Monday, July 21, 2008

Saiful bukan gay, bapa Saiful mahu Anwar jalani ujian DNA

mStar Online
21-07-2008 07:49:28 PM

oleh NURUL AIN HUSSAIN

KUALA LUMPUR: Mohd Saiful Bukhari Azlan bukan gay demikian komen peguamnya, Zamri Idrus ketika ditanya adakah Saiful seorang pengamal homoseks atau gay?

Zamri menegaskan anak guamnya itu bukan seorang gay.

Sementara itu, ayah Saiful, Azlan Mohd Lazim mahu Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim tampil memberi sampel DNA bagi melengkapkan siasatan polis.

Beliau berkata, Anwar sudah terlalu banyak memberi alasan dan berdolak-dalik berhubung siasatan dalam kes terbabit.

"Demi membela Mohd Saiful yang menjadi mangsa bekas majikannya, saya dan keluarga menuntut dengan setegasnya kepada individu terbabit (Anwar), supaya memberika kerjasama sepenuhnya dalam penyiasatan polis," katanya.

Dalam kenyataan media yang diedarkan kepada pemberita Azlan mahu, suspek (Anwar) tampil ke hadapan dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis bagi membantu siasatan terutama berhubung ujian DNA.

Menurutnya, Saiful mengambil sikap berani kerana benar dan beliau telah memberi kerjasama sepenuhnya kepada polis untuk menjalankan siasatan.

Perkara tersebut terkandung dalam kenyataan lima perenggan Azlan yang dibacakan oleh peguam Saiful, Zamri Idrus dalam satu sidang media di sebuah hotel di sini hari ini.

Azlan turut mempertahankan laporan polis yang Saiful diliwat oleh bekas Timbalan Perdana Menteri itu pada 26 Jun lalu.

Beliau (Azlan) turut melahirkan rasa sedih anaknya, Mohd Saiful dilakukan sedemikian (diliwat) oleh Anwar.

"Saiful berkali-kali menyebut kepada saya dan keluarga kami bahawa bertindak begini kerana kebenaran dan kepada Allah SWT supaya menunjukkan kebenaran itu."

"Yang penting saya dan keluarga memohon kepada pihak berwajib membawa individu yang terlibat ke muka pengadilan secepat mungkin," katanya.

Dalam kenyataan media yang ditandatangani oleh Azlan itu turut menyatakan kesediaan anaknya (Saiful) untuk bersumpah menurut cara Islam yang sebenar-benarnya.

"Saiful bersedia bersumpah di masjid dengan disaksikan para ulama demi membuktikkan kebenaran bahawa beliau diliwat seperti yang dilaporkannya kepada polis," katanya.

Ketika ditanya bila tarikh Saiful akan bersumpah (mubahalah) di dalam masjid seperti yang dinyatakan, peguam Saiful itu berkata semuanya bergantung siasatan kepada polis.

"Kita tidak dapat memberikan tarikhnya sekarang, semuanya bergantung kepada siasatan polis," kata Zamri yang dilantik mewakili Saiful jika kes tersebut di bawa ke mahkamah.

Menurut Zamri, ayah Saiful tidak dapat hadir dalam sidang media itu kerana beliau mempunyai hal lain.

Ketika ditanya adakah sidang media yang diadakan ini timbul kerana tidak puas hati terhadap siasatan polis terhadap kes tersebut, Zamri berkata:

"Bapa Saiful sangat berpuashati terhadap siasatan polis, cuma beliau tidak berpuashati terhadap suspek (Anwar) yang sering menyangkal dan dolak-dalik dalam memberikan kerjasama dalam kes ini," kata Zamri.

Zamri menjelaskan, bahawa beliau telah melihat laporan polis yang telah dibuat oleh Saiful pada 26 Jun lalu.

"Ya, saya telah melihat laporan polis yang di buat oleh Saiful," kata Zamri yang enggan mendedahkan kandungan laporan polis yang di lihatnya itu.

Ditanya sama ada beliau yakin terhadap laporan polis yang dibuat oleh Saiful.

"Saya yakin kerana beliau adalah anak guam saya. Jangan tanya saya lebih dari itu kerana ia hanya menggangu penyiasatan polis," katanya.

