Friday, July 4, 2008

SMAP Kajang Juarai Kategori B.malaysia Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri

04 Julai, 2008 15:14 PM

PUTRAJAYA, 4 Julai (Bernama) -- Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Kajang muncul johan buat kali ketiga Pertandingan Akhir Bahas (Bahasa Malaysia) Piala Perdana Menteri 2008 dengan menewaskan Sekolah Menengah (SM) Sains Raja Tun Azlan Shah.

Kali pertama SMAP Kajang memenangi piala itu ialah pada 2003 setelah menewaskan SM Sains Pokok Sena dan mengulangi kejayaan pada 2005 dengan mengalahkan Sekolah Sains Haji Ahmad Shah, Pekan.

Sekolah itu diwakili oleh Mohamad Hisyamuddin Ghazali, Mohamad Mustaqim Malek, Mohd Nur Afiq Mohd Yasim dan Hairul Izlan Mohd Shamsudin (peserta simpanan).

SM Sains Raja Tun Azlan Shah pula mempertaruhkan Muhamad Aleiff Tajuddin, Muhamad Nazrul Anas Zunaidi, Muhamad Adzlan Syazni Zikri dan Nisreen Afififah Nadzri (simpanan).

Hisyamuddin yang juga ketua pasukan SMAP Kajang turut diumumkan pembahas terbaik. Hadiah disampaikan oleh Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Razali Ismail.

Bagi kategori Bahasa Inggeris yang berlangsung semalam, Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor muncul johan dengan menewaskan pasukan Maktab Tentera Diraja.

Pertandingan yang bermula sejak 1974 itu disertai 55 buah sekolah berasrama penuh.

-- BERNAMA

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...