Assalamualaikum dan salam sejahtera para sahabat blogers sekalian,
Mohon maaf kerana lama blog ini tidak dikemaskini. Ini disebabkan saya banyak mendapat jemputan untuk penerangan isu-isu semasa bagi mengukuhkan kembali kedudukan UMNO. Insyaallah, saya akan cuba kemaskini blog ini sekerap mungkin.
Saya tertarik dengan usaha-usaha mengadakan muzakarah UMNO-Pas kali ini.
Mungkin ini akan merealisasikan Impian saya ialah untuk melihat orang Melayu bersatu menjadkan kuasa Melayu itu kuasa yang dapat menentukan masa depan agama, bangsa dan negara.
Kita sedar 60% rakyat negara kita ialah orang Melayu dan bumiputera tetapi ia tidak memberi sebarang makna dalam negara demokrasi seperti negara kita kerana kita telah dipecahkan kepada tiga parti. Orang Melayu berada di dalam UMNO, Pas dan PKR.
Perpecahan Melayu ini bukan sahaja dari segi ideologi politik tetapi telah membarah dalam hati nurani kita. Kita lihat orang Melayu berpecah sehingga kita lupa bahawa dalam Islam kita bersaudara dan menjaga tali persaudaraan merupakan satu kewajipan dalam Islam. Semua ini berlaku kerana politik kebencian yang diamalkan oleh kita, politik fitnah yang amat memalukan pemimpin dan keluarganya. Politik dendam yang mengakari pemikiran kita.
Semua ini telah menyukarkan kita untuk kembali bersatu.
Walaupun begitu saya optimis kita masih ada ruang untuk bersatu walaupun akan mengambil masa yang panjang. Pertamanya kita perlu meleraikan orang Melayu daripada politik kebencian, fitnah dan dendam. Ia perlu bermula di kalangan generasi baru yang melihat majoriti Melayu akan hanya memberi makna jika kita bersatu untuk menentukan jatuh bangunnya agama, bangsa kita.
Saya gembira bila mendengar telah ada perbincangan di antara kepimpinan Melayu dalam UMNO dan Pas. Kegembiraan ini kerana inisiatif ini telah saya mulakan di Selangor sebaik sahaja berakhir Pilihan raya Umum ke 12 yang lalu.

Saya telah mencadangkan agar diadakan satu kerjasama antara Pas dan Barisan Nasional di Selangor.
Saya juga telah membawa pemimpin tertinggi Pas bermuzakarah dengan YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Saya juga mencadangkan agar Pas diberi jawatan Menteri Besar dan Timbalan Menteri Besar serta 4 EXCO. Malahan saya menolak sebarang jawatan bagi mengelakkan dianggap menguasai EXCO yang bakal dibentuk.
Saya lakukan ini kerana percaya bahawa gabungan Pas dan BN akan memastikan kepentingan agama Islam dan orang Melayu tidak akan diperkotak-katikkan. Bagi saya yang penting ialah kepentingan agama Islam dan orang melayu terjaga bukan siapa yang menjadi pemimpin utama.
Malangnya, pengaruh Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Pas, melalui Setiausaha Agungnya, Kamaruddin Jaafar, telah menggagalkan usaha tersebut. Saya yakin selagi Datuk Seri Anwar Ibrahim memainkan peranan penting dalam Pakatan rakyat, muzakarah tersebut tidak akan memberi sebarang kesan.
Datuk Seri Anwar Ibrahim memang tidak mahu Melayu bersatu kerana itulah beliau tubuhkan Pakatan Rakyat yang berjuang atas prinsip kesamarataan, menyamakan taraf agama Islam dengan agama lain, menyamaratakan kedudukan orang Melayu dengan bangsa lain, walaupun memiliki status bumiputera. Sebab itulah Anwar dapat menarik sokongan yang besar daripada golongan ekstremis Cina melalui DAP dan ekstremis India melalui Hindraf.
Cadangan untuk mengadakan muzakarah mengenai agenda Islam dan orang Melayu nampak lebih baik sekarang. Saya percaya Pas sekarang sudah mulai sedar bahawa mereka kian tersisih dalam membicarakan isu Islam dan orang Melayu di negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat. Ini ditambah lagi dengan masalah peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim sekarang ini.
Saya tidak mengimpikan Pas dan UMNO bersatu dalam bentuk fizikal parti atau ideologi politik. Tapi saya mengimpikan kesatuan orang Melayu dalam erti mempertahankan kedudukan dan agenda Islam dan Melayu di negara ini.

Saya impikan biar parti mana pun yang menang pilihan raya, kedudukan agama Islam dan Orang Melayu kekal dan terus dipertahankan. Bukan seperti sekarang ini sudah terdapat "penggadaian" terhadap status quo Islam dan Melayu dalam usaha membeli pengaruh dan sokongan bukan Melayu.
Impian saya ialah suatu hari nanti kita semua dapat melihat YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Nik Aziz Nik Mat, Datin Seri Wan Azizah dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang duduk semeja.
Impian saya juga untuk melihat Melayu kembali menjadi tunjang politik negara yang akan menstabilkan politik tanah air, menjadi kenyataan. Saya berdoa semoga semuanya ini akan dimakbulkan oleh Allah s.w.t.
Biduk berlalu, kiambang bertaut. Bagai aur dan tebing kita bersama. Yang ringan sama kita jinjing, yang berat sama dipikul, hati nyamuk sama dicecah, hati gajah sama dilapah.

Bangsa ini, bangsa berdaulat kembalikan kedaulatan tersebut.
1 comment:
Assalamualaikum,
Tergelak besar ana. Mengapa sekarang? Tidak dahulu, tidak sebelum PRU12.
Sekarang baru sibuk melaungkan agama, bangsa dan negara, apabila anta merasakan ketenatan dan kelumpuhan UMNO? Meluat betoi ana melihat dan mendengar nya.
BUBAR SAJA 'UMNO' dan berjuang bersama-sama dengan 'PAS' habis cerita. Alasan melayu berbelah bagi dan berpecah kerana ada nya PAS, PKR dan UMNO, tak logik dan tak boleh di terima akal. Kalau semua perjuangan berteraskan Islam, rasa nya tiada timbul masaalah yang di gembar gemburkan itu.
Jika di bandingkan dengan kaum Cina dan India, mereka juga bernaung dibawah pelbagai parti. Tetapi bagai dikata, mereka bertambah dalam semua segi, dan berjaya dalam setiap bidang.
Mengapa??? Renung dan fikir2kan lah
Ini semua kerana 4T, yang bersarang dan bertakhta di sanubari dan jiwa MELAYU. DAN.
Melayu Mudah Lupa.
Wassalam.
Post a Comment