Ditanya mengenai bila kali terakhir menemui Saiful, Zamri berkata:

"Saya menemuinya beberapa hari yang lalu. Beliau (Saiful) sihat," kata Zamri dan beliau enggan mengulas lanjut.

Ditanya sama ada Saiful dibayar sejumlah wang oleh pihak tertentu bagi mengaku diliwat Anwar, Zamri menegaskan perkara tersebut adalah tidak benar dan tidak pernah dinyatakan kepadanya.

Mengenai gambar Saiful bersama beberapa menteri dan pegawai khas Datuk Seri Najib Tun Razak, Khairil Anas, Zamri berkata:

"Gambar sesiapa sahaja boleh ambil, ia boleh diambil sebagai memori kerana Saiful memegang peranan sebagai ketua pelajar semasa beliau menuntut di Uniten."

Beliau turut menyatakan Saiful berada dalam keadaan selamat dan polis memberi perlindungan kepada beliau.

Dalam pada itu, bapa saudara Saiful yang dikenali sebagai, Uncle Pat turut hadir dalam sidang akhbar tersebut.

Beliau melahirkan keyakinan terhadap laporan polis yang dibuat anak saudaranya Jun lalu.

"Saya kenal anak saudara saya (Saiful). Saya yakin kepadanya dan tahu dia tidak berbohong," kata Pat.

Karpal Fail Notis Usul Panggil Semula Balasubramaniam Beri Keterangan Dalam Kes Bunuh Altantuya

21 Julai, 2008 19:21 PM

SHAH ALAM, 21 Julai (Bernama) -- Peguam pemerhati bagi pihak keluarga Altantuya Shaariibuu, memfailkan notis usul bagi memanggil semula penyiasat persendirian, P.Balasubramaniam untuk memberi keterangan dalam perbicaraan kes bunuh wanita Mongolia itu selain meminta Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta tiga yang lain menjadi saksi dalam kes berprofil tinggi itu.

Karpal Singh memfailkan notis usul itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pada pukul 3 petang ini.

Di dalam notis usul itu, Karpal Singh memohon mahkamah menggunakan peruntukan Seksyen 425 Kanun Prosedur Jenayah bagi memanggil semula Balasubramaniam yang merupakan saksi pertama pendakwaan untuk memberi keterangan.

Karpal Singh juga memohon mahkamah mengguna pakai seksyen yang sama untuk memerintahkan Najib, pegawai polis DSP Musa Safri, dan Ketua Bahagian Jenayah balai polis Brickfields DSP Idris, serta peguam Dhiren Rene Norendra menjadi saksi untuk memberi keterangan dalam perbicaraan kes itu.

Selain itu Karpal Singh juga memohon satu perintah untuk menangguhkan semua prosiding kes perbicaraan Altantuya pada Rabu ini sementara menunggu keputusan permohonan beliau.

Dalam notis usul itu Karpal Singh mempertikaikan keterangan Balasubramaniam dalam perbicaraan kes bunuh tersebut sebelum ini, kerana Balasubramaniam membuat Akuan Berkanun pada 1 Julai lepas yang mengaitkan Timbalan Perdana Menteri serta tiga individu berkenaan.

Bagaimanapun Karpal Singh mendakwa melalui satu lagi Akuan Berkanun bertarikh 4 Julai, Balasubramaniam menarik balik keseluruhan kandungan akuan kanun yang pertama itu dengan alasan bahawa beliau dipaksa mengikrarkan akuan berkanun pertama.

Karpal Singh berkata adalah amat penting untuk mahkamah menentukan sama ada kenyataan di dalam akuan berkanun pertama itu benar dan sekiranya benar, mahkamah perlu memanggil semula Balasubramaniam dan memerintahkan Najib untuk memberi keterangan bagi memberi keputusan yang adil dalam kes itu.

Notis usul itu akan didengar di hadapan Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yasin pada Rabu ini sebelum mahkamah mendengar hujahan kedua-dua pihak di akhir kes pendakwaan.

Pada 23 Jun lepas, pihak pendakwaan telah menutup kes bunuh wanita Mongolia itu setelah memanggil seramai 84 saksi termasuk Balasubramaniam untuk memberi keterangan dalam perbicaraan yang memakan masa selama 124 hari.

Mohd Zaki menetapkan perbicaraan disambung semula pada Rabu ini bagi membolehkan kedua-dua pihak mengemukakan hujahan.

