22 Julai, 2008 13:37 PM
SHAH ALAM, 22 Julai (Bernama) -- Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Tan Sri Muhammad Muhd Taib hari ini menawarkan diri untuk bertanding jawatan Naib Presiden Umno dalam pemilihan parti Disember ini.
"Saya ingin memperkasakan parti untuk berdepan dengan cabaran baru khasnya membantu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Tun Razak memulihkan kekuatan Umno menjadi saluran perdana perjuangan orang Melayu," katanya pada satu sidang akhbar di sini hari Selasa.
Muhammad juga Ketua Penerangan Umno berkata Umno memerlukan pasukan kerja yang ikhlas berjuang untuk kepentingan parti dan masa depan orang Melayu khususnya untuk menambahbaik kehidupan orang Melayu di luar bandar dan penyusunan semula masyarakat untuk mengeluarkan orang Melayu daripada kemiskinan.
Beliau berkata tugas kepimpinan Umno pada hari ini adalah memperkukuhkan perpaduan Melayu di setiap peringkat, memastikan ekonomi dan politik Melayu kembali kuat, serta mengembalikan Umno sebagai tunjang perjuangan rakyat Malaysia.
Muhammad menyertai 15 lagi pemimpin Umno yang setakat ini menyatakan hasrat bertanding jawatan itu.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment