Friday, July 4, 2008

Tiga lelaki larikan barang kemas RM350,000

04/07/2008 10:32pm

SUBANG JAYA 4 Julai – Tiga lelaki bersenjatakan pistol dan kapak melarikan 11 dulang emas bernilai RM350,000 dalam rompakan tidak sampai seminit di sebuah kedai emas di pusat beli-belah South City Plaza di Seri Kembangan di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu, kesemua suspek yang bertopeng mengarahkan seorang pekerja lelaki kedai emas tersebut supaya menundukkan kepala manakala seorang lagi pekerja wanita memasukkan barang kemas ke dalam beg mereka.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar berkata, suspek kemudiannya melarikan diri menaiki sebuah kereta Proton Waja putih yang diletakkan di luar pusat beli-belah tersebut.

Katanya, ketika kejadian terdapat dua pekerja dan seorang pelanggan wanita di dalam kedai tersebut bagaimanapun kesemua mereka tidak mengalami sebarang kecederaan.- Utusan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...