Kes berprofil tinggi yang mendapat perhatian hingga ke peringkat antarabangsa itu melibatkan Cif Inspektor Azilah Hadri, 32, dan Koperal Sirul Azhar Umar, 37, kedua-duanya anggota Unit Tindakan Khas, yang dituduh membunuh Altantuya, 28, antara 10 malam, 19 Okt 2006 dan 1 pagi keesokannya, di satu kawasan di Bukit Raja dekat sini.

Penganalisis politik Abdul Razak Abdullah Baginda, 48, pula dituduh bersubahat dengan mereka. Kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

-- BERNAMA

Anwar Sambung Beri Keterangan Di BPR

21 Julai, 2008 17:36 PM

PUTRAJAYA, 21 Julai (Bernama) -- Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir buat kali kedua di ibu pejabat Badan Pencegah Rasuah di sini hari ini bagi menyambung keterangannya mengenai laporan beliau kepada polis mendakwa berlaku penyalahgunaan kuasa oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan.

Beliau tiba pada pukul 9.50 pagi diiringi oleh peguam, R. Sivarasa.

Ketika ditemui pemberita selepas itu, Anwar melahirkan rasa puas hati kerana berpeluang untuk memberi keterangan dan dokumen mengenai dakwaan beliau kononnya Abdul Gani dan Musa, antaranya, memalsukan keterangan dalam satu kes melibatkan beliau 10 thun lepas.

Anwar berkata BPR telah membuat liputan dan laporan yang profesional berhubung kes itu.

Ketika diminta mengulas mengenai muzakarah antara Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan pemimpin tertinggi PAS, Anwar berkata adalah jelas bahawa kemunculan beliau dianggap sebagai satu ancaman politik.

"Jelas bahawa saya dilihat sebagai ancaman politik, kerana Pakatan Rakyat mempunyai perancangan dan kami akan teruskan (perancangan), dan saya percaya kami boleh melakukannya. Pengumuman akan dibuat sedikit masa lagi," katanya.

-- BERNAMA

Kabinet Bincang Kewajaran Pembelian Mercedes Oleh Kerajaan Terengganu

21 Julai, 2008 16:20 PM

LUMUT, 21 Julai (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Kabinet akan membincangkan kewajaran pembelian 14 kereta Mercedes E200 Kompressor bernilai RM3.43 juta sebagai kenderaan rasmi baru anggota Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri Terengganu.

"Dasar kita selama ini semua kementerian kerajaan pusat dan kerajaan negeri dikehendaki menggunakan kereta nasional," katanya ketika diminta mengulas pembelian kenderaan itu oleh kerajaan negeri Terengganu bagi menggantikan penggunaan Proton Perdana V6 Executive bertujuan menjimatkan perbelanjaan tahunan.

Najib berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Industri Pertahanan Malaysia (MIPM) di Pangkalan TLDM di sini hari ini.

Beliau berkata dasar yang diamalkan sebelum ini mengkehendaki kementerian dan kerajaan negeri menggunakan kereta nasional.

"Saya guna kereta nasional dan Perdana Menteri pun gunakan kereta nasional," katanya.

Semalam, Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said berkata pembelian kenderaan itu tidak menggunakan wang royalti minyak dan ia sudah lama dirancang bagi menggantikan kenderaan rasmi yang telah berusia empat tahun.

Ahmad berkata kerajaan negeri terpaksa membuat pembelian tersebut ekoran kos penyenggaraan Proton Perdana terlalu tinggi kerana mudah rosak dan tidak tahan untuk perjalanan jauh.

Sementara itu, Najib yang juga Menteri Pertahanan berkata syarikat-syarikat industri pertahanan negara digalakkan bergabung bagi menjadikan mereka lebih kukuh dalam industri berkenaan.

Katanya, gabungan dan kerjasama telah menyaksikan pengeluaran pesawat kawalan jauh (UAV) taktikal buatan Malaysia apabila Composites Technology Research Malaysia (CTRM), System Consultancy Services (SCS) dan Ikramatik System melalui Konsortium UST Sdn Bhd (UST) berjaya menghasilkannya.

Beliau berkata UAV buatan Malaysia itu akan digunakan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak lama lagi dan pesawat itu juga akan dieksport ke negara serantau dan pasaran antarabangsa.

