Friday, July 4, 2008

TERBARU...Apa dah jadi...?

Tidak sampai pun 24 jam Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim melancarkan ‘serangan’ terhadap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menggunakan ‘peluru’ yang berupa akuan bersumpah penyiasat persendirian yang dakwa kaitan Najib dengan Altantuya Shariibu, pagi Jumaat nampak gayanya ‘peluru’ itu makan tuan.

P
. Balasubramaniam dalam sidang media yang diwakili peguamnya, M Arulampalam di sebuh hotel di Kuala Lumpur maklumkan beliau menarik balik seluruh akuan bersumpah itu termasuk perkara-perkara yang kaitkan Najib dengan Altantuya.

Antara
dakwaan dalam akuan bersumpah yang didedahkan oleh Anwar dalam sidang akhbar bersamanya semalam menyebut Najib yang memperkenalkan Altantuya kepada tertuduh kes bunuh wanita Mongolia itu, Abdul Razak Baginda.

Selain itu dakwaan kononnya Najib melakukan hubungan seks dengan Altantuya. Katanya, beliau berada dalam keadaan tertekan ketika membuat akuan bersumpah yang didedahkan oleh Anwar hari Khamis.

“Saya ingin tegaskan bahawa saya menarik balik akuan saya yang pertama. Saya ingin tegaskan bahawa saya berada dalam tertekan untuk membuat akuan bersumpah bertarikh 1 Julai itu,” katanya dalam akuan bersumpah yang baru membatalkan akuan bersumpah yang terdahulu.

Namun begitu Balasubramanian enggan menamakan pihak yang mengugut beliau.Dalam sidang akhbar itu Balasubramanian ditemani oleh Arulampalam peguamnya yang baru.


Semalam semasa sidang akhbar di ibupejabat Parti Keadilan Rakyat beliau diwakili oleh peguam Americk Singh Sidhu.


Dalam akuan bersumpahnya yang baru hari ini Balasubramanian berkata :



"Saya ingin menyatakan bahawa tidak pernah pada bila-bila masa (Abdul) Razak (Abdullah) Baginda memberitahu saya yang beliau diperkenalkan kepada Altantuya Shaaribu oleh seorang VIP dan pada bila-bila masa Razak Baginda ada memberitahu saya bahawa Datuk Seri Najib telah mengadakan hubungan seks dengan Altantuya Shaaribu dan beliau (Altantuya) sanggup mengadakan hubungan seks luar tabii.

"Tidak pernah pada bila-bila masa Razak Baginda ada memberitahu saya yang Datuk Seri Najib mengarahkan Razak Baginda untuk menjaga Altantuya Shaaribu kerana beliau tidak mahu dia (Altantuya) menganggunya kerana beliau ialah Timbalan Perdana Menteri.

"Tidak pernah pada bila-bila masa Razak Baginda dan atau Altantuya Shaaribu ada memberitahu saya yang Datuk Seri Najib Tun Razak, bersama-sama dengan Razak Baginda dan Altantuya Shaaribu telah berjumpa dan bersama-sama makan malam di Paris;

"Tidak pernah pada bila-bila masa Altantuya Shaaribu ada memberitahu saya yang beliau meminta wang sebanyak US$500,000 sebagai komisen bagi bantuannya dalam urusan pembelian kapal selam di Paris;

"Tidak pernah pada bila-bila masa pun Razak Baginda dan/atau Altantuya Shaaribu memberitahu saya yang Datuk Seri Najib Tun Razak berjumpa dengan Altantuya Shaaribu di Singapura;

"Tidak pernah pada bila-bila masa pun Altantuya Shaaribu ada memberitahu saya yang beliau mahu saya mengaturkan untuk beliau berjumpa dengan Datuk Seri Najib Tun Razak;

"Tidak pernah pada bila-bila masa saya ada memberitahu polis semasa penyiasatan mereka mengenai sebarang perhubungan antara Datuk Seri Najib Tun Razak dan Altantuya Shaaribu kerana perhubungan itu tidak pernah wujud, pada pengetahuan saya. Oleh yang demikian, kenyataan yang saya tandatangani di hadapan polis sudah selesai;

"Tidak pernah pada bila-bila masa Razak Baginda ada memberitahu saya yang beliau telah menghantar SMS kepada Datuk Seri Najib pada malam beliau ditahan; dan

"Tidak pernah pada bila-bila masa Razak Baginda ada memberitahu saya yang Datuk Seri Najib Tun Razak telah menghantar SMS kepadanya pada hari beliau ditahan yang menyatakan beliau (Najib) akan berjumpa dengan KPN (Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan) pada hari berkenaan dan masalah itu akan diselesaikan dan meminta Razak Baginda supaya terus tenang.

- 4/7/2008

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...