Saturday, July 5, 2008

MAHASISWA ? DIPERTARUHKAN ? KONSPIRASI ?

Petikan: Blog Affandy Tanjung

Tuesday, July 1, 2008




Salam sahabat pembaca blog semua...

Minggu ini saya dikejutkan dengan kes terbaru Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) yang juga merupakan Bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang dikaitkan dengan seorang bekas pelajar Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), iaitu Saiful Bukhari Azlan yang membuat laporan di Balai Polis Travers berkenaan beliau diliwat oleh DSAI. (Gambar di sebelah ialah ketika malam kebudayaan semasa ASEAN STUDENT LEADERS' SUMMIT).


Cukup terkejut kerana Dia pernah bersama-sama dengan saya di Manila ketika menghadiri satu konvensyen "2nd Asian Youth Leaders Summit" di Angeles University Foundation, Angeles City, Phlipine pada tahun lepas (22-26 Januari 2007). Sila rujuk laman web ini http://www.auf.edu.ph/asean/directory.htm


Seramai 8 orang yang pergi ke sana iaitu Afandy Bin Sutrisno Tanjung (Universiti Malaya), Muhaideen Abd Kader Mohd Ikbal (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia), Mohd Zuaril Akimi Bin Mohd Shaari (Universiti Sains Malaysia), Ismail Bin Jaafar (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia), Syarifah Nor Salwa Binti Syed Awaly (Universiti Malaysia Perlis), Mohamad Hanif Bin Abdullah (Universiti Darul Iman Malaysia), dan Mohd Norzaid Bin Othman (UNISEL).


Sepanjang perkenalan singkat saya dengan saudara Saiful ini, beliau menunjukkan ciri-ciri kepimpinannya sebagai pelajar IPTS yang mewakili Malaysia di Philipina, dan perkenalan kami terputus setelah kembali di Malaysia. Soal peribadi Saiful tidak saya ketahui, maklumlah hanya berkenalan sewaktu program di Manila, Pilipina.

Dalam program ini Menteri Belia dan Sukan pada ketika itu Dato Azalina Othman turut hadir selama tak sampai setengah hari, iaitu pada hari Sabtu bersamaan 23 Januari 2007 untuk memberikan ucapan dalam plenary 1 yang bertajuk “ASEAN awareness and civic responsibility among youth”(sila klik). Dan setelah itu kami semua delegasi Malaysia bergambar dengan Dato Seri Azalina di luar perkarangan Dewan setelah habis sesi plenary 1 sebelum beliau terbang pulang ke tanah air selepas itu. (gambar ini di ambil dalam akhbar The Star yang bertarikh 1 Julai 2008(lokasi gambar sebenar ialah di perkarangan Dewan seminar di Universiti of Angeles, Phlilipine)


Saya pada mulanya tidak menyangka lelaki yang dikaitkan dengan kes DSAI ini ialah Saiful Bukhari Azlan. Walau bagaimanapun, sebagai pimpinan mahasiswa saya ingin berpesan kepada semua sahabat-sahabat perjuangan mahasiswa, agar menjaga kredibiliti kita sebagai mahasiswa.


Ini kerana kita selaku mahasiswa haruslah terus kekal menjadi agen pengubah masyarakat, menjadi check n balance dalam perubahan arus masyarakat, menjadi contoh atau role model, adalah tidak wajar kita mahasiswa begitu mudah dipergunakan oleh mana-mana pihak, kerana ini boleh mencemarkan imej kemahasiswaan itu sendiri.

Apa-apa pun kita kena ingat dan kembali kepada Tuhan yang Esa, Dia lah segala Hakim yang akan Menghakimi, pada masa itu kita semua tidak dapat lari daripada sebarang apa yang telah kita lakukan. Semoga Allah memberi petunjuk dan hidayah kepada kita agar kita terpelihara daripada kancah yang boleh mendapat kemurkaan Allah.

Kepada Saiful Bukhari, walaupun perkenalan kita hanya 2 minggu (seminggu semasa persiapan sebelum ke Manila, dan seminggu lagi di Manila), berita mengenai awak membuatkan saya betul-betul terkejut, meletup satu Malaysia.


Ingatlah Allah dan Rasul-NYA dalam membuat sebarang keputusan yang melibatkan manusia, kesalahan kepada Allah, Ia Maha Pengampun untuk mengampunkan kita, tetapi kesalahan sesama manusia Allah serahkan kepada manusia itu sendiri, selagi manusia itu tidak maafkan kita, kita faham-faham sahajalah bahawa seksa Allah itu sangat pedih.

Yang benar akan tetap benar, dan yang salah akan tetap salah. Semoga kebenaran akan menjelma. Sama-sama kita berdoa dan nantikan.

Wallahu a'lam...sekian..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...