Mengenai MIPM, Najib berkata ia adalah mekanisme bagi mengajak bersama syarikat swasta yang terlibat dengan industri pertahanan untuk membincangkan langkah dan kaedah yang boleh dilaksanakan oleh kerajaan bagi memastikan industri pertahanan negara mampan dan berdaya maju.

MIPM dianggotai oleh 130 buah syarikat.

-- BERNAMA

Musa Kemuka Saman Malu Terhadap Anwar

21 Julai, 2008 13:07 PM

KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan hari ini memfailkan saman malu terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung laporan polis terhadapnya atas dakwaan memalsukan keterangan dalam kejadian "mata lebam" 10 tahun lepas.

Saman itu difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di sini melalui peguamnya Kamarul Hisham Kamaruddin dan Hasnal Redzuan Merican.

Musa menuntut ganti rugi dalam jumlah yang tidak dinyatakan dan juga injunksi untuk melarang Anwar daripada mengulangi dakwaan itu.

Laporan polis oleh Anwar itu turut mengaitkan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

-- BERNAMA

Pembantu Jualan Kedai Emas Mati Ditembak

21 Julai, 2008 12:57 PM

KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Seorang jurujual kedai emas Tomei mati ditembak dalam satu kes rompakan Ahad malam di pusat membeli-belah Carrefour Wangsa Maju di sini.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Ku Chin Wah, wanita berusia 26 tahun itu ditembak di bahagian belakang pinggang oleh seorang lelaki apabila cuba melarikan diri ke dalam bilik setor ketika kejadian itu berlaku pada kira-kira 8.30 malam.

Mangsa meninggal dunia semasa dimasukkan ke Hospital Gleneagles di sini.

"Ketika kejadian tiada pelanggan di kedai emas tersebut dan hanya lima orang pekerja dan seorang pengawal keselamatan yang bertugas, namun disebabkan oleh rasa panik, pengawal tersebut tidak mampu membuat apa-apa semasa kejadian itu.

"Ada lima orang suspek dalam rompakan tersebut empat daripadanya yang melakukan rompakan manakala seorang lagi menunggu di dalam kenderaan," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Ku berkata suspek berjaya melarikan diri bersama barang kemas yang dianggarkan bernilai RM500,000 dengan menaiki sebuah kereta Proton Wira berwarna hitam sebelum membakar keretanya di Seksyen 6 Jalan 8 Wangsa Maju beberapa minit selepas kejadian.

Polis tidak menolak kemungkinan kereta itu ialah kereta curi, kata beliau.

Katanya siasatan masih dijalankan dan identiti pemilik kereta belum disahkan. Polis akan melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kedai tersebut.

Sementara itu, seorang pembantu jualan di kedai bersebelahan yang hanya ingin dikenali sebagai Azian, 32, berkata beliau mendengar bunyi tembakan yang kuat dan cermin pecah sebelum ternampak tiga lelaki memakai topeng melarikan diri ke arah eskalator.

Salah seorang daripanya berbadan tinggi dan memakai baju berwarna hijau, katanya.

-- BERNAMA

Hamilton takes hard-fought win in German Grand Prix

McLaren’s Lewis Hamilton scored the fourth victory of his 2008 season here at Hockenheim on Sunday - and he did it the hard way. For the first 34 laps he ran away and hid from his pursuers, led by Ferrari’s Felipe Massa, but then Timo Glock ran hard into the pit wall after the right-rear suspension of his Toyota appeared to fail, and all hell broke loose.

The safety car was deployed as the shards of debris were cleared, and the moment the pit lane opened there was a rush to refuel for the final stints. In came everyone, apart from Hamilton, BMW Sauber’s Nick Heidfeld and Renault’s Nelson Piquet had just been in when Glock crashed.

Suddenly, the complexion of the race had changed totally, for Hamilton was still stuck behind the safety car and the rest had a clear run at him and a pit stop in hand. But his trump card was the presence of Heidfeld in second place and Piquet third, ahead of his sternest challenger, Massa.

By the 50th lap Hamilton had opened a lead of 15.7s over Massa in fourth place, but it was far from enough. He needed 23. As he finally refuelled he fell to fifth place, behind Heidfeld, Piquet, Massa and McLaren team mate Heikki Kovalainen.

