%e2%80%a6/

Sekian,

IB

04.07.2008

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...