Tuesday, July 22, 2008

Pemuda PAS Wilayah bantah konsert Inul di Bukit Jalil

Harakah
Wan Nordin Wan Yaacob
Tue | Jul 22, 08 | 1:27:57 pm MYT

KUALA LUMPUR, 22 Julai (Hrkh) - Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan membantah keras konsert Inul Darastista atau nama sebenarnya Ainul Rokhimah yang dijadualkan berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil pada 27 Julai ini.

Menurut Ketua Penerangan Pemuda PAS Wilayah, Herman Shamsudeen, tindakan membenarkan konsert berkenaan adalah satu penghinaan kepada rakyat.

ImageIni kerana sebelum ini, konsert berkenaan telah dibatalkan selepas Majlis Bandaraya Johor Bahru enggan mengeluarkan permit.

Untuk itu, Pemuda Wilayah akan menghantar memorandum bantahan kepada pihak DBKL dan Kementerian Wilayah memandangkan konsert berkenaan akan berlangsung dalam kawasan pentadbiran DBKL, ujarnya.

Seharusnya pihak kerajaan peka terhadap kehendak rakyat dan tidak melayani artis ini yang sehingga kini masih ditolak oleh Ulama-ulama Indonesia yang mengganggap aksi goyang pinggulnya sebagai aksi erotik dan berbaur pornografi, katanya.

Sebelum ini artis ini juga pernah mengadakan konsert di Stadium Merdeka, walaupun dibantah oleh PemudaWilayah tapi pihak DBKL berdegil.

"Semasa konsert berkenaan berlangsung, Inul tetap mempersembahkan aksi goyang pinggul walaupun beliau berjanji tidak melakukannya.Jadi adakah ada lagi mana-mana pihak boleh menjaminkan perkara yang sama tidak berlaku?," ujarnya.

Pemuda Wilayah juga ingin mengingatkan semua pihak terhadap aksi tunjuk punggung oleh penyanyi kumpulam Caburateor Dung yang dibelasah oleh penonton Imageyang menyaksikan konsert mereka di Stadium Kelana Jaya sempena Himpunan Protes awal bulan ini, katanya.

Suasana menjadi panas bila mana penganjur gagal mengawal aksi penyanyi berkenaan dan akhirnya diselesaikan dengan cara yang negatif oleh penonton, ujarnya.

Situasi yang sama tidak mustahil akan berlaku lantaran kuatnya bantahan yang ditujukan terhadap Inul akhir-akhir ini, katanya.

"Walaupun apa jua alasan yang dilontarkan, PemudaWilayah mengingatkan bahawa rakyat tempatan menolak konsert ini. Rata-rata penonton yang hadir pada siri konsert beliau sebelum ini adalah dari kalangan warga Indonesia yang kempunan melihat aksi beliau ditanahair sendiri," ujarnya.

Jika konsert ini berlaku maka negara ini akan 'dilacurkan' kedaulatannya bagi melampiaskan keinginannya warga Indonesia yang tidak tercapai ditanahair mereka, tegasnya. - mks. _

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...