Kovalainen soon succumbed, on lap 52. Then Heidfeld stopped to refuel on lap 53. So now it was Piquet leading, with Hamilton thirsting after Massa. Down came the gap, from just under four seconds to virtually nothing, and on the 57th lap the Brazilian fell prey to the Englishman as they braked for the hairpin. He fought back valiantly two corners later, but Hamilton was not in any mood to be denied, and now only Piquet stood between him and victory.

Lap by lap he hunted down his old GP2 adversary, until the inevitable happened, again at the hairpin. By the flag he was 5.5s clear, and four points ahead of a resigned Massa in the title stakes - 58 to 54.

Piquet clung on to the place fortune had gifted him - for the first half of the race he was down in 14th place - and Massa fended off Heidfeld in the closing stages to take the final podium position.

Kovalainen clung on for fifth ahead of fellow Finn Kimi Raikkonen, whose subdued sixth place earned him three points after he had overtaken BMW Sauber’s Robert Kubica and left him third overall on 51 points. Kubica has 48, for fourth.

The final point went to Sebastian Vettel after a feisty run for Toro Rosso saw him see off the likes of Toyota’s Jarno Trulli and Renault’s Fernando Alonso, who were ninth and 11th after the latter spun at the hairpin late in the race. Nico Rosberg was 10th for Williams, embroiled in the fight late in the race.

Sebastien Bourdais was also close to Alonso by the finish in the second Toro Rosso, and the Frenchman was followed home by Red Bull’s David Coulthard, who made a poor start and later survived a brush with Rubens Barrichello which resulted in the Honda’s demise. Giancarlo Fisichella was 14th for Force India, ahead of Williams’ Kazuki Nakajima, Force India’s Adrian Sutil and Honda’s Jenson Button, who ran into mechanical trouble and finished last.

Mark Webber’s Red Bull lost its engine as the safety car was deployed, and Glock was taken to hospital for precautionary checks after his heavy backward impact with the pit wall, but is okay.

What had looked set to be a low key race literally exploded into life due to Glock’s crash and McLaren’s gamble in keeping Hamilton out when everyone else pitted. Luckily for McLaren, Hamilton had the ability to make sure the gamble paid off.

GERMANY GRANDPRIX RESULT

Pos No Driver Team Laps Time/Retired Grid Pts
1 22 Lewis Hamilton McLaren-Mercedes 67 1:31:20.874 1 10
2 6 Nelsinho Piquet Renault 67 +5.5 secs 17 8
3 2 Felipe Massa Ferrari 67 +9.3 secs 2 6
4 3 Nick Heidfeld BMW Sauber 67 +9.8 secs 12 5
5 23 Heikki Kovalainen McLaren-Mercedes 67 +12.4 secs 3 4
6 1 Kimi Räikkönen Ferrari 67 +14.4 secs 6 3
7 4 Robert Kubica BMW Sauber 67 +22.6 secs 7 2
8 15 Sebastian Vettel STR-Ferrari 67 +33.2 secs 9 1
9 11 Jarno Trulli Toyota 67 +37.1 secs 4
10 7 Nico Rosberg Williams-Toyota 67 +37.6 secs 13
11 5 Fernando Alonso Renault 67 +38.6 secs 5
12 14 Sebastien Bourdais STR-Ferrari 67 +39.1 secs 15
13 9 David Coulthard Red Bull-Renault 67 +54.9 secs 10
14 8 Kazuki Nakajima Williams-Toyota 67 +60.0 secs 16
15 20 Adrian Sutil Force India-Ferrari 67 +69.4 secs 19
16 21 Giancarlo Fisichella Force India-Ferrari 67 +84.0 secs 20
17 16 Jenson Button Honda 66 +1 Lap 14
Ret 17 Rubens Barrichello Honda 50 Accident damage 18
Ret 10 Mark Webber Red Bull-Renault 40 Oil leak 8
Ret 12 Timo Glock Toyota 35 Accident 11

Fisichella originally finished 14th, but had 25 secs added to his race time for illegally unlapping himself under the safety car


CURRENT TEAM POSITION

Pos Team Points
1 Ferrari 105
2 BMW Sauber 89
3 McLaren-Mercedes 86
4 Toyota 25
5 Red Bull-Renault 24
6 Renault 23
7 Williams-Toyota 16
8 Honda 14
9 STR-Ferrari 8
10 Force India-Ferrari 0
11 Super Aguri-Honda 0

Note - Super Aguri withdrew from the championship after round four.


