Saturday, July 5, 2008

Samy guna jalan ladang elak diserbu

Petikan Malaysia Kini

Jul 4, 08 6:27pm

Presiden MIC, Datuk Seri S samy Vellu dilaporkan terpaksa menggunakan jalan ladang untuk mengelak diserbu sekumpulan 100 orang yang mahukan penjelasan mengenai isu saham Maika Holding.

Sebelum itu, Samy Vellu menghadiri majlis perletakan batu asas pembinaan bangunan baru Sekolah Tamil Ladang Ulu Tiram.

Keadaan bertukar kecoh apabila sekumpulan 100 orang mahukan penjelasan Presiden MIC itu mengenai isu saham syarikat Maika Holdings.

Menurut laporan Bernama, mereka mengambil kesempatan berkumpul di pintu masuk sekolah berkenaan mendesak Samy Vellu menjelaskan kedudukan sebenar saham itu sehingga menyebabkan ibu bapa mereka yang membeli saham itu lebih 20 tahun lalu tidak mendapat sebarang faedah.

Majlis perletakan batu asas yang bermula 9 pagi itu dihadiri kira-kira 200 orang termasuk ibu bapa pelajar dan guru sekolah itu.

Wartawan akhbar Tamil Makkal Osai, C. Rasamanikam yang menghadiri majlis itu berkata, Samy Vellu enggan menemui kumpulan terbabit dan telah meninggalkan premis sekolah berkenaan menggunakan pintu yang lain selepas majlis itu selesai 11.30 pagi.

“Kenderaan yang membawa Samy Vellu bertindak meninggalkan premis sekolah itu menggunakan pintu lain, menyedari kumpulan yang ingin bertemunya telah berkumpul di pintu masuk sekolah itu,” katanya.

Menurut Rasamanikam, kenderaan Presiden MIC itu terpaksa menggunakan jalan ladang untuk ke satu majlis lain yang diadakan di sebuah kuil Hindu di Taman Bukit Tiram, tidak jauh dari sekolah berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, kumpulan itu mengekori Samy Vellu dan berkumpul di luar kuil terbabit tetapi Presiden MIC itu tetap enggan menemui mereka.

Rasamanikam berkata, Presiden MIC itu meninggalkan kuil berkenaan tidak lama kemudian.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...