CURRENT DRIVER POSITION

Pos Driver Nationality Team Points
1 Lewis Hamilton British McLaren-Mercedes 58
2 Felipe Massa Brazilian Ferrari 54
3 Kimi Räikkönen Finnish Ferrari 51
4 Robert Kubica Polish BMW Sauber 48
5 Nick Heidfeld German BMW Sauber 41
6 Heikki Kovalainen Finnish McLaren-Mercedes 28
7 Jarno Trulli Italian Toyota 20
8 Mark Webber Australian Red Bull-Renault 18
9 Fernando Alonso Spanish Renault 13
10 Rubens Barrichello Brazilian Honda 11
11 Nelsinho Piquet Brazilian Renault 10
12 Nico Rosberg German Williams-Toyota 8
13 Kazuki Nakajima Japanese Williams-Toyota 8
14 David Coulthard British Red Bull-Renault 6
15 Sebastian Vettel German STR-Ferrari 6
16 Timo Glock German Toyota 5
17 Jenson Button British Honda 3
18 Sebastien Bourdais French STR-Ferrari 2
19 Giancarlo Fisichella Italian Force India-Ferrari 0
20 Takuma Sato Japanese Super Aguri-Honda 0
21 Adrian Sutil German Force India-Ferrari 0
22 Anthony Davidson British Super Aguri-Honda 0

Note - Super Aguri withdrew from the championship after round four.

Sunday, July 20, 2008

Perbicaraan Petisyen Kerusi Parlimen Kulim Bandar - Baru Ditangguh

Petikan: http://msomelayu.blogspot.com/2008/07/berita-terkini_20.html

MAHKAMAH Tinggi Alor Star yang sepatutnya mendengar perbicaraan petisyen terhadap kemenangan calon PKR Zulkifli Nordin di kerusi Parlimen Kulim - Bandar Baru, Kedah hari ini ditanggungkan.

Perbicaraan penuh telah ditetapkan hari ini hingga Khamis tetapi ditangguhkan hingga lusa, Selasa.

Penangguhkan ini menimbulkan pertanyaan apakah ada perkembangan lain di sebaliknya.

Peguam kedua pihak telah menemui Hakim dalam kamar dan persetujuan dicapai untuk menangguhkan perbicaraan.

Calon Umno yang tewas juga pempetisyen Abdul Aziz Fadzil hadir bersama para peguamnya. Beliau sempat bercakap dengan peguam yang mewakili Zulkfili Nordin di luar kamar hakim sebelum mereka memasuki ruang perbicaraan.

Zulkifli Nordin bagaimana pun tidak hadir.

Penangguhan itu sudah pasti ada perkembangan berhubung perbicaraan berkenaan. Sebelum ini telah tersebar khabar mengatakan Penasihat PKR, Anwar Ibrahim akan bertanding dalam pilihan kecil di Bandar Baru - Kulim yang kemungkinan akan diadakan ekoran kekosongan kerusi berkenaan ekoran petisyen berkenaan.

Semasam berceramah di Kuantan malam tadi Anwar dikatakan sudah mengumumkan akan menyertai pilihan raya terdekat dan kerusi yang dibayangkan ialah Bandar Baru - Kulim.

Apakah perkembangan di sebalik peristiwa itu sama-sama kita tunggu.

TEORI LIWAT SENJATA ANJING GILA KEPALA BUSUK

http://naspazi.multiply.com/


Konspirasi United Mendaliar National Organisation semenjak 1998 hingga 2008 telah mencetuskan pelbagai reaksi warga Malaysia hatta masyarakat antarabangsa. Pelbagai reaksi oleh golongan yang bersifat tempatan tersebut ada yang bernada menjilat lantas pura-pura percaya demi kepentingan kuasa, parti dan bossnya sebagai tempat bergayut untuk mengisi perut diri dan keluarga, lantas fungsi Tuhan sebagai pemberi rezeki semacam diketepikan.

Golongan yang saya maksudkan mendakwa bahawa, seseorang pemimpin yang cemerlang memang tidak tertakluk kepada etika moral, kerana panorama politik (muslihat)menghalalkan cara untuk sampai kepada misi, iaitu kuasa. Dengan ungkapan lain, Mendaliar berjaya memadamkan pelita kepemimpinan DS Anwar atas kedurjanaan muslihatnya. Tegasnya, dalam politik siapa yang paling durjana muslihatnya akan sampai kepada misi kuasa yang ingin dicapai atau kuasa yang telah dicapai dan ingin dipertahankan.

Namun begitu, saya tetap berpendirian bahawa seorang pemimpin wajar mempamerkan contoh tingkah laku moral yang terbaik kepada masyarakat kerana najis tidak boleh membersihkan najis. Saya yakin bahawa setiap pemimpin, bahkan setiap orang yang sanggup menipu dirinya sendiri, sudah pasti sanggup juga menipu orang lain.

Dengan kata lain, kuasa yang dimiliki atas dasar penipuan dan ugutan semasa dalam proses mencapai kuasa tersebut, seperti menipu undi dalam pilihanraya, mengugut dan menggertak para pengundi supaya mengundi Barang Naik (BN) sudah pasti pimpinan BN menipu, mengugut dan menggertak masyarakat juga semasa mereka menggunakan kuasa yang telah mereka genggam hasil mandat rakyat yang mereka telah tipu, ugut dan gertak sebelumnya. Natijahnya ialah kerajaan Malaysia yang dibentuk berasaskan kepada penipuan, ugutan dan gertakan semasa pilihanraya bukan lagi cerminan dari ketulusan akal budi masyarakat.

Betapa Malaysia berhak diperintah oleh pemimpin yang baik, jujur, berintegriti dan mempunyai standard moral yang tinggi dan pada masa yang sama, masyarakat tidak memerlukan pemimpin yang gila glamour, yang tingkah lakunya menonjolkan keinginan untuk disanjung-sanjung, dipuji-puji dan dipuja-puja sebagaimana yang media TV Malaysia pernah lakukan ke atas Mendaliar yang diarahkan oleh seorang menteri yang bernama Anak Maidin.

Dalam agama, perbuatan membunuh sesuka hati tetap haram dan berdosa besar tanpa mengira status sama ada seorang petani di desa atau seorang raja yang bertakhta. Betapa kelakuan kejam dan durjana yang ditimpakan ke atas Allahyarhamah Aminah @ Altantuya Shariibuu tidak boleh diterima oleh seseorang yang mengaku beragama, apatah lagi agama Islam, bahkan pagan sekalipun.

Demikian juga dengan muslihat politik terkotor yang ditimpakan ke atas DS Anwar oleh Mendaliar dan para penjilatnya. Sesungguhnya perbuatan Mendaliar menjadikan lubang dubur sebagai Bomb untuk meletupkan integriti DS Anwar sebagai pemimpin yang baik, sah kelakuan anjing gila yang berkepala busuk.

Akhir kata, kesanggupan umat melayu untuk meneruskan budaya politik Mendaliar yang menjadikan lubang dubur sebagai senjata bagi menghancurkan pemimpin yang nyata ingin menawarkan khidmad sebagai pemimpin yang baik dan mesra rakyat, tidak akan menjadikan maruah dan harga diri umat melayu melonjak ke standard kelas pertama dari kalangan bangsa-bangsa lain di dunia ini.
Wasslam.

APA BENAR SAIFUL DILIWAT?

Petikan: Pink Turtle

1. Dengan tubuh badan Saiful yang sasa, tinggi dan masih muda dan kuat macam tu bolehke Anuar rebahkan dia sampai Saiful tak mampu melawan sampai ternoda diliwat? Pelik!!!

2. Kalaulah memang yelah sangat Anuar liwat dia itu maknanya dia sendiri yang tongggeng punggung dia secara sukarela kat Anuar. Betultak?

3. Saya tak pernah pulak dengar selama ini kalau-kalau Anuar adalah pemegang ‘Black Belt’ sampai boleh mengalahkan pemuda segagah Saiful.

4. Kalau betul-betullah Saiful datang mengadu kat Najib dia diliwat oleh Anuar, tak boleh ke Najib perangkap Anuar dengan mengumpan Saiful ke sesuatu tempat kemudian diam-diam aksi ranjang mereka dirakam dengan kamera video yang tercanggih ? Tentu lagi mudah nak dakwa Anuar kerana bukti lebih kukuh. Lagi pun Najib sendiri kata dia tak tahu dakwaan Saiful itu betul ke tidak kerana dia tak kenal pun Saiful. Apa tak boleh ke Najib minta kerjasama pihak polis memasang kamera spy bagi tujuan itu dan saya rasa mustahil polis tak boleh buat begitu?

Tentu masih segar di ingatan kita semua bagaimana Chua Soi lek dah tak dapat berdalih lagi bila rakaman video lucah beliau disiarkan kapada umum dan terpaksa meletakkan jawatan sebagai menteri kesihatan sampai beliau terpaksa pula meminta maaf secara terbuka.Saya percaya pihak polis pasti akan bantu Najib untuk membuat rakaman tersebut kalau betul-betul itu boleh membuktikan Anuar memang peliwat.

5. Saya percaya kalau betul Anuar peliwat, Wan Azizah sendiri dah lama tinggalkan Anuar kerana dah pasti sesekali Anuar akan cuba meliwatnya. Saya percaya Wan Azizah sendiri tak rela bersuamikan seorang homosex.

6. Budak Saiful tiga bulan lalu datang kepada Najib kerana ada masalah kewangan (nak mintak biasiswa) tapi tiba-tiba kali ni datang nak report dia diliwat oleh Anuar.Apa-apahal pun mudah je budak ni datang mengadu kat Najib, memang sah lah Najib rapat dengan Saiful ni.Ingat orang biasa macam kita ni senang-senang nak jumpa najib, kat rumah pulak tu.

7. Satu hal lagi tak salah kalau orang ramai boleh syak Saiful yang ada masalah kewangan akan menerima tawaran yang lebih lumayan daripada sekadar biasiswa, sebabtu dia berjumpa Najib berikutnya. Kalau RM juta-juta orang tawar kat kita sendiripun dalam keadaan kita ada masalah kewangan tak kelabu mata kita dibuatnya.

8. Saiful mendakwa beliau telah berkali-kali diliwat oleh Anuar makna secara perbadi beliau sendiri boleh menjerat Anuar dengan kerjasama ahli keluarganya sendiri atau dengan bantuan pencegah maksiat, mat skodeng atau polis pada bila-bila masa saja tetapi kenapa ini tidak dilakukannya? Sedangkan ini mudah dilakukan kerana Anuar tiada berkuasa dan tidak memegang apa-apa jawatan dalam kerajaan.

9. Yang paling menghairankan mengapa Saiful masih terus bersama Anuar setelah beliau diliwat buat pertama kali oleh Anuar? Adakah beliau dikurung oleh Anuar sepanjang beberapa kali beliau diliwat oleh Anuar? Saya ingin bertanya pada anda semua apakah jika anda menjadi Saiful anda sanggup terus berdamping dengan Anuar setelah diliwat buat kali pertama? Kalau saya masatu jugak saya akan kebalai polis buat report.

10. Dalam keterangan Najib seperti di sidang media pertama berhubung kes ini, Najib menyatakan yang Saiful berjumpa dengan pegawai beliau Khairil Anas.Saya tidak mahu menuduh apa-apa tetapi menurut banyak sumber menyatakan bahawa Khairil Anas sendiri adalah GAY.Itu saya tak tahu benar atau tidak, ada sesiapa yang boleh mengesahkan perkara ini? Dalam kepala saya banyak persoalan yang boleh timbul berhubung Saiful dan Khairil Anas.Sewaktu sidang media pertama ini Najib berkata bahawa Saiful hanya berjumpa Khairil sahaja dan tidak berjumpanya sendiri tetapi pada sidang media kedua barulah Najib mengaku bahawa sebenarnya Saiful ada berjumpa sendiri dengan beliau.(Itupun setelah PKR membuat kenyataan saiful ada berjumpa Najib sendiri sebelum ini). Percanggahan kenyataan menimbulkan banyak persoalan?

11. Ezam pun selama ini rapat dengan Anuar pun pasti diliwat juga agaknya?

Sebagai rakyat Malaysia saya mengharapkan semua ini tak berlaku,malu oooii mana nak letak muka kita kat negara luar bila nak ulang peritiwa usung tilam kat mahkamah..segan…segan..eeeeeeee.

Jadi anda semua fikirlah sendiri…